30 April 2013

Dah CCB ker?

Tadi lunch ke Marry brown (MB). Agak-agak jemu makan mekdee,kita makan MB. Lagi pulak mekdee kene uturn. Jauh pulak aku rase. Hahahaha ayat pemalas.

Kalau MB, dekat sikitla. Tapi kalau jalan kaki penatla.Tapi tadi pegi ngan officemate.

MB sedap apaaaaaaaaaa.. 

Tadi cuba nie.



Selaras dengan slogan CCB.

Udah rase ke belom?
 Ni teman nak ngabo. Teman udah rase.
Rasenyer teman suke. Sedap amat. kehkehkeh

Chillie Cheese Burger, sedap!
tak taula mase tengah lapo rasa semua sedap kan.
Tapi tekak aku rasa sedap je. Hahaha.
Suka sos chilli cheese tu.
Tak de muak. Tekak melayu, nak makan cheese harus la ade podeh sikit kan.
baru ler beno melayu nyer. kakakakakakaka

balik kang ade yang nyinggah lagi nie.
korang harus coba ini.

pastu nak jugak berdessert, masuk setegrem

dengan caption

'poie pokan,tongah hari,tongah paneh'



Rasa, sedap la.. Makan tengah cuace meremang.

tapi aku suka sekut yang cacak tu.
Rasa rangup,ada rasa kopi jugak.



p/s: update kilat dan pantas. Mesorat lepaih ini.. k thanks,bye.





29 April 2013

Mari Mengundi

Tadi mesej handphone berbunyi. ahaha mesej bunyi pun nak tulis. Dah la bunyi mesej tak boleh tuka kalau pakai samsung Y nie.

Saja lah panjang sikit,berbasa basi.

Hahaha

'Esok, mengundi pos kat sini' Kata mesej tersebut. Pengirimnya, kawan opis lama.

Sebab masa daftar jadi petugas haritu, masih kerja di opis lama. Sebarang surat menyurat semuanya di opis lama.

Oh, ada yang tanya,kau kenapa mengundi pos?

Kita cerita sikitlah. Undi pos , adalah untuk :

Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.




Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.



Anggota media yang bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.



Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya di Pusat-Pusat Mengundi turut diberikan ruang untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.

Klik sini untuk mengetahui tentang Kategori Pengundi Pos Luar Negara


Begitulah ceritanya. Esok,minta half day lah. Sebab kena balik kampong. Haha. Lupa, Rabu ni kita cuti. Jadinya kena bawak baju sekali lah balik esok. Rabu, balik sini balik. Jumaat balik kampung balik. Hamboihh ulang alik saja.

5 tahun lepas, jadi petugas juga. Seronok. Memerhatikan gelagat orang. Macam-macam hal ada. Masa tu umur baru 20 tahun. Tidak layak untuk mengundi. Tahun ini tahun pertama.

p/s: Nak practise mangkah le ni kome. Selamat ngondi yer.. hehehe





Dulu-dulu adalah Kenangan.


Ini gambar kita. Hahahaha :p

Gambar dia itu, tahun 2010 tak silap. Gambar pasport untuk ke Indonesia. Bercuti dengan keluarga. Sepanjang aku kenal dia, itu adalah fashion rambut paling kelakar yang dia penah buat. Biasa dia akan pacak-pacak kan rambut dia. Tak pernah guna sikat pun.Guna jari pun boleh. Rambut tomok. Masa tu ramailah buat fashion camtu. 

Gambar aku pula, tahun 2011. gambar untuk mintak kerja. Aku rasa macam comel je dalam tu. Hahahaha tutup muka tutup muka, rasa tak percaya. Bluerkkkkkk.

Sedang aku memadam gambar yang semakin memberatkan handphone aku, yelah, banyak gambar jadi double bila aku upload di instagram. Gambar pokoklah,gambar bunga lah, tapi paling banyak gambar makanan lah. Biasalah. Blogger cum facebooker cum instagrammer. Hahaha. Aku ternampak gambar ini. Tak tergamak rasa nak padam. Heh.

Wakakaka entah zaman bila aku snap gambo camni tah.

Lawak je rasa gamba dedulu.dan sedar tak sedar diri makin membesar. Kalau dulu dagu runcing, sekarang dua-dua dah berisi. Aku, berisi sikit je, Tapi dia lagi banyak.

Ada yang kata, muka seiras. Sampaikan emak sendiri pun kata, muka kami seiras. Rasanya kalau dia pakai tudung, jadilah dia Cik Eka kuasa dua.

p/s : adalah mula tinjau-tinjau kelengkapan. Sekarang, semua adalah mahal. Tapi aku nanti, nak sederhana sahaja. Berkonsepkan Tradisonal tapi moden. Aku nak kat rumah, nak kenduri gotong royong. Hahaha. Emak, orang yang paling sibuk. Sambil berbaring berdua dengan aku, dia dah memikirkan macam-macam. 

Kaklong, nanti kita begini-begini ya, kaklong nanti kita begitu-begitu ya. Haha Sayang mak. 






16 April 2013

Ayam KFC K-POP

Tadi lunch kawan seopis ajak keluar. 

Makan ayam kfc dua ketul,sedap jugak ni, katanya.

Aku yang bagaikan orang mengantuk disorongkan tilam, terus je cakap. Jom.  Lepas je kami deal, sekali keluar sedang elok je iklan KFC K-Pop kat dalam tv. Haha.

Pergi makan kat KFC baru di Teluk Intan. Berdekatan dengan TF Value Mart.

nah, oppa gangnam style.



anyeong haseo. eh betul ke camni? hahahaha

Ayam harusla minta yang rib dan thigh

Ayamnya ayam hot and spicy tapi dia curahkan dengan sos pekat yang manis
dan pedas-pedas sikit,lepastu di tebor kan dengan bijan.

*kfc tolong la curah banyak sikit. Sebab rasa sikit sangat.. hehehe

Rasa, sedap. Tekak boleh terima.
Sebab ini lagi sedap daripada yang kfc penah keluarkan,tomyam dulu kan,
tomyam tak sedap! ni,sedap!

Dan dihidangkan dengan salad baru iaitu 
pototo and corn salad.
Rasa boleh tahan, tekak menerima dengan baik.

*kalo dah lapo,semua sedap,semua menerima dengan baik,kannnnnnnnnn. :p

Wedges tu,kosong je sebenonye,saja request letak cheese. hehehe

Ramai yang tanya, macam mana rasanya. Korang penah makan keropok ikan sira dari terengganu tu? 
Ha lebih kurang gitulah rasa dia punya sambal tu. Kalau yang tak pernah makan keropok sira tu, haaa rasa dia macam kerepek ubi pedas yang basah tu. Ha camtula lebih kurang. hehehe.

Sesiapa yang teringin, boleh la cepat-cepat pergi kfc malam ni. 

p/s : Nak ajak apple makan meatball abang burn. Tapi,dia busy. Start bulan ni,sampailah hujung bulan,cuti dibekukan. Semua pasal e-filing. Sabtu Ahad office buka. Baiklah..............................................







11 April 2013

Solomak ! Waghih

On the Way ke KL daripada Lebuhraya Port Dickson ke Seremban.

Radio memutarkan lagu W.A.R.I.S - Rembau Most Wanted .

Sambil memandu, sesekali dia mengikuti dan menyanyi-nyanyi kecil lagu Waris itu. Saya diam. Biar dia melayan lagu negeri kelahiran dia. Suka benar nampaknya dia dengan lagu ni. Sampaikan Ringtones Handphone pun ditukarkannya lagu ini.

Dah banyak kali juga aku dengar lagu ni. Ada lah yang aku tak tahu,termasuklah perkataan ' Solomak' dalam lagu itu. Lalu,mulut ini gatal bertanya. Kehkehkeh. Dasar GPS bergerak,mulut tak diam.

' Yang, Solomak tu ape bende? '

Dia sengih tapi dia jawab.

' Solomak tu suku. Emak abang tu Suku Solomak lah'.

Oh, barulah aku faham.

Lirik lagu yang terakhirnya ada menyebut ' Duo boleh' @ 12.

Oh,mungkin ada banyak suku,sampai dua belas kot. Kata aku dalam hati.

Harini ternampak la rakan blogger post mengenai Waghih ni. Eh terajin pulak aku google mengenai suku-suku di Negeri Sembilan. Ada 12 suku. Antara suku-sukunya adalah :-

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)

Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu


Banyak suku rupanya di sana. Mula-mula dengar lagu ni,eh ingatkan rapper luar negara. Gempakkkkkkkkk kot. Hahahaha. Rupenyer Malaysia. Sedap lak ai. 

Dedulu aku pun tak berapa reti bahasa Nismilan ni. Tak penah terlintas di hati. Tapi sekarang ni, dah pandai dah la sikit-sikit. Dapat lak berkawan ramai ngan orang sana gak.  Tu yang jadi paham tu. Kawan-kawan kelas dia Dip dulu pun semua berbahasa negeri kalau bersembang. Layankan aje. Tak faham pun buat-buat faham.

Nah,dengarlah lagu ini,dengan liriknya sekali.

Waris Feat DJ Fuzz

I representin’ this place
Where people say murder is the case
R.E.M.B.A.U
The food gonna make your tongue blaze
That forward hold your head high
Be proud for where you came form and stay fly
Dats what Im doin’
Hobin Jang Hobin
We ain’t no trippin Jang
Tahun dopan ado laie Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang yo
Haha, yeah
Duo satu kocik bon
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah kerigek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak
Itu urang dulu
Tak macam budak-budak sekarang
Susah sikit je
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawa
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo’an daratan
Sapo tak pueh hati, meh kito jumpo dopan-dopan
[*] Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted yo
To my boys in N-nine
Who worked hard and strugglin’
Rembau Most Wanted yo
My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
We’ve been busy chasin’ dollars
Chillin’ at Mui Fong with my homies yaw
And if you keep talkin’ shit others might listening bro
Then gangin’ up, just pick up your gear
Listen dear
I ain’t messin’ wit the coward
I ain’t messin’ wit the fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M
Lembu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nak dibuko
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah’an semuo urang
Polik bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik ekau boleh poie jalan
Repeat [*] (2x)
Paya kumbuh, where you at?
Tigo Nenek, where you at?
Tanah Datar, where you at?
Batu Hampar, where you at?
Where you at?
Biduanda, where you at?
Somo Lenggar, where you at?
Solomak, where you at?
Anak Mukal Anak Acheh, where you at?
Mungkar, where you at?
Anak Melako, where you at?
Tigo Batu
Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
Duo boleh
Repeat [*] (2x)





10 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU KE- 13

Haritu ade jugak terfikir nak buat tarikh kahwin 4-5 Mei 2013.

Konon lah kan . Tapi takde pun. Tu dalam mimpi je. Hahaha.

Dan tadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dah mengumumkan Tarikh yang ditunggu-tunggu untuk kita sebagai rakyat Malaysia pergi mengundi adalah muktamad pada 

5 Mei 2013 (AHAD)




Untuk penamaan calon pula pada 20 April 2013.

'Jom kita mengundi,jom kita mengundi.'






'Marilah mari,pergi mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negara.'

Ini adalah kali pertama Eka mengundi. Tahun 2008 tak cukup umur lagi masa tu. Haritu berpeluang menjadi petugas pilhanraya. Dan tahun ini lagi sekali menjadi petugas Pilihanraya. 

Tak sabar !

Oh,untuk maklumat ke apa ke, klik lah pada laman web


p/s : Camne nak pangkah pun tak tahu ni. Hihihihihi


hehehehe telah disahkan.

ni pun ayah beria suruh daftar jugak!
kalau tak melengah-lengah.
nanti nanti.

akhirnya tahun 2011 gak daftar.


08 April 2013

Sperma Cinta & Sengih Kerang

Aku memang suka membaca. Apa-apa sahaja. Asalkan boleh baca. Plastik pembalut keropok,plastik roti,sambil makan,sambil baca bahan-bahan.. Novel pun baca. Aku kurang suka baca novel unsur cinta. Kadang-kadang tu aku baca jugak kalau teringin. Dulu suka la. Ha ha ha ha. Semakin bangka ini,kurang. Kena tengok tajuk dan jalan cerita.Kulit novel tak cantik tak apa, janji isi dia. Tapi kalau nama hero dan heroinnya moden sangat pun aku tak minat. hahahahaha.  

Cinta-cinta suka sikit. Tapi aku lagi suka cerita tentang pengalaman hidup,catatan perjalanan,keluarga.

Entry kali ini, dah lama aku perhatikan buku - buku daripada Lejen Press ni. Pernah terpegang lalu baca sinopsis. Tapi orang punya. Malu nak pinjam. hihihihi.

Lagi satu,aku sebenarnya suka tengok kulit-kulit buku dia.

Mudah

Ringkas

Menarik

Ceritanya pun ringan tapi 'berat' dengan isi .

Ini yang aku beli semalam.


#Sperma cinta

#Sengih kerang

#Main Gila


Ini Sperma Cinta daripada Aisa Linglung

Novel ini macam perjalanan hidup dia. 

Sekarang baru sampai bab manusia dan kentut.
Memetik di dalam satu perenggan

'" Jika anda ingin kentut,janganlah anda berasa hina. 
Kentut itu adalah anugerah tuhan kepada manusia. 
Gua juga suka kentut. 
Kadang2 gua kepalkan kentut gua dalam genggaman..........."


Hehehehehe.. realiti. Macam la korang tak penah buat,kan. 

Nanti aku rajin,aku review sepenuhnya. 




Sengal dari Port Dickson

Assalamualakum dan selamat pagi. Harini lewat pulak.Masuk pejabat pukul 8.01 a.m . Kari kepala ikan betul. huhuhuhu. Mane tak nyer,terbangun pukul 7.15 a.m. Padan sangat muka kan. Nyenyak betul tidonyer. 

Kepenatan.Semalam sebelum balik daripada Port Dickson, kami pergi mandi laut pulak. Lepastu cuba la naik Viper Tube Boat. Best !! tapi ni lah hadiahnya. Pepagi ni bangun sakit badan. Sengal. Dengan punggung sakit,sebab terhentak-hentak kena ombak masa atas viper tube tu. Gambo takde, dekat kamera kakak si dak apple. Nanti ade kite masukkan.

Ni pun sekarang ni jela berani nak naik bende alah tu. Kalau dulu takut jugak. Hahahaha :p

Semenjak keje jabatan air air ni jela berani. Kalau tak kene kutuk jela. Hahaha. Kalau dulu jangankan nak naik boat,banana boat,viper tube boat ni, mandi kat laut pun alahai kecah-kecah kaki jela dekat tepi. Yela,berenang pun tak tau. Bantainyer terlemas kang haaaaaa.. Tu la dia fikiran negatif. Hahahaha.

Berani pun berani takut jela. Kalau tak, semua takut. Sekarang,ketakutan bukan penghalang . Eh macam fear factor plak. Hahahahaha.

Hari jumaat- ahad haritu  ke Potdeksen. Menginap di Permaisuri Beach Resort,Tanjung Tuan,PD. Kita sewa dua buah apartment. Satu apartment ada 3 bilik. Luas,besar dan selesa.


alahai makcik ni,mesti nak jugak kat lobby ni.


duk sini semua sea view.


Dalam apartment.


Bilik ke dua


bilik ke tiga.


ni ektibiti BBQ kat tepi pantai.
budak ni nampak dah sangat berisi.Dengan pipi kembungnya.
Baru je dua minggu tak jumpa.

Lepasni tuka nama la. Dak apple jadi Dak Gemok.


Hayfa anak kak Zana. Anak buah dak gemok.

Permaisuri ni best. Cuma services ada yang tak kena la. Biaselah kan. Menginap. Heater rosak,sampai hangit dia punya bontot. Black out satu apartment. Lepastu peti ais pulak rosak. aduhai. Ngan ikan,ngan ayamnyer nak buat BBQ. Terpaksa sumbat dekat peti ais apartment lagi satu. 

Call banyak kali pun tak berjawab. Penyudahnya tak berganti sampai ke sudah. Cuma yang diganti adalah heater. Mungkin pelanggan terlalu ramai. Weekend pulak kan. Tak menang tangan tu. Tapi apa-apapun, keseluruhan, ok la. Yang penting semua gembira. 

Ala takde mood la nak menaip ni. Sakit pinggang. huh.

Nanti kita menceceh lagi. 

sampai nanti. 






04 April 2013

Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) Terbaik !

Haritu duk tergodek-godek dekat FB, pantang la nampak benda makan. Ade je tangan gatal nak klik,nak add kan.. Hahahahaha. Biasa sangat tangan ni. 

Lepastu ternampak la satu kek coklat ni. Sebenonyer dah lama dah nampak orang duk post pasal kek cekelat ni. Lembab,menjelejehhhhh .. hahahaha bagi yang tak paham,menjelejeh ni kalau cakap Perak (tempat eka la,tempat lain tak tau faham ke idak) hahahaha. Maksudnya meleleh la lebih kurang. hahahaha

Pastu kan,bila tengok pengedar dia semua dekat Ipoh. Takde ke yang dekat Teluk Intan ni kan. Sekali ternampak la hakak ni punya post. Eh Teluk intan la kome. Hanto sampai ke pintu depan ghomah,depan opis ! Ish tak boleh jadik ni. Dah lame sangat mengidam. Kalu mengandung,tak dapat bende ni,mau menjelejeh ayo lio anak nanti ni.. hahahahahahaha.. berkomen-komen ngan hakak ni,katenye die nak nganto ke opis aje. yang pasti order minimun dua bekas. 

Yelah,kalau oder satu bekas,suruh hanto,memang mengada lah kan. duit minyak kak tu pun tak lepaih. nasib baik tempat opis akak ni,depan bangunan pejabat aku je.

Tengahari tu akak anta ke opis. nah ni rupenye


berkilat-kilat..


jelejeh ke idak cekelett ni?? kihkihkih.


aumm aummmmm aummmmm
rasa coklat dia beza ngan kek moist yang kita beli.

kadang-kadang kalau kita beli,
perasan tak rasa coklat dia macam 'tengik', ala macam coklat takde kualiti la.
pastu berketul-ketul kan.

yang ni tak korang,sedap.
lemak-lemak je rasanya.


nyum nyum.
hingga ke titisan terakhir gitu.


nak makannya kena pakai sudu.
jangan riso,sudu ada disediakan. walaupun kecil je sudu,
tapi jadilah kan. cuit je comel-comel.
guna sudu beso kang cepat habisnye. 
hahahahaha


Sesiapa yang berminat, ada banyak stokis kat seluruh Malaysia. Rujuk website EMCC di sini.Bagi yang tinggal di sekitar Bandar Teluk Intan, boleh terus menghubungi Mama Faish Comel di talian 019-5084416 atau add je Mama Faish di Facebook.  Mama Faish ada jugak meniaga di Gerbang Malam Teluk Intan. 

Selamat mencuba.... Pasti jelejeh. hihihi


p/s : petang kang pergi Seremban, esok pegi Potdeksen. Cuti-cuti Malaysia. hehehehehe


03 April 2013

Alhamdulillah,Lulus

Assalamualaikum.

Semalam pegi INTAN,Bukit Kiara untuk exam Isac tu.

Banyak masa study sikit-sikit untuk bahagian objektif. Sukatan dia pun kita tak tahu,jadi baca jela nota yg ada kat website Intan tu,print siap-siap. Terjumpa ramai kawan-kawan baru Pkp ngan secetary. Ramai juga yang datang dari jauh. Melaka,Johor,Negeri Sembilan,Perak (aku letew) hahahaha. Dan lain-lain negeri.


Ada yang baru kali pertama tapi ada yang kali kedua,ketiga. Tapi majoritinya yang kali pertama. Lantikan baru. Hilang la sikit nervous. Hehehehe.

Masa masuk dalam makmal tu kami diberi sikit taklimat mengenai exam ni. Jangan buat silap,jangan nak undo,jangan tekan close,enter. Takutnya kalau buat silap.

Exam ni ada dua bahagian. Masa 1 jam. Ikut timer yang ada dalam PC masing-masing.

Bahagian 1 yang pertama, 40 soalan objektif mengenai komputer,MSC,internet,emel.. Nota dia boleh download kat sini. Soalan dia ada yang mudah,tapi ada jugak yang mengelirukan. Rasa macam eh, rasa macam semua betul je. Gasakle mane yang betul mana yang tak. huuu. Masa yang diperuntukkan untuk bahagian 1 ni adalah 20 minit. Bila dah 20 minit dia akan beri reminder.

Bahagian 2 ada 3 bahagian. ( A,B,C) . Mudah.

Yang A tu,step nak melayari internet bla bla bla. Tapi kena ingat gak pesanan Pengawas Exam tu. Cara biasa kita buat, lain. Tapi cara di dalam exam,sedikit berbeza dan lain. Ikut Arahan.

Dah siap yang tu, Bahagian B pulak. Yang bahagian B tu kena pilih Word ataupun Powerpoint. Tapi ramai yang suggest ambil word. Tapi terpulang la pada kemampuan masing-masing kan. Sama jugak,ikut arahan. Eka amek word. yang ni basic jugak. Macam mana nak setting kan, nak sorting,nak bold,nak insert header,insert page,tuka font, tuka line spacing,dan lain-lain. Dah siap Save.

Seterusnya bahagian C,tentang emel. Camne nak hantar emel,attach fail.attach gambar, taip apa yang diarahkan. dan last sekali siap,hantar.

Keputusan dapat tahu selepas exam tu. Pengawas akan siap-siap print sijil kita selepas kita jawab soalan tu. Berdebar je semua masa nak dengar nama-nama dipanggil untuk ambil sijil.  hihi.

Alhamdulillah, lulus.


Dah dapat sijil.
Lepasni tunggu Ogos pulak untuk exam Jpa.

Dengar kawan cite,ada dua orang yang failed. Mereka dapat surat. Takpe,cuba lagi lepas ni ya kawan-kawan. 

kata pengawas exam, Isac ni senang lulus tetapi senang gagal. Tips dia ikut step. Nampak macam rumit tapi sebenarnya tak sangat.