31 May 2013

Ingat-ingat

Malam tadi, sebelum tidur.

Saya selalu memutar semula kenangan saya. Dulu-dulu. 

Itulah saya, bukan boleh letak kepala terus tidur. Melainkan kalau saya betul-betul penat, barulah letak kepala terus lelap. 

Kita-kita ini, kalau tak nak mendengar kata, payah jugak. 

Saya, dulu-dulu la. Sangat keras hati. Kalau orang tegur tak kena tempat, cepat saja melenting. Sampai bertegang urat leher kalau marah dan tak kena di hati. Ditambah pula selalu saja terasa. Ya, mungkin  begitu seorang remaja yang masih dalam proses untuk membesar dan mahu mengenal jerih payah kehidupan. 

Bila ingat balik, rasa macam malu. Bodoh gila dulu-dulu sangat keras hati. 

Tapi, itu dulu, 7-8 tahun dulu. 

Sekarang, saya bukan lagi remaja. Saya menjadi seorang wanita. Wanita yang umurnya sudah 25 tahun. Sepatutnya umur yang 25 ini, sudah mula perlahan-lahan membuang segala macam perangai dan sikap yang negatif dalam diri kita. 

Kita bukan muda.

Kita makin tua.

Masa berjalan cepat. Tidaklah menunggu kita walau sesaat.

Kita-kita ini, masing-masing buat silap. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. 

Tapi sewajarnya bila umur makin meningkat, kita makin boleh membuat keputusan untuk diri kita. Sebab kita, diri kita. Kita yang pilih jalan hidup kita. 

Sama-samalah kita, menjadi seorang wanita yang matang. Kita memang tidak sempurna, tapi kita mampu untuk membuatkan orang sekeliling menyenangi diri kita, sebagai wanita. 

Wanita.

p/s : Bila kita melakukan sesuatu kesilapan, nanti setelah beberapa tahun, kita mesti akan rasa, bodohnya begitu dulu. Ya, sungguh. Percayalah.





29 May 2013

Wordless Wednesday


 i'm ready


draft tukar dalam note book.
 tulisan atas tu sebijik cakor ayam. Hahahahaha :p


Ya, saya sangat sibuk sekarang. Tengok itu ini, call sana sini.. Masa berjalan begitu cepat. Ingat dulu lagi setahun. Hahaha. Sekarang lagi separuh saja. 

Sekarang baru tahu rasanya bagaimana. Macam wonderpets. Apa yang penting, kerjasama.

Saya, cari. 

Setelah saya cari, saya beritahu dia. Dia kata setuju, baru boleh buat langkah seterusnya. 

Bab makan-makan, serah sepenuhnya pada mak ayah dan keluarga. 

Allah, permudahkan lah semuanya, hingga harinya nanti.



28 May 2013

Sampai Mana ?

Orang selalu tanya, persiapan dah sampai mana?

Saya jawab baru mula cari. Hahahaha.

Saya dah mula mencari itu dan ini.

Seperti yang sedia maklom, bulan Disember merupakan bulan paling sibuk bagi kebanyakan orang. Kerana banyak kenduri kahwin. Makanya mengambil langkah berjaga-jaga. Persiapan HARUS dilakukan awal. Dengan kata, pat pat siku lipat sapa cepat dia dapat. Gitu. Maka semua pun booking awal. 

Dan nasib tak menyebelahi apabila pilihan utama untuk hiasan pelaminan nan indah tidak dapat dilaksana. Kerana owner pelamin bersalin. Hehehehe takde rezeki.

Tapiiiiiiiiiiii.. Tetap amik bunga telur kat pelamin + guest book dekat akak tu.  Dulu-dulu boleh ar nak wat sendiri. Sekarang nan hado la nak pegang gam gam bagai. Haha dasar malas.

Itu pilihan pertama, ada jugak pilihan lain. Harapnya okeylah nanti. 

Oh ya, untuk tetamu. Korang rase bagi apa lagi sesuai? 

Untuk majlis eka ni, temanya tradisional + moden. Jadinya cara dulu-dulu tu tetap ada. Dan telor sebiji untuk tetamu pun kena ada. Hehehehe. Barulah kenduri kahwin.  Ingat nak cari kotak telur,atau bekas telur macam dulu-dulu tu. Minat la pulak. Tapi tah ade tak idak... Hehehe ataupun harga dah melambung, sebab susah nak cari kan. 

Dulu-dulu ada jugak balut telor dengan tisu, buat macam pemegang. Haaaa kretip kan orang dedulu. 
Banyak benda nak kena buat nie.  Kita cuci mata tengok bunga telor ni. Yang ni taruk atas pelamin. Lepas je orang tepung tawar, bagi satu. Tunang kite pun tahu la pulak pasal ni, hahahaha. katanya jangan lupa bunga lepas orang tepung tawar. Terkezutttt kita dia tahu. Ingat dia tak amek tahu pun.


cantik kan. Simple je


Ni pun. Hehehehe nice nice


yang ni sweet


yang ni pun. Arghhh
sesapa nak order, boleh add kak Leesa Mohamad.

Ingat nak deco sendiri lah candy booth ngan guest booth. Hehehehe. DIY. Jimat sikit kan. Hewhewhew. 

Baru nak list. Ohoiiii rasa cam lambat lagi. Tapi bila orang-orang kata, heii masa berjalan cepat. Ape salah rancang cepat. Gulpp membebel dah orang sekeliling.

errrrrrrrrrrrrrrrrr..

Sape nak jadi pengapit ni. Bakal pengantin lelaki sangat cerewet nak pilih pengapit. Padahal kawan dia ramai je. Tak nak yg lebih tinggi dari dia la, tak nak tu la, ni la. haishhh. Hahaha ngade tauuu.

Kite pun tak cari lagi. Hehehehe. Tunggu nak dekat nanti. Sekarang tengah buat checklist. Segala macam nombor tepon sume kuo daripada fesbuk, wasap, wechat. Tulisan pun caca merba. Po nak buek, bukan selalu. Hehehehehe. 

Balik ni singgah Giant jap la. Nak cari note book comel. Untuk checklist. Selama ni ape idea idea taruk dalam otak pastu siang masuk opis tulis atas diari opis. Hahahaha pastu lupa, kat mana den tulis.

Kita merancang, Allah SWT menentukan. Moga semua berjalan lancar.




Si Kembar

Ini si kembar. Dua-dua lelaki. Kembar ini anak buah kepada tunang saya. Anak abang tunang yang kedua. Serius, suka betul tengok si kembar. Sesiapa yang punya anak kembar sangat beruntung. Rezeki Allah SWT bagi. Sekali dua. Kembar ni usianya sudah 3 bulan. Ini kali pertama eka tengok diorang nie. Hehehehe. Suka plak la tengok. Dua-dua bergerak-gerak. Hihihihi


Yang kiri Abang, kot. Hahaha lupa. Namanya Imal Haikal.
Yang kanan Adik. Namanya Iman Haikal.

Kadang-kadang silap jugak. Hahaha sebab susah nak beza. Sama je. 
Cuma yang si Imal tu kuat tidur. Tidur sesaja.  
Jarang pegang dia, sebab dia asyik tidur je kan.
Sebab tu badan dia debab dan pejal sikit dari Iman. 
Imal cuma bangun nak susu sahaja, pastu sambung tidur balik.

Yang si Iman pula, kuat nenen. Bila kita pangku, bagi dia nenen,
kanmain laju lagi dia nenen. 
Tapi Iman manja amat. Tidur pun selalu tidur atas dada ayah dia.

Mereka berdua lahir sewaktu umur 7 bulan dalam perut ibunyer.
Berat masa tu 1 point bape gram je. Kecik gile.
Lama duduk dalam sepital.
Alhamdulillah skang dah beso.


Ni baru bangun tidur. Tengokla si Imal. Tidur sesaja. 
Iman dah bangun dah. 
Si Imal, baju biru dah merengek nak susu. Hehehehehe

Suka aaaaaaaaaaaaaaaaaaaah anak kembar gini.
Heeeeee :p

Sorang satu Ibu Ayah pegang kalu dua-dua menguek.
Baju ada dua, sama je. Warna je lain.
Stokin pun dua, sama je. Warna je lain.
Pastu topi dua. Warna je lain.
Pendek kata semua dua, jadinya perasaan tu jadi macam sonok tengok dua-dua menguek.
Bukan senang nak jaga.. Hehehe. Kalu ayah keje, Ibu sorang jaga, macam mana lah.
Mesti kena suap dua-dua. Hehehe.
Pastu kite berpeluang memandikan si Imal. Yang kuat tido tu. 
Hikhikhikhik.
Kecik gile, kite basuh badan, kite syampoo dia.
Waaaaa satu perasaan yang best. Dah lama tak mandikan baby.

Saya dah berani !


Cer teka ni sapa? Imal ke Iman?

Hehehehehehehehehe

kite bocor rahsieee arr..
Ni mestila Iman.

Imal kat ibu dia, macam biasa arrr dia tido!

p/s : Family belah eka, tak tau la ada genetik kembar ke tidak. Ehhh pahal tanya-tanya ada genetik ke tidak nie? Hahahahahahahahaha :p

Atai yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :p




27 May 2013

Pertama Kali

Sebelum ni tengok orang je lukis doodle pengantin. Tadi nampak sorang blogger ni ajar nak lukis doodle guna microsoft excel. Kita cuba. Yayyyyyyyyyyyyy jadi lah. Walaupun tak perfect sangat. Hehehehehe

Taraaaaaaaaaaaa..


Hik hik hik pink engkoooo.
Kaler ni cantik gak kannnnn. Hihihihihi

Lepasni nak cuba buat pengantin pompuan pulak la :)


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa gemok lak muke die. hahahaha
sok la buat lagi



Terima kasih Blogger Nurdani




Burger Bakar Abang Burn : Jajahan Seremban

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Harini pepagi buta takde dah Moonday blues bagai. Kena jadikan Monday adalah permulaan hari yang baik. Weeeeeeeeeeee~

Pagi ni nak review makanan plak iaitu Burger Bakar Abang Burn.
Burger Bakar Abg Burn sekarang ni ada 14 jajahan. Korang pilih la yang mane paling dokek ngan umah korang. Antara jajahannya ialah  

Ampang, 
Kajang-Bangi, 
Nilai,
Johor Bahru,
Kota Damansara, 
Sunway-Subang Jaya, 
Seremban, 
Seksyen 7 Shah Alam,
Seksyen 13 Shah Alam, 
Alor Star, 
Klang,
Melaka, 
Cheras Perdana & 
Pasir Gudang.

Mesti korang suke kan? Tau dah. Kalau kat Belog Cik Eka nie, kejenyer asyik nak post pasal makan je. Pastu berat naik sikit mengecah  pulak takut gemuk. Hahaha. Ape nak buat. Tatahan semua benda sedap. Makan selagi selera ada. Baju kawen tak muat pun takpe. Pakai bengkung. Hahahaha 

Haritu, lepas balik daripada kenduri kahwin sepupu Dak Izi kat KL, kami semua terus gerak balik ke Seremban. Pasal kenduri kahwin nanti kite cite yer.  Hehehe. Pastu sebenonyer dah lame nak ajak dak Izi makan bende alah nie. Tapi biasalah. Dia kan selalu busy. Busy dan busy. Kalau tak, boleh pegi je kat Taman Dagang, Ampang tu ha. Tapi takde mase. 

Takpela, dah dapek dah pun. Hehehe. 

Tapi ingat sonang nak dapek nie? Kono bersosek dulu kek Sikamat tu ha. Kate Dak Izi, die tak berapa reti sangat jalan Sikamat tu. Gulppp .Ape cite nie. Ape kene nie. Orang Somban boleh sesat kat Somban nie. Hahahahaha. Sebab kami masuk ikut jalan utama Sikamat tu, jauh la nak masuk Taman Pulai Perdana tu. Aku jangan ditanya lah. Aku bukan orang Somban. Haruslah aku tak tahu. Hahahaha. Maka membebel lah dia di dalam kereta. Pastu Dak Izi call kengkawan dia, memasing tak jawab.  Hehe. Walaupun dah digoogle alamat,sesat jugak. Turun kereta la tanye orang kat depan masjid Sikamat tu. Hehehe. GPS yilekkkk..  GPS aku dah uninstall dari henpon comel ni. Maka berbekalkan komen-komen kat FB Burger Bakar Abang Burn je jadi rujukan.

Akhirnya, jumpa lah jugakkkkkkkkk. 

Barula orang Somban tu sobut,
' laaaaaaaaaaaaaaa kat sini rupanyaaa... Oooo sini laaaa.' Grrr. Tetibe je tau. Haha

Nah, taruk alamat Jajahan Seremban Burger Bakar Abang Burn.


Pastikan korang tak sesat macam kami. Hahaha.

Rupanya kedai ni dekat dalam Restoran Maulana. Dalam tu ada food court. Termasuklah Burger bako ni, ada nasi lemak, ada goreng-goreng bagai. Malam tu malam minggu, orang ramai jugak. 


Ni la cashier Burger Bakar Abang Burn Jajahan Seremban, yang selalu tersenyum 
serta mesra pelanggan. Peramah la budaknya.
Namanya Ahmad Danial. 
Siap amek twitter die lagi. Hahahaha.


Sibuk semua pekerja BBAB malam tu. 
Hehehe


Ni ha yang kami order.
Burger, meatball, ngan onion ring
Orang sebelah kate ni mencekik ke apa nie.Hahaha
Dua orang je makan.Tapi biasalah kan. Dah pegi burger bako, subjek utama haruslah ade burger.
 Tak kan nak makan ayam tandoori pulak. Hehehe



Ni ha Meatball Abg Burn.
Sedap. Rasa daging dia la juicy. 
Rasa black pepper agak kuat. 
Brown sauce dia sedap. Nyummyyy.

Orang sebelah kata kan, meatball ni abg burn buat sendiri ea. Sedap katanya ! 
Memang la sedap! Original pulak kan.

Harga dia RM 9.90

Orang sebelah siap order mee maggi goreng sebab nak makan ngan meat ball ni.


Pastu order burger ni. 
Nama burger ni Beef Supremo Cheesy 
 ni sedap.
Ada onion ring, mushroom goreng.
pastu sayur banyak. Sedap..
Roti tu salat ngan butter, pastu bakar garing. 
haih apehal sedap sangat nie!  Hahahaha

Tapi den makan separuh dah nak habis, mengah jugak la makan.
Sampai terbeliak biji mata mengunyah.Hahahaha
Beef patty dia sedap. Meleleh cheese dia. Nyummm nyummm

Harga dia RM 12.50



Lepastu ditambah pulak dengan Onion Ring
Onion Ring ni sedap. jugak.
Rangup !

Harga RM 2.00 je

Jumlah kitorang makan malam tu RM 24.40 sahaja. 

Alhamdulillah, kenyang sesangat. Sangat. Korang yang teringin nak makan meatball tu boleh la mari ke sini. Makan banyak-banyak tauuu. hehehehehe

Untuk korang nak check semua lokasi Jajahan Abg Burn korang kelik Lokasi BBAB
Untuk Official FB Burger Bakar Abg Burn Kelik FB Abg Burn

p/s : Nak breakfast duluuuuuuuuuuu, jom !




09 May 2013

B2B


Opssssssssssssss

:p

credit untuk blogger ini 









08 May 2013

Nasi Buluh (Bamboo) Sg Klah,Sungkai

Masih lagi berkaitan PRU ke 13. Tapi ini lepas PRU. Habis je bertugas tu, pukul 5.30 dekat pukul 6 gitulah. Petang tu kami diberi makan kuih. Dua ketul. Kuih talam ngan kuih karipap. Sedapla jugak. Ade pulak teh panas. Baru lepas hujan pulak kan. Sedap saje la. Bagi batu celop tepung, kayu celup tepung sedap gamaknyer kalo lepas hujan. Ajenyer yerrr. Haha

Masa balik tengahari nak ngundi tu, lalu kat simpang Sg Klah tu, ada Kedai Nasi Bamboo Sg Klah. pastu ada plak macam signboard comel tulis cendol pulut. Nak singgah tak sempat ler, sebab kejo masa kan, lagi-lagi masa bertugas. Tu pun nasibla dapat pelepasan. Rugi satu undi huiiiiiii...

Sebelum balik tanya pada Kak Yan, sedap tak makan situ. Dia kata sedap. Macam-macam ada. Balik tu nyinggah le kejap. Opismet lama ngan adik dia, dah kenyang katanya. Tapi aku yang nak singgah. Hahahaha. Depa kata, pelik betul ko nie, tak kenyang-kenyang. Nak buat camne kan. Teringin.

Jap, sebelum tunjuk gambo makanan, tunjuk gambo jari dulu.

Runcing kan jari budak nie. Hahahahahahahahahahahaha :p Perahsantan


Jari panjang-panjang ni memang begini yer.


Ni lah gerainya.
Baru lepas hujan masa nie.
Orang pun tak ramai.
Tapi tengahari lalu,kanmain ramai lagi orang. 

kami order nie,


Char Kuew Tiow.
Sedap jugak.
Seperti yang dikata banyak kali, makan selepas hujan,
memang semua sedap.

Teringat dak apple, dia suka char kuew tiow
Siap pesan, kalau dah kawen nanti, pandai masak apa2 je asal asasnyer kuewtiow.
Masaklaaaaaaaaaaaa..hari2 bagi dia makan kuewtiow
hehehehe :p


pastu cendol pulut........
ni disyorkan. memang sedap!

Terbayang kalo la tetengahari ngirup ini,
Perghhhhhhhhhhhhh. lelaki hensem lalu sebelah pun tak heran.

lalu jela kamu, tak nak pandang. Kahkahkah.

Ha ni plak dia punya special la kat sini. Tapi kami tak makan. hehehehe


Ni la nasi buluhnya.
Tapi petang kan, tak berapa nak makan nasik,
tu tak order. 

bagi sesiapa yang melancong ke Sungai Klah Hot Spring,
korang boleh singgah kat sini.
kat selekoh je. Tak sesat punya, sebab tepi jalan jer pun.

Ni FB dia, sila la terjah 



p/s : sorry yer entry lapo pepetang gini. Hahahahaha