26 June 2013

Kudu Nasi Kandar

Sempena menjelangnya waktu nak lunch ni, berasa nak post pasal makan la pulak. Wakakaka. Tadi saje nengok gambo gambo lama, teringat pulak waktu makan kat satu tempat ni. Pertama kali makan kat sini kekdahnya. Tapi tunang eka, dah selalu makan kat sini, waktu keje dekat opis lama dia dulu.

Mula-mula juai mahal, dia tanya, nak ke tak nak makan kat situ. Kita sebenonyer teringin cheese nan. Kat satu mapley tu. Dia la cerita sedap, sedap,sedap. Udah teringin Kak Bedah tauuuu...Maka, dek kerana sayang gamaknya hahahaha, ayat. Tunang pun bawak lah kete menghala ke belakang Jalan TAR tu. Pergi-pergi, hampehh. Tutup pulak la kedainya! Ceh. Frust. 

Terus je kata kat dia, meh la kite pegi kedai yang awak cakap memula tadi tu. Hahahahaa. Sengihhh kerang.

Ni ha, kodainyer.

Kudu Nasi Kandar. Google-google terjumpa gambo ni kat Blog Pinky Momma. Momma omey-omey, Adik Bedah pinjam gambo yerr.. Muahahahaha. Malu nak snap-snap kat situ, sebab ramai orang masa tu. Hahahahahahahaha


Ni ha restorannya. Terletak dekat Jalan Tunku Abdul Rahman.
 Seberang jalan, ada CIMB, Maju Junction tu ha. 
Sebenonyer eka pun lupa, nengok kat belog Pinky Momma jugak. Hahahaha

Kalau datang lambat, kompom beratur sampai keluar. 
Tapi nasib plak masa tu, orang tak ramai lagi. Awal lagi waktu lunch kan. hiuhiuhiu


Ni yang eka makan. Ayam ada, udang beso legor ada.
Pastu biasanya mamak, sayur dia timun kan?
Ni lain. Sayur istimewa adalah Cili Hijau Segar
Satu plate dapat dalam 3 batang cili hijau.
dan juga bendi rebus. Cicah dengan sambal.

Sedap gak cili hijau tu makan ngan nasi berkari.
Rangup kriuk kriuk jer. 

Rega, tak ingat Tapi campur ngan tunang punya nasik, campur air semua sekali 
dalam RM 27.00 + + 
tu sebab udang i la tu. Hahahaha.


Sebenonyer tujuan utama menaip entry ini adalah pasal ini.
Air ni. Mengada sungguh la. 
Tetiba teringin nak air bandung soda cincau ni.

Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa lah hai. 

Tengah-tengah batuk gini, boleh pulak teringin.
Sedap sangat. Suka. Sebab ada selasih, ada cincau. 
Rasa tak manis sangat. Slurppppppppppppppppppppppppppppp


p/s:  Lepas ni nak ajak lagi lah dia makan kat sini lagi. Hahahaha. Sekarang ni, weols jarang bertemu. Lagi-lagi bakal nak kahwin ni, rasa macam selesa pulak macam tu. Tapi takpela, minggu ni nak bertemu. Kursus berumah tangga.Nanti kita share ya. Hehehehe :)




24 June 2013

Promosi Cadar Raya Murah Murah!

Belum raya, tapi cadar raya dah keluar. Hihihihi. 

Mari-mari sapa nak bertukar ke cadar baru, 100 % cotton yer makcik-makcik, kakak-kakak sekalian. 

Paling best cadar ni tak berbulu. Kadang-kadang kalau beli cadar, selalu dah basuh berbulu kan. Tak selesa kan. Ni tak, cadar best tau. Dan warna pun tak luntur.

Yang penting tidor sejuk je rasa. Hehe

Warna cadar-cadar pulak, semua warna adalah cantik, menarik dan ceria. Kalau Cik Eka, haruslah memilih yang warna PINK. Hahahahahahahaha. Cenggini. 


Cantik kan. Ni Code dia

CHD28


CHD29


CHD37


CHD30


ha camne, cantik-cantik kan? tapi takdelah warna pink jambu je ada. Banyak lagi warna lain.
Kalau tak nak buat cadar raya, cadar tak raya pon boleh.

Boleh buat cadar pakai hari-hari.
Sedap sikit mata memandang tukar-tukar cadar kan. Hihihihihi.



CHD32


CHD33


CHD20

Dan banyak lagi sebenarnya.
Belian secara borong juga diterima


Untuk pengetahuan semua, semua cadar ini, setiap satu harganya adalah 
RM 200.00 sahaja !

murah kan? 

Set cadar ini mengandungi

2 SARUNG BANTAL

1 BEDSPREAD (250CM X230CM)

kualiti pun tinggi.
Kalau nak diskaun, cuba try mintak. Hikhikhik
Cakap je pembaca blog Cik Eka.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kawan saya ini.

0134647467 - AMIR

nak PM kat FB pon boleh

Klik sini


atau

0195711985 - ANAS


Cepat, dapatkan sebelum kehabisan yer.
Boleh la memeriahkan bilik dengan warna-warna ceria.
tidor pun best je. Hahahahaha


Selamat berpuasa dan selamat hari raya.
eh?? hahaha









14 June 2013

OTTG

OTTG : Orang Tua Tumbuh Gigi



'Cik Atiqah, sila masuk '  kata pembantu klinik yang manis tersenyum.

Saya pun masuk, Doktor wanita, cantik. Awet muda. Terus beri salam. 

'Assalamualaikum, jemput duduk', kata Doktor.

'Waalaikumsalam' , sambil saya senyum kembali, saya pun duduk. Eceh, skema sungguh ayat. Hihihihi.

Doktor terus tanya, ' ada apa masalah ya cik? '

Saya pun terus cerita sambil bercakap terkepit-kepit. Hahahaha kepit ngko.

'Cenggini doktor, saya ni tengah tumbuh gigi bongsu, pipi saya macam bengkak. Tekak saya ni macam ada infection je daripada ketumbuhan gigi bongsu ini doktor. Nak telan air liur sakit, nak minum sakit, nak makan apatah lagi. Saya dah beberapa hari makan bubur. Sobbb sobbbb . Bukan tu je doktor, tetiba ada pulak ulcer kat bibir saya ni. Lagilah parah saya dibuatnya. Saya nak kerja susah, nak bercakap susah' , kata saya.

' Oh macamtu, memang tumbuh gigi bongsu ni sakit. Sebab gusi dewasa dah keras. Kalau baby, gusinya lembut. Sebab tu awak sakit sangat masa nak tumbuh' , kata Doktor cantik awet muda lagi. 

' tula Doktor, sakit sangat-sangat ni ' , kata saya

Saya pun nganga mulut nak nganga mak oii sekso. dalam 2 cm je gitu boleh bukak, Doktor suluh. Doktor kata, ada infection ni. Tekak pun dah merah-merah. 

Doktor tanya, gigi bongsu nombor berapa, saya kata nombor 3. Doktor senyum sambil jawab, tu tak cukup lagi sebatang tu, maksimum 4. Hihihi senyum comel doktor.

Errrrrrrrrrrr membayangkan kengiluan si bongsu, membuatkan tetiba rasa ngeri. Camne la sakit bersalin yer? mesti lagi sakit kan? errrrrrrrrrrrrrrrrr ape cite pasal beranak nie. hahahahaha

Doktor kata dia bagi ubat, antibiotik, tahan sakit, ubat kumur, oral aid untuk titis dekat ulcer.  Dan dapat MC satu hari. Alhamdulillah dapat berehat hari Khamis.

Hari Khamis tu, memang saya duduk berehat sungguh. Segala SMS, WhatsApp,FB,WeChat saya tak layan. Hihihihi. Malam dah rasa kurang sikit, barula duk balas mesej sana sini. 


Gambo hiasan.
Beginilah orang tua tumbuh gigi. 
Sakitnya aduhaiiiiiiiiii
Sapo yang bolum tu, tunggu tau. 
Best!
Mano nak dapek pengalaman dah tuo tumbuh gigi?
Takdo do nak dapek,bertuah lah kito. 
Insan terpilih.Hahaha


p/s: Harini, rasa bertambah baik. Dah makan antibiotik, baru boleh nganga mulut, boleh kunyah, boleh makan walaupun tak sempurna. Alhamdulillah. Jap lagi nak balik umah mak ayah. Yippieeeeeeeeeee




12 June 2013

Bubur Nasi


Ini lah menu malam semalam,

Bubur nasi + ikan bilis goreng + bawang + bawang putih + cili burung

Bubur nasi tu campak beras ngan garam je,
masa nak makan taruk kicap.

Alhamdulillah, memang sedap, tapi sakit masa nak makan.

Serius, sakit. Sangat.

Mulut boleh nganga dalam 2 cm je gitu. Memang sekso kato orang.
Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakitnya.

Nak pegi klinik ke tak ni. Hmmmmmmm


Tumbuh gigi bongsu + ulser punya cerita.
Sakit itu penghapus dosa - dosa kecil







11 June 2013

Rama-Rama

Haritu masa balik daripada kursus kat Kelantan tu, singgah dekat Rantau Panjang, beli lah seekor rama-rama. Macam comel je. Yelah, memang rasa comel lagi-lagi ada pink kan. Hahahahaha.

Harga RM 10.00 je seekor. Lepastu masa pergi rumah sepupu tunang kawin, kita bawak sekali rama-rama tu, letak dalam kereta Dak apple. Pastu tinggal je dalam kereta dia. Dak apple tanye, beli satu je ke. 

A ah beli sekor je. Tahu baik beli dua, letak dalam kereta bantal rerama.

Pastu apple kata, nanti dia nak balik ke tempat kursus dia kat Bangi, dia nak bawak rerama ni kat dalam bilik dia. Mesti dia pun rasa cam comel je rerama tu.Hahahaha

Ni ha rupe rerama nyer


Terbang dah rerama ni ke Bangi. Temankan dak apple tido. Hehehehehehe. Pastu hari Ahad haritu, kawan kite check in dekat fb, Bukit Bunga, Jeli Kelantan.Aaaaaaaaaaaaaaaaa boleh kirim lagi sekor rerama ni, ada lah rerama tu kawan dalam kete.


Harini dah dapat dah reramanya . Rerama nombor dua. Kawan kita, Kak Huda kata, tak payah bayar.
Buat kenang-kenangan. Ole-oleh la nie.Muahaha, TQ kak Huda.Dari minggu lepas sampailah harini ada je ole-ole. Semalam wife officemate kita bagi ole-ole pashmina dari Bandung.Sedap pakai, sejuk . Harini dah pakai. Hihihihi.

Minggu lepas pun macam-macam dapat. Keychain,Fridge Magnet, pen, dll. Siap dapat kek lapis Sarawak bagai. Lapis cheese, lapis cadbury.Nyummy.

Teringat lagu rama-rama, masa sekolah tadika.

Lagunya begini,

Dari ulat jadi kempompong
Duduk tidur dalam kelongsong
Cukup masa kempompong pecah,
POMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!

Jadilah rama-rama yang indah.

Hehehehe


p/s : Adui makin sakit pula. 


04 June 2013

Gulai Lemak Cili Padi + Tempoyak

Biji mata ni rasa macam nak cungkil je. Sebab tengok semua adalah cantik. Tengok ini adalah cantik. Tengok itu pun adalah cantik juga.

Tak ada yang tak cantik. 

Semua pun cantik-cantik.

Lepastu ada lah tengok satu warna ni. Mint Green. Tak pernah pun suka warna ni. Tapi haritu ada beli baju satu. Warna ni.

Rasa macam cantik la pulak.


Rasa macam nak guna warna ni untuk baju nikah.
Sebab nampak macam sejuk mata memandang.

Kan? Hehehe

Ada yang tanya saya, apa tema kahwin saya. Entah, saya pun tak tahu nak kata. Hahahaha. Nak pink purple putih, nak pink purple turqoise. Tak kisah ar, janji ada pink. Hahahaha .Yang penting saya nak warna soft. Macam gini.


Ini tema cherry blossom

Saya suka warna yang lembut-lembut gini,
sesuailah dengan saya yang lembut ini. 
Uwekkkkkkkkkkkkk ayat tak boleh belah :p
 Macam la lembut sangat. hakhakhak

Untuk masa sekarang, masih lagi membooking perkara yang penting dulu. Google sana sini.

Step nak kahwin adalah panjang rupanya. Dan paling penting , proses untuk mendapakan kebenaran berkahwin itu. Pastu ada borang pengesahan permastautin. Cari penghulu bagai. Tangkap gambar pakai songkok bagai untuk bakal pengantin lelaki, fotostat dokumen penting bagai. Heeeeeeeeeeeee banyak keje kan. Tapi takpe, kita buat bersama-sama. Tapi belum mula lagila. Lepas raya nanti baru mula. Sebab molek dibuat 3-2 bulan sebelum berkahwin. Sekarang ni nak tahu proses dia je. Bila dah tahu, senang nak buat langkah seterusnya.

Untuk proses tu, eka rujuk blog ini dan juga iniTQ sangat bagi info berguna.

Disebabkan kami berlainan negeri. iaitu Negeri Gulai Lemak Cili Padi dan Negeri Tempoyak, maka, proses akan dibuat selepas belah gulai lemak siap buat semua dokumen. Dan pass pada tempoyak untuk tempoyak proses di negeri tempoyak pula.

Maka jadilah gulai lemak tempoyak. Sedap. Slurpppp. Hohoi... Merepek !

Nampak macam kelakar, tapi itulah prosesnya.Hehe

Yang pasal HIV test tu, dia valid 3 bulan. So, masa call klinik kesihatan. Katanya kalau majlis Bulan Disember, buat test bulan Oktober. Kalau kat tempat tempoyak, boleh buat setiap hari tapi pada sebelah petang sahaja. Maka, bulan Oktober ni baru buat. 

p/s : Kursus nikah kahwin, hujung bulan ni. Ilmu baru. InshaAllah, saya sudah bersedia. ^_* kenyit mata. Hekhekhek






03 June 2013

Candy Crush Saga Berhantu

Pernah tengok logo ini?



Menyirap tengok logo ni.
Hahahaha

Mengganggu gugat kepala otak ku.
Mesti ada yang termimpi-mimpi kan. 
Takyah la, aku tau. Sebab aku pun mimpi. Hahahaha
Termasuklah Cik Puan Seketeri tu. Hahahaha

Sakit hati tau. Dah tersangkut bape minggu dah kat level 65. Meluat sangat ngan coklat merebak tu. Kita pasang strategi dah. Hapuskan dulu coklat merebak tu. Baru clearkan jelly. Nan hado. Jelly tu dah la jenis yang keras! Kena jatuh dua kali baru jelly hilang. Dah la ada ada 6 bijik candy yang diselaputi jelly keras, ada pulak dawai yang ikat dia. Total move untuk satu bijik, diulangi satu bijik candy itu 3 move! Membazio move jer tau! Tu kalau tak ada keajaiban lah. Kalau ada keajaiban booster macam candy belang-belang, candy berbalut, ada candy bijik-bijik berwarna tu, tak payahlah nak move sampai 3 kali. Dia meletop-letop. Bling bling.

Tapi coklat tu je aku rasa sangat mengganggu.



Kalau takde la coklat tu, senang je nak main. Hahaha. Senang la sangat. Dia main ni ikut nasib jugak. Kadang kalau main beria fokus, tak pulak clear levelnyer. Kalau main sesaje gatal tekan-tekan, move-move, eh tetiba level clear. Hahahaha hantu sungguh la game ni.

Parah.

Penah jugak termimpi. Suara pakcik candy tu. cer dengar bila dia sebut SWEET. Macam Suwittttttttttttttt. Hahahaha. Sweet sangat. Hahahaha

Pastu pegi memana, ternampak je macam-macam benda, eh macam Candy Crush Saga.

Semalam pergi beli barang kat Giant, lalu kat balang makan kerepek, jelly, asam-asam. Nampak ini.


pandang kiri kanan, amek henpon, masuk instagram. Hahahahahaha
Tabiat. Mesti nak pandang kiri kanan. 

Malu? entah, segan sikit. Hakhakhak.


Ritu pakai selendang. Selendang ni tah tahun bila aku beli. Hahahaha. 
Tetiba rasa macam ternampak candy crush saga. 

Hahahahaha

Kan ?

Okay, yang ni sumpah, aku nak gelak berdekah-dekah. Hahahahahahaha. Dia punya booster tu, GIGI. GIGI okay. GIGI. Hahahaha


Hahahaha ngap ngap ngap ngap

Korang level berapa dah? Ade member FB, sampai dah Dua ratus lebih. Kagum pula aku. Hahaha. Aku? tetap 65. 

p/s: sebab aku stress ngan Candy ni, aku cuba main PAPA PEAR SAGA. Stress jugak sebab tempayan tak clear. Kita kena bagi tempayan tu berwarna. Hahahaha. Semua stress, tak payah main lah. Kan? Hahahahahaha. Satu je nak kabo. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Moh, main lagi. Hahaha :p