31 July 2013

Tema Yang Dipilih

Setelah puas direnung, dibelek, ditenang-tenang, dikaji, ditanya dan sebagainya, eka sepakat dengan dak apple, ingin memilih warna ini, sebagai tema mejelis di rumah eka nanti. 

Temanya adalah 

Tiffany Green + Pink

kompem amik kaler ini

Sebegini


Cantik tak?
Tiffany green ni nak kata hijau tak hijau,
nak kata biru tak biru, sedang2 saja.


Rupanya memilih warna tema pun agak susah kan. Yelah, sebab kita nak cari warna yang sesuai dengan kulit kita dan pasangan, dengan diri kita, jenis bentuk badan yang macam mana. Supaya tak tenggelam sangat kan dihari bahagia. Ecewahhh.

Macam baju raya tahun lepas, eka memang ada pakai warna ni. Tapi tak berapa jelas sebab separuh je warna tiffany green ni. Jadinya raya tahun ni, punya la nak mentesting diri sama ada sesuai ke tidak dengan warna ni, eka beli baju raya, lebih kurang warna ni. Yelah nak cuba je. Hehehe. Harapnya seri tak hilang. Hikhikhikhik. 

Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa eka tak pilih warna pink kegemaran eka untuk baju kahwin. Sebenarnya, dak apple taknak baju kaler pink. Hahahahahaha. Tapi takpe, tunang kan dah kaler soft pink. Masa kahwin ni menyerlah sikit pakai warna terang gini. Lagipun samping ngan tanjak, opkos pink2 skit.Hahaha

Dia pun bila eka tanya, okey ke tak warna ni, dia angguk cakap okey. Ha okeylah pada dia. Kalau dia buat muka keriut, tak angguk, tak sukala tu.

Tapi tak pe, shawl cik eka nanti opkos kaler pink. Hahahahaha. Sama ada soft pink, hot pink atau pink fuschia masih lagi dalam kajian cik eka. Eka ni jenis suka mengkaji, suka bereksperimen sendiri. Dan eka agak cerewet. Semoga butik Zahra Bridal tu sabar lah dengan eka yang agak cerewet sikit ni. Bukan eka je yer fussy, dak apple pun jenis fussy sikit bab-bab ni. Hihihi. 

Baju nikah pun eka tak pilih lagi. Sebab tengah memikir warna yang sesuai.

Untuk pemilihan design baju kahwin, eka tengah fikir lagi ni sama ada nak A cut atau nak mermaid dress. Ni penting tau. Kalau badan berisi, kena pilih la baju yang sesuai, supaya tak nampak macam sarat. Kalau yang jenis tinggi pun, kena pilih design yang sesuai supaya tak nampak lain macam.

Untuk baju sanding, eka request nak design baru. 

Tengah memilih.

Tak nak yang sarat dengan manik sangat. Nak simple. Manik pun nak dekat tangan, atau bahagian pinggang atau bahu saja. Dada takmo manik sebab pakai tudung tak masuk dalam baju. Tudung kat luar. 



Camni pun okey gak,
tapi bayangkan jela baju tu berlengan panjang.
Hehehehe



nak feeling mermaid la plak rasanya.Hahaha


 Esok eka updatekan jenis-jenis bentuk badan dan 
design apa yang sesuai dengan bentuk badan kita.
lupa nak bawak buku pengantin. Hehehehe


p/s : Slow slow memilih. Supaya berbaloi pilihannya nanti.






Resepi Ayam Masak Kicap Lada Hitam, Sedap !

Selamat hari Rabu uols. Harini Ramadhan ke 22 dah. Kejap je masa berlalu kan. Moga tahun depan kita dapat berjumpa bulan mulia ini lagi. InshaAllah , Amin. 

Semalam, migrain. Haih itu pun nak sebut kan. Hahaha. Lepastu takde mood betul nak pergi jenjalan Bazar Ramadhan yang kompem sesak ngan macam-macam orang. Jadi, i pun malas. Hahaha. Mood nak masak membuak-buak setelah opismet eka, Kak Aida cite, kelmarin dia masak ayam kicap lada hitam. Resepi sama la plak. Perghh ngelupor rasa nak makan ayam masak kicap lada hitam. 

Pergilah ke Giant. Cari barang basah. Sesambil tu practise la jadi weekend housewife. Walaupun nanti weekend je, tetap dipanggil 'hoswaif '! hahaha. :p Barang-barangnya walupun tak la sesegar dari laut dan kebun sayur, tapi boleh ah. Dari takde. Hewhewhew. Beli la ayam, udang, kubis,sawi gemuk, tofu telur. Menunya opkos ayam masak kicap lada hitam kegemaran ngan sawi gemok. Harini menunya sambal udang dan kubis goreng kicap. 

Ha mudah kan kalu kahwin ngan eka? Senang je menu. Hahahaha. Janji ada ikan@ayam@udang@ketam@lala@siput sedut etc tak kisah masak jenis apa pun + sayur. Nasi mesti berkicap. Siap. Mudahnyaaa nak jaga anak dara sorang ni. Hnffffffffffff hnfffffffffffff hnfffffffffffff kembang lobang idung.Hahahahaha



Barang basah yang bakal dijadikan lauk cik eka untuk berbuka. 
Berbuka sorang uols. Hosmet balik kampong.
Kelihatan watak utama.

Ayam 5 ketul comel la jugak
Sawi gemok
Taufu telur

Bakal dimasak.


Baru lepas dimasak.
Menggoda betul melihatkan ayam masak kicap lada hitam ni, kan?
Pahal tetiba rasa teringin lagi. Hahaha


Selesai dicedok ke dalam pinggan.
Sedapnyaaa. Slurppppppppppppp


Sawi gemok tumis dengan taufu telur


Cik eka berbuka musti ada buah.
 Kurma + buah segar macam epal @ mangga @ tembikai @ anggur

Mesti. Hehehe

Dan mestilah ada nasi. Nasi adalah wajib.
Seumur hidup tak pernah la waktu makan nasi, makan lauk saja. 

Mesti, nasik!
Perut orang melayu. Hahaha
Lauk saja tak kenyang der. Nak jaga badan pun, eka mesti makan nasik, 
sekali sehari pun takpe. 
Makan la engko bihun sekilo, mee goreng sekilo, macaroni sekilo,
tetap perut nak NASI. 



Harus direnjis dengan kicap. Kicap jenama kipas udang.
Kicap lain errrr kurang suka la. Hehehe

Memandangkan ada yang request resepi .
Ayam masak kicap lado hitam eka yang kelihatan agak menggoda
 dan tergude tu, maka cik eka rajin la plak nak nempek resepi kat sini. 

Senang je uols. Kita masak ni, jangan sebut tak tau, susah lah apelah,
Kita masak apa yang kita mampu buat.

Kalau dah tak mampu, nak masak mengalahkan chef hotel, pekebendenye kan.
Sedar diri, mampu masak masakan kampong je, cam i lah. Takdehal. Hehehe


Ayam Masak Kicap Lada Hitam Versi Cik Eka Comel

Ayam 5 ketul. 
Lada hitam secukupnya.
Jintan manis secukupnya
Bawang besar selabu
Bawang putih 3 ulas
Halia sebesar ibu jari
Bawang besar dipotong bulat
Kicap
Garam
Cabai burung 5 biji diketuk ketuk je sikit.

Cara-cara

Mula-mula, basuhkan ayam. 
Petua nak basuh hayam dan mengelakkan bau hamis ayam itew, 
sila lah basuh menggunakan tepung gandum.Siap dibasuhkan ayam teresebut,
lumurkan ayam dengan kunyit dan garam.Kendian goreng. 
Jangan goreng terlampau masak nanti keras,
kalau keras, dibaling ke dinding,
 mau melantun kene dahi lalu benjol. tak siap lak ayam kicap weols. 
Hahaha

Wokey dah siap goreng, ketepikan. 

Kemudian, masukkan lada hitam dan jintan manis ke dalam lesung batu.
 Itu ikutla bape banyak korang punya ayam,
agak-agak jela bape kan. Kalau nak kira lada hitam tu boleh.Tapi jenuh.
Kira jela 3 cubit ke 4 cubit lada hitam,
Kemudian 2 cubit jintan manis. Basuh dulu okey.

Tumbuk2 kan. Dah agak hancur sikit, potong bawang, 
masukkan dua jenis bawang itu. Putih dan merah. 
Masukkan juga halia tersebut. Tumbuk gitu-gitu je
Siapp bahan tu.

Kita nak menumis

Nak tumis, tak payah la tukar kuali goreng hayam tadi. 
Kalau minyak banyak, keluarkan sikit minyak tu. 

Panaskan api.Masukkan bahan ditumbuk tadi. 
Sampai la naik bau, garing sikit.
Masukkan ayam goreng tadi. Kacau-kacau. 
Masukkan kicap. Kicap disyorkan jenama kipas udang yang lemak manis tau.
Baru sedap! Dah masuk kicap, perlahankan api. 
Masukkan garam sikit. Eka jenis tak reti masuk garam pakai sudu, 
dah biasa guna cubit-cubit.Kacau-kacau sebati.
Masukkan air sikit. Sikit je jangan sampai banjir. Sebab kita nak bagi dia pekat sikit
bila bergaul ngan kicap tu. Kacau  bagi kicap tu bergaul sebati ngan ayam.
Biarkan sekejap. Bagi menyerap semua dan agak pekat. Baru best. 
Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
Dan juga cili burung yang dah diketuk manja-manja tadi tu.

Siapppppppp. Tutup api. Masuk dalam pinggan. 


Sawi gemok tu tak payahla resepi. 
Tu tumis ketuk bawang putih je, ngan sos tiram + tofu telur.


p/s : Wokey selamat mencuba semua. Dah cuba upload gambo masuk setegremm ye. Hehehehe






25 July 2013

Charms Bracelet Yang Comel !

Selamat pagi semua. Esok Perak cuti, Nuzul Al Quran. Jadi, balik kampung lah! Ahahaha. Mood balik kampung je sekarang lagi-lagi nak raya ni. Mood raya tetiba memancar-mancar. Cam ni la duduk berjauhan. Ahahaha.

Harini kita nak cite satu online butik jual charms bracelet yang comel-comel gila. Suka sangat tau! Yang best, kita boleh create sendiri. Ikut suka kita. 

Disebabkan eka ni seorang pompuan yang tak berapa suka pakai barang kemas, jadinya selalu beli bracelet yang bukan emas. Untung la dak apple tu. Ahahaha. tapi kalu dibelikan, amik je kan. :p

Meh singgah butik Monsterbytess ni.

Serius comel. Macam biasa, kita boleh pilih charms yang kita suka, untuk diletakkan pada bracelet kita.




Menarik kan, colorful je semua.
Eka bagitahu cara-cara nak beli ya, 


1. Pilih jenis bracelet yang korang suka, macam ni, ada 3 jenis.


2. Langkah seterusnya kita boleh masukkan charms yang kita suka.
Tak kisah berapa korang nak masukkan.


Ini pulak antara charms yang boleh kita pilih.
Haihh cute sangat-sangat tau. 

Ikut tema yang kita suka. 
Nak charms love,key,butterfly,star,owl,crown semua ada.
Semua charms ni dari Jepun. 
Tulah Kawaii semuanya. Hihihi

3. Dah siap pilih tu, emelkan terus kepada owner Monsterbytess 
untuk buat langkah seterusnya.

monsterbytess@yahoo.com

respon sangat cepat tau, 
jadi takdelah tertunggu-tunggu.


Eka pun ada satu tau ! 



Cutie Bracelet

Macam ni! Tapi eka request nak charms love + butterfly
Comel.

Baru je sampai tadi. 

Kalau korang beli kat sini, penghantaran pun cepat tau.

Jap, eka tunjuk eka punya pulak.


Sampai-sampai je tengok, ehhh comel.Hehehe


Cute kan. Ada pulak warna fav. Warna tema kahwin kite lak tu. Hihi
Sukaaaa


Eheeee cantik tak ?
Terus pakai plak tu. Wakakakakakakakakaka comel kan?
Masuk lift, tekan sendiri.Hahaha macam  ayat kak ina dodoceng pulak.

Nampak kegugurl plak eka pakai ni kan.
Siap ada bunyi decing cing cing plak. Comel. Hehehe



Selain daripada bracelet, ada jual brooch comel ni.
owl yang colorful
Suka tak?
 kalau suka, cepat-cepat pegi blog Monster Bytess ni.
Boleh pakai raya. Hihihi

Happy shopping uols.

p/s : sesiapa yang nak bagi barang untuk direview, iklan etc, boleh emel eka di ekaseven@ymail.com






Bantuan Khas Kewangan Untuk Aidilfitri 2013

Berita baik untuk penjawat awam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. - Bernama 

Alhamdulillah, RM 500.00 tu nilainya besar jugak. Buat duit raya.
Bayaran akan dibuat pada 31 Julai 2013.

Sumber :  Sini

Berapa banyak lagi yang kita mahu? 


24 July 2013

Lagu Raya Dah Keluar !

Hai semua. Selamat pagi! Pagi ni dah 15 hari kita berpuasa. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa lagi tahun ni. 

Eka kalu pepagi siap nak pegi kerja tu,dengar radio hotfm. Sejak bulan puasa nila mulanya. Aha. Pastu dengar Farah Fauzana kata kat AG, pasal lagu raya. Tup tup terus keluar lagi Selamat Berhari Raya daripada Rahimah Rahim.

Eksaited pahbedah tau. Sambil mekap-mekap tu nyanyi-nyanyi plak. Ahahahaha. Semalam ade tetengok baju raya, tapi takde plak yang bekonan kek hati den ni. Takpe aaaaa, ujung minggu nanti la. 

Semalam selepas balik keje, berkempatan lah nyembang ngan dak apple. Sembang guna corong telefon je pun! Ahahaha. Dia ajak berbuka ujung minggu ni. Makan seafood. Waaaaaa memang peberettt eka tu. Tapi tunggu kawan2 dak apple booking kan. Ada dua tempat, tapi tak tau yang mana satu kawan dia booking. Sama ada Jeram, Selangor atau Bagan Lalang. Belasah je arr. Janji makan. Free! hihihihihi

Kalau jadi pegi, nanti eka share ngan korang semua tau. Hihi

Rasanya, dah boleh mula buat kuih raya dah ni. Tapi minggu depan la nampaknya. Biskut raya yang eka nak buat. Ada dua tiga jenis. 

- Biskut Cornflakes Madu
- Biskut chocolate chips konon2 famos amos punya.
  Tapi ni versi eka amos punya. Hahaha
- biskut lupa..Biskut ni lupa eka tak ingat nama biskutnya. Adoi korangg... hahahaha nantilah eka ingat lagi.

Cehhhh teringat kuih raya plak. Semalam cari tart nenas. Tapi kat Jayenn. Tak menarik lak ropenyer. 

Nah, untuk korang semua, 



p/s : Lepas ni boleh siap-siap tukar ringtones handphone, ringtones WhatsApp. Hihihihihihihi.


Sampul raya pertama daripada Guardian.
Hijauu. Nak pink. Ahahahaha

Tengah fikir bape hengget nak bagi duit raya ni,
kalau dapat bonus, Alhamdulillah. 

Hehehehehehe










16 July 2013

Adreena Shawl @ Terbaik Dari Ladang

Harini kita nak review shawl yang best untuk tatapan semua. 

Selalu kita tercari-cari butik online yang menjual tudung,shawl yang menepati citarasa kita kan. Selalunya bila kita tengok ada yang jual shawl jarang sangat, terlalu licin sampaikan kita sendiri rasa sangat tak selesa. 

Tak best kan kalau macam tu. Senget-senget tudung. Adoiii

Tapi sekarang eka dah jumpa butik online yang best dan sesuai untuk dikongsi dengan semua. 

Mungkin ada yang pernah dengar 

'Tudung Terbaik dari Ladang' @ TDL .


Sesuai lah dengan tagline TDL 

"Koleksi Tudung & Shawl Online Terkini"



Nama pun dah best kan. 

Butik TDL menjual pelbagai jenis shawl/tudung yang semuanya adalah sangat cantik dan menepati citarasa. Dengan pilihan warna yang menarik, memang tengok sekali, dah jatuh hati.

Harga juga sangat berpatutan dan sangat mampu milik.

Sempena kedatangan bulan Syawal ni, TDL mengeluarkan shawl yang cantik, iaitu Adreena Shawl. 

Adreena shawl ni berbentuk half moon. Yang menariknya, shawl ni dijahit double layer. Jadinya, tak jarang macam kebanyakan half moon yang dijual dipasaran sekarang ni. Material yang dugunakan adalah chiffon silk. 


Eka ambil warna nie,
Pale Pink + Grey brown


Ni warna tahun ni,
Purple + Aqua
Cantik kan


Baby blue + Baby pink ni pun cantik.
Baju kawen pun ala-ala camni. Hahaha


Black + green
pun cantik.

Pendek kata semua cantiklah. Rambang mata kan. Hehe

lagi pilihan, klik sini

Dan ini ada contoh pemakaian Adreena Shawl yang paling mudah




Eka pun dah cuba dah ni. Hehehehe. Jap ea.


Ni eka pakai macam dalam tutorial tu. Hehehe.
Nampak letih beno. Puasa kan. Hahahaha


Yang ni masa pegi office minggu lepas. 


Korang, dah beli tudung raya? cepat dapatkan sekarang, boleh match dengan baju raya. Hehehe. Selamat Hari Raya. Ehhh awalnya. Hehehehe


Nak order, meh sini. 


FB Terbaik dari ladang

'Tudung Terbaik dari Ladang' @ TDL .


Website Terbaik dari Ladang

Terbaikdariladang.com

Instagram Terbaik dari ladang

@tdlnetwork




Happy shopping uols.



*Sponsored post




Keywords : Biskut Madu Tiga

Setiap hari selalu cek keywords kat blogspot dan nuffnang. Sebelum ni, keywords paling popular mencecah 25k + + adalah peplum, lepastu mederma gel. Ramai rupanya minat nak hilang parut dan pakai peplum. 

Hati-hati ya pakai peplum, kalau tak kena gaya pakai, nampak berisi pula. 

Oh, nak cerita antara keyword popular sempena bulan Ramadhan ini. Hehehe. Kadang nak tergelak baca. Hihi.



  • Restoran Shabu-Shabu Sri Manjung, ni mesti nak berbuka makan stimboat ni.Hihihi Cik Eka dah pernah makan sana. Klik sini untuk baca pasal Restoran Shabu-Shabu
  • Resepi biskut mily oat @ suci dalam debu ni memang setiap tahun Cik Eka buat. Sedap. Tak yah nak guna mixer ke apa. Gaul guna tangan je. Untuk resepi klik sini ya.
  • Cara nak capture Samsung Galaxy Y ni antara yang terhangat di blog eka. Pageviews cecah 10K + . Sesapa nak cuba boleh kelik sini.
  • Gulppppppp orang cari Cik Eka bertunang. 
  • Berapa lama nak bakar cornflakes madu? bako la dalam 3- 5 minit. Tujuan nak bakar tu supaya biskut korang tu tak terburai. Sebab madu tu sebagai ajen pelekat. So, cornflakes madu tu cantik je bentuk kejadiannya. hewhewhew
  • Sapa Cik Bunga Hamzah? Sapa ea? 
  • Nak tau sapa Chef hensem 5 rencah 5 rasa tu? Chef Sher Sen tu? nah klik sini ya



  • Ni mesti nak kahwin dah ni, cari pasal rebus telo ni. Kan? hehehehe. Untuk cara merebus telur untuk kenduri kahwin, eka bagi tips lah yer. Senang nanti. Eka pun bakal kahwin, bakal merebus telur sekawah. Carannya, beli plastik. Plastik yang biasa kita dapat kalau beli kat kedai runcit tu, Ada warna pink, hijau, oren, merah, biru, ungu bla bla bla. Beli yang saiz sedang. Yang boleh muat dalam 10-15 biji telur. Masukkan telur. Jangan letak banyak tau. Lepastu amik pisau, tebuk2 kan sikit plastik tu. Jangan tebuk semua, janji air boleh masuk dalam tu. Ikat. Dalam kawah @ periuk tu, masukkan garam segenggam. Tujuannya untuk mengelakkan kulit telur retak dan seterusnya pecah. Kemudian, masukkan bungkus-bungkus telur tu. Biasanya telur dalam kuantiti banyak tu dalam 15-20 minit. Taraaa siap. Makna telur dalam perkahwinan adalah kesuburan. Baru tau nie. Hehe
  • Tutorial DIY door gift, adik eka punya tahun lepas, Cik Eka punya, belum lagi. Nanti Cik Eka masukkan yaaaa. Hehehehe



  • Untuk boat ke Royal Belum, Grik. Korang boleh cari boat dekat sana. Cik Eka tak berapa tahu. Sebab haritu masa Cik Eka pergi sana, kami guna boat daripada Jabatan tempat Cik Eka bertugas. Kami tak guna boat orang luar. Tapi nak kepastian, boleh call Jabatan Perhutanan Grik. No telepon ada kat entry Cik Eka yang ini. Korang nak cuci mata tengok pemandangan kat sana, boleh kelik sini juga. Seronok tau kat sana.
  • Makna WAKLU ada juga dientry eka, Klik lah sini ya



  • Resepi biskut madu tiga, tak ada. Sensitif dengar madu-madu ni tau. Hahahahaha. Yang ada biskut cornflakes madu.boleh cuba try tau. Klik sini yaaa




  • Menu berbuka puasa hari pertama juga laris.Fuhhhhhh. Korang masak apa ea? Eka beli je. Hahahahahahahaha :p


p/s : Pernah dapat keyword pelik?  Cecite. Hehehehe


11 July 2013

Simpul Mengkarung

Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Ingat nak cerita pasal berbuka semalam, tapi takpela. Jap lagi. Sebab mengkarung punya pasal, nak cerita pasal mengkarung. Hehehe.

Pagi tadi, rasanya dalam pukul 2 pagi kot. Tengah tidur tu, tak ingat mimpi apa, tetiba je kaki sakit. Urat macam kena tarik. Aduhh sakitnyaa.. Nak nanges. Ke dah meleleh air mata. Tu lah dia simpul mengkarung. Lama dah tak kena simpul mengkarung ni. Tapi dari kecik, memang pernah kena. Kena memang tengah tidur. Ni sampai sekarang terasa sengal-sengal lagi kat betis kanan ni.

Betis dah la banyak lemak. Hahahaha Apa kaitan lemak nie. Hahakss.

Korang penah kena?


Urat tu urat. Hehehe
bersimpul

Simpul mengkarung ni macam kaki krem, tapi ni lagi sakit daripada krem. Kiranya macam kekejangan otot. Kekejangan otot yang berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal.

Kekejangan ini juga disebabkan keletihan otot. Erkk ke semalam pusing bazar Ramadhan sampai kaki jadi camni? hehehe.

Kalau ikut daripada artikel di surat khabar, punca berlakunya simpul mengkarung ni disebabkan oleh dehidrasi,kekurangan garam mineral seperti mangnesium,pottasium,sodium dan karbohidrat. 

Haaa semalam kan puasa, kurang air. Lepastu kurang garam mineral kan. agaknya semalam beli rendang kerang, rendang makcik tu lupa bubuh garam. Ahaksss. hahahaha... tu kaki kejang ni gamaknya.

Antara cara mengatasi 

1) Lebihkan meminum air dan cecair lain seperti air isotonik.
2) Makan makanan yang tinggi karbohidrat sepeti nasi dan roti .Mengekalkan pengambilan kalsium, potassium, magnesium dan zink.
3) Makan makanan kaya dengan kalsium.
4) Elakkan minum minuman bergas
Sumber dari Sini. Tq awak. Ada juga kawan fb kata, kalau kena simpul ni, picit ibu jari. Lepasni kalau kena, nak buat camtu. Tapi tu pun kalau ingat. hehehe.

Korang, penah kena? 

p/s : Dah beberapa hari eka sakit kepala. Macam migrain. Tapi entahla. Tanda-tanda resdung pun ada ni. Adakah eka menghidap resdung, tak tahula. Huhuhuhu. Malam tadi makan Paracetamol 650. Bangun rasa ringan sikit. Takut petang kang menyerang lagi. Aduhhhh tak sanggup. :(





03 July 2013

Teal Pink Purple Theme

Haaaaa tadi duk menggoogle lah warna-warna yang sesuai. Dan ternampak lah warna ini. Teal, pink dan purple. Aih Pah Bedah ni, nak selit pink jugak nampaknya. Hewhewhew

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Nice!


Cantik plak kad nie




Amboi candy buffet dia, cantik. 
Sweet jer.


Pengsan


Manik-manik kat baju, warna ini.
haishhhh cantik la pulak.
sweet sweet aje. 



Kasutttt
Kaki dah la jenis panjang dan kurus,
memang kena cari kasut sendiri laaaaaa nampaknya



Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Cake ni.



p/s : Rasa macam nak warna ni. Amacam, cantik? ehehehehe





Kebiru-biruan Warnanya

Selepas kursus kahwin haritu, kitorang ada menyinggah dekat butik pengantin. Ingat nak tengok kad kahwin sekali. Eka ambil butik pengantin yang dekat je dengan rumah. Butik baru. Lagipun senang sikit, hehehe. Tak perlu ambik jauh-jauh. Memandangkan butik tu kawan eka punya, so senang ceritalah. Kemudian photog pulak suami kawan eka punya. Adik ipar kepada owner butik pelamin. Memang dia collaborate dengan kak ipar dia. Semua ada termasuk kad kahwin, khemah, baju, pelamin, photog. Senang cite la kalau macamni. Kira kawan-kawan eka jugaklah.

Tapi lepas raya nanti, baru pergi semula, untuk buat final decision tentang baju, warna baju,kad, bla bla bla. So, ada masa lagi untuk memilih dan terpilih! hahaha

Moga semua dipermudahkan.

Lagipun tak perlu kita membazir beribu riban hanya untuk pelamin. Baik dihabiskan untuk persiapan lauk kenduri, bagi orang makan. Ye memang betul kahwin untuk sekali. Tapi jangan sampai membazir sudahlah. 

Pelamin nanti taruk dalam rumah aje. Hehehe. Sape nak tengok, masuk dalam rumah yer. Malu nak buat kat luar. Hehehe. Kat luar, makan beradap jer.

Tujuan sebeno entry ini dibuat adalah untuk membincangkan tentang warna baju pengantin. Hahaha. Pening kepala nak memikiokan ape warna baju nie. Haritu tanya kat bakal suami. Saje je la tanye kan. Hiuhiu. Nak ke dia pakai samping warna pink. ataupun tanjak warna pink.

Sebab mula-mula ingat nak sewa baju warna pink. Tapi bukanlah pink kuat tu. Pink yang soft gitu. Ala-la dust pink la camtu.

Lepastu dia boleh kata, ' jangan nak mengada ' . Tak nak , katanya.

Opsssssssssssssssssss macam tak nak lah pulak. Tapi takpela, ada masa memujuk kot. Hakhak. 

Sebab ingat nak buat warna macam pink dan ada baby blue sikit. Kira takdelah pink semua. 

Baju menikah pun tak decide lagi. Tapi takpe, baju menikah tu, lelaki pakai baju melayu je, boleh beli ready made je. Hahahaha. Taun depan inshaAllah boleh pakai baju nikah untuk raya 2014. Kan? hihi.

Eka plak, kot ada baju menikah yang ready made, beli ready made je. Boleh buat baju raya juga nanti.

Tapi kan, lagi banyak tengok baju pengantin, eka ada tersuka satu warna nie. Dia punya tema, lebih kurang yang camni. Kenapa ea. Sebelum ni tak pernah suka pun warna biru. Tetiba sekarang tersuka pula. 


 Gini lah. 

PURPLE & AQUA

Takde pun pink kan? hehehehehe.


Tapi ni ada pink sikit. 
Haiyooo cantikk la plakkkk

Contohnya baju yang camni, Ni eka amik kat butik tu lah.

Zahra Bridal


Lebih kurang kan?
Cantik kan? Ni Teal color
Campur pink pun cantik gak nie. 
Hahahaha nak pink jugak Pah Bedah ni.

Tapi kalau tak pilih warna ni pun masa sanding belah rumah eka, belah lelaki pun boleh jugak warna nie. Sebab kitorang decide cenggini. Yang belah rumah eka, eka pilih sendiri warna apa eka nak. Yang belah rumah lelaki, eka ikut je kaler ape dia nak. 

Adil kan? hahaha

Jadinya, sekarang dah pening kepala nak warna apa. Hahaha. Sebab warna memainkan peranan yang penting. Perlu sesuai dengan kita, kulit kita, pasangan kita. Supaya tak nampak kusam dan tak berseri semasa hari persandingan kita tu.Dan juga, biar nampak cantik di dalam gambar. 

Tapi tema tahun ni rasanya, semua warna pastel. Ataupun warna yang lembut. Digabungkan dengan satu atau dua warna yang agak strong. Contohnya baby blue dan baby pink. Ada jugak tema macam colour block jugak. 

Kalau korang, apa pendapat korang?

Agak-agak tahun 2013 ni, warna apa yang memang tengah naik selain daripada warna ni? 

Bincangkan. Hahahaha

p/s : oh pink, pink, pink, pink. :p