23 August 2013

Khemah Kahwin Selesai

Alhamdulillah. Khemah untuk tetamu + pengantin makan beradap dah selesai.
Eka booking dekat owner bisnes khemah ni pada bulan 6 haritu. Block tarikh eka.
Bagi bakal pengantin. Biasanya khemah ni kita bole request warna yang kita nak. Kemudian ada option nak khemah botak ke ataupun ada scallop. Khemah botak tu tak ada scallop tapi ada lah kipas sekali. Harga pun dalam RM 180 je rasanya. Kalau siap scallop dalam RM 250.00 ++.
Semalam owner khemah dan suami datang rumah. Untuk eka pilih design meja makan beradap pengantin,pilih warna scallop + warna lapik meja.Lapik meja eka amik warna gelap sebab memang mereka sedia warna gelap. Belasah jer ler. Hehe.
Dah setel. Pening gak memilih. Memacam kaler ade. Haha. Juling.
Disebabkan suka tema yang sweet2 gitu. Maka pilih pink purple. Ahakk pink jugakk dipilih.
Selesai satu hal.
Esok nak pegi butik pengantin plak. 
P/s : kad kahwin blum setel lagi niii..





21 August 2013

Isi Borang Ini

Rasa macam tak percaya.

Perlu mengisi borang ini.

Nama saya

Nama dia

Butir-butir diri.

Tertera nama.

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Mas kahwin
Hantaran

Isi selengkapnya

Sudah di depan mata,tapi belum isi lagi. Hehe.

Baca saja.

Sungguh rasa tak percaya, sudah mahu menikah.

Tapi, tengok lutut. Arghhh tensen. Bila nak baik ni. Nak pegi buat kad kahwin,nak cari cenderahati,nak pegi butik pengantin nak setel hal2 baju, pilih design baju,pelamin.

Banyak kerjanya. Adui cepat sihat lutut sayangggggggg..

Semangattttt!!!!!

01 August 2013

Baju Melayu Aaron Aziz

Hensomnyaaaa abang Aaron Aziz ni. 
Wakakakakakakakakakaka
Tapi hensomm lagi dak apple tuuu. Hihihi


Baju melayu abang Aaron ni dijual di seluruh cawangan Jakel Malaysia
Sapa beli dapat samping ngan butan baju free uolss.
Harga pulak around RM 110 - RM 285

Nah klik sini untuk maklumat lanjut 


Warna ni lah kengkonon nak buat baju nikah nanti.

Sweet kan? Warna Tea Rose @ dusty pink 

Orang melayu sebut pink belacan
hahahaha


Disebabkan baju sanding bukan pink, ape salahnya pakai warna ni plak kan.
Pujuk dak apple pakai warna ni masa nikah. 

Cantik kan? wakakakaka.

Lebih kurang kan dengan warna ni


Sumber gambar : Google dengan keyword 'tea rose'


Rasanya, sesuai kan? Lembut dan tak terang sangat.

T___________T

Harap dak apple shukaaa.