23 September 2013

Tema Menyalang @ Bertandang

Sebelum balik Perak semalam, eka ngan dak apple singgah jap kat butik pengantin untuk majlis menyalang @ menyambut kat sana. Ceh, dah pandai guna perkataan menyalang. Padahal baru je tahu perkataan menyalang tu masa menulis detail dalam borang pakej andaman tersebut. Hiuhiuhiu.

Den tak sangko, den pandai dah cakap nogoghi smilan. Hahahahaha.

Tapi dalam pade pandai cakap nismilan tu, kekadang terkeluo le gaya Pah Bedah dari Perak gak. Hehehe.

Pilih punya pilih, tak sangka lak dak apple amik warna Royal Green. Memang nice la warna dia. 

Memula dak apple kata, dia cadang beberapa warna. 

1. Ungu Kuat
2. Merah Tomato
3. Hijau
4. Peach 


Eka memang tak membantah apa pun warna yang dia pilih. Ikut suka dia. Sebab nak kawen sekali, biarlah dia sendiri buat pilihan kat belah dia. I is tak kisah.

Pastu dia ingat nak amek turqois. Tapi tak jadi sebab lebih kurang ngan majlis umah eka je. 

Pastu cari merah tomato, takdo.

Tengok songket. Dio cam tak bokonan lak. Cancel songket.

Pastu nampak peach. Eh cam cantik lak ai kaler eh. 

Cek date, alamakkkkkkkkkkk, Ado orang pakai, tarikh samo lak. Adehhh.

Pastu nampak lak satu baju. Kaler Royal Green. Nak kata hijo pucuk pisang tak, hijo zamrud @ emerald green pun tak. Kira sedang2. Tapi memang cantik kalernyer. Baju ni baju baru, adik owner butik tu punya kenduri dua minggu lepas.

Dak apple terus tanya kat pekerja butik, Kato eh. ' Ni baju lelaki mano kak? den nak tengok.'

Terus ahkak tu pi amik. Bagi kat dak apple. Dak apple terus bokonan design dio. Terus bukak butang, dio cakap polan. Boleh ko den torai ni. Hahaha. 

Terus je eka cakap, kak, nak try. Kak tu pun kata, try try.

Po laie, bokonan toruih la dak apple. Den pun nak torai gak aaa baju pmpuan ropol2 engko. Hahaha. Cun gak. Testing memang ngam2 ngan badan kitorang berdua. Macam tak payah nak alter rasanya. Tapi tetap gak nak alter seminggu lepas kahwin. Lagipun dak apple cerewet skit. (same je ngan org yg menulis ni) hehe. Happy je dak apple lepas dapat apa yang dia nak. 


Nice colour



p/s : Semoga dipermudahkan. Mula dah bayo deposit sana-sini.









Coconut Shake Klebang @ Melaka

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tak sempat nak update dah beberapa hari ni. Hehehe. Sibuk sikit. Sibuk jalan-jalan. Sambil sibuk makan-makan. Hahaha makan sesaje.

Hari Sabtu haritu, eka ngan dak apple pegi Melaka. Kat Taman Krubong Jaya. Nak pegi kenduri kawan opis dak apple. Namanya Wani. Nak pegi, biasa ar. Mesti makan langsat 2,3 kilo baru jumpa destinasi. Hahhaha. Dak apple ni macam-macam betul, boleh pulak dia tertinggal kad kahwin dak wani kat opis. Menggelabah la whatsapp dak opis dia, suruh send peta. Pastu guna plak Gps henpon eka. Sampai lah kat area Krubong tu. Pastu lost. Hahahaha. Meluat la plak kejap turn right,turn left. Akhirnya berpandukan peta, gps,call2 jumpa gak. 


Nilah dia kawan opismet dak apple.
Kawan eka gakla. Hehehe kawan kat fb.
Selalu ngusik2 ngan wani ni. Peramah orangnya.

Masa tengah sanding, eka tangkap gambar dia,
sekali dia lambai-lambai. Perasan jugak eka kat situ. ehehe

Tahniah Wani. Lama gak kat kenduri tu. 
Tunggu member2 opis dak apple yang lain datang.


Macam biasa, kalu pegi umah orang kahwin, mesti ada budak2 comel.
Sambil mak ayah dia makan, mintak pinjam jap anaknya. 
Tolong pegang aaa senang cite. Hahahaha. Damia nama dak kecik ni.
Comel, tak nangis langsung. Mengikut cerita emak Damia, 
dia nangis kalu kembung perut je. Perghhh baik Damia.
Nak anak cam Damia. Hahahahahaha

Selepas je kenduri, kami ke Paya Rumput plak.
Nak melawat kawan eka, Muher. Baru lepas bersalin sebulan
dan masih berpantang kat rumah neneknya di Melaka.
Alang-alang ke Melaka kan.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni namanya Aisya Humaira.
Aisya tido je sepanjang eka datang.
Sekali imbas cam muka Copi anak Atita Haris lah.
Memang sama kalau tengok dedepan.

Pastu kat kat umah Muher, Nenek Muher memang layan tip top giler.
Hidang kami macam-macam makanan. Siap cedukkan lagi kuih udang.
Termasuklah kuih udang alor gajah,
pastu kuih bahulu kemboja, karipap. 
Buah berangan goreng,buah dukung dan rambutan pulak dari Kelantan.
Suami Muher orang Kelantan. Memang sedap la. Manis gile.


Ni ha, suami Muher siap bungkuskan kami buah-buah ni.
Sedap. Manis. Tq Muher and family.
Memang best.

Lepas je ke Paya Rumput, kami ke Klebang plak.
Tetiba lak teringin nak coconut shake yang terbaekkk kat Klebang tu.
Jalan memang tak tau, guna gps je. Seb bek jumpe.




Ni la kedainya. Dak apple interprem lak kat situ. 
Hahaha. Kalau nak pegi Coconut Shake Klebang ni,
kedai dia tepi jalan besar, sebelah Caltex.
Tapi, yang tepi jalan tu kalo korang nak take away.

Kalau nak makan situ.Parking kat dalam. 
Kedai dia kat sebelah rumah dia je. Memang ramai gila.
Full house. Macam-macam kuih muih ada.
Nasik lemak dia memang best. Nyesal beli satu. Hahahahahaha

Rega RM 1.20 je



Ni aaa paling sodap skali.
Coconut Shake Special Original Klebang.
Ada aiskrim vanilla jenama walls yang memang sedap.
Bila sedut je air ni, gigit-gigit, terasa chunky isi kelapa tu.
Dengan lemak manisnya cukup rasa. 
Perghhh ni terliur la plak sewaktu menaip ni. Hahahaha

Rega RM 2.20 je tau.

Mula-mula, pegi kat kaunter, bayar berapa gelas nak.
Kemudian dapat resit. Lepastu pegi duduk. Baru je duduk,
datang pekerja kedai, terus je cop resit. terus dapat coconut shake.
servis terbaek. Cepat walaupun ramai orang.
Balik tu tapau lagi. Hahaha

Ingat pas je kat Klebang, nak jalan-jalan lagi,
tapi dak apple plak dah nak nengok bola. 
Negeri Sembilan vs Terengganu. 

Adehhhhh. Habis cancel nak jalan. Sampai stadium Paroi. ade member dak apple.
Masuk sekali ngan dorang.


Kemaen dia nyerongen. Half time.
Masa ni, Negeri Sembilan dah dapek duo bijik goal.Suko aa.

Tapi akhirnya, kalah. Hihihihihihi. 
Kuciwa je dia dan kengkawan dia. Punya la somangat masa goal sebelum tu,
sekali alamak. 2-2 tapi n9 tak layak dah. 

Hehehehehe

Okey tu je nak cite. Kesimpulannya kalau pegi Melaka, trylah coconut shake Klebang ni.
Terbaek sodap meletop2.Hehehehehhee










19 September 2013

Trend Pelamin Terbaru 2013-2014

Perhatian : Saya bukan wedding planner, saya menaip entry ini untuk rujukan bakal pengantin. 


Hai semua. Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak bersiaran. Hehehehehe. Ada je on9 tapi malas nak update. Boleh? Haha. 

Terima kasih banyak pada yang dah bagi beberapa nama untuk mencari tukang tangkap gambo belah lelaki. Dah inform kepada dak apple . Siap rega semua. Terpulang lah kat dia nak amik yang mana. Hehehehe. Eka tukang cari je. Semua nak yang terbaek kan. Hehehehe

Pastu kan, eka skang ni tengah sibuk mencari pelamin. Contoh-contoh pelamin yang menarik untuk majlis eka nanti. Dalam kepala, takde lah nak yang grand,yang besar sangat, yang sarat sume kan. Nak yang simple je. 

Lagipun eka nak majlis sederhana je. Nak tercekik tengok pakej-pakej kahwin yang semua sekali hampir berpuluhan ribu ringgit. Yelah, kita mana mampu nak memahal gitu. Asal menarik, sederhana. Dah cukuplah rasanya. Nikah tu yang penting kan. Serta mampu dikenang sampai keakhirnya dan berharap semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin. 

Eheee terjiwang plak. 

Rasanya sekarang ni, pelamin lebih kepada pelamin yang simple, takde pelamin yang design ala menggelabah.Yelah. Bukan nak duduk lama atas pelamin tu. Tangkap-tangkap gambar buat kenangan kan. Kalau sebelum-sebelum ni, pelamin kerawang memang tengah 'in'. Pastu pelamin ada bunga-bunga besar. Macam adik eka kahwin dulu. Pastu pelamin ada panel. Pelamin panel bentuk cam rumah, cam tingkap, pelamin ada tiang roman. Pastu pelamin panel kaca. Macam-macam jenis, bentuk, rupa dan warna ada. 

Setelah menjalankan kajian. Dan men survey . Eh ada ke ayat men survey ni? aduhhh. Hehehe. Maka, eka dapat satu kesimpulan iaitu pelamin yang simple menjadi trend pengantin pada masa kini. Tanpa bunga-bungaan yang sarat. Ia nampak menarik,mudah, dan ekslusif gitu. Warna pulak, warna yang sangat fresh. Warna cream. Cream, white. Digabung dengan bunga-bungaan warna pastel. Ada lampu sikit. Pastu ada pasu kaca, bunga bertangkai secara minima. Ohhh cantik. Ahaaa. Dan eka menamakan trend pelamin ini adalah pelamin 'sup bunjut' . Hehehehe.  

Korang jangan gelak tau, eka tak tau nak namakan pelamin ni pelamin apa. Tapi yang penting, eka suka sangat design-design yang camni. Tahniah kepada para pencipta pelamin ini. Nama pelamin camni, pelamin tirai rupanya.

Eka dah survey beberapa butik. Mari kita semak, butik-butik yang menawarkan pelamin-pelamin cantik,simple. Sesuai untuk panduan bride to be termasuk lah diri sendiri. Hehehe. Cam tak caye je jadi bride to be. 85 hari lagi berstatus bujang/anak dara.Sebenornyer eka tak kira pun berapa tarikhnya lagi, tapi sebab ada kawan eka, tarikh kahwin sama, dia kira. Jadi, eka tanye je dia, lagi berapa hari.Hahaha.

wokey, kita lihat pelamin - pelamin ini.

1. Pelamin Buaian Ipoh


Cantik kan pelamin ni. 
Ni sesuai kalau rumah kita ada ruang yang terhad,sebab comel sangat.
Suka tau.

2. Rozita Beauty & Bridal 


Ni gojes. Simple kan.
Memang suka sangat design yang ni. 
Sebabkan baju eka warna tiffany green + pink,
tu eka nak latar belakang warna cream camni. 


Ni dia. Pun cantik.
Soft jer. Ni kalu pengantin pakai warna yang bright, 
perghh mesti cun dalam camera mahal. 

Yang cecantik gojes ini semua daripada
Sapa duduk area sini, boleh lah amik. Butik ni kat Bandar Baru Teluk Intan.


3. Zaha Wedding Planner


Cantiknya. Kalau dekat , dah lama eka amik.
Ni jauh la plak. Tapi takpe, sapa area Sg Petani, mai lah amek hat ni.
Segak sungguh pelamin ni, ceq suka tau.
Nampak mewah gitu.


Ni pun. Ha tengok, dekorasi yang sangat minimum, 
bila guna kombinasi warna yang suci begini campo pink + hijau + putih skit.
Perghhh memang terbaek.

4. Stazurin Bridal Boutique


Ini terbaek. 
Simple. Memang menepati tema sungguh warna camni.
Yang penting pink tu. Suka sangat Ahahahahahaha


Cantik kan. 



yang ni semua dari Stazurin Bridal Boutique
Butik ni dari Kajang. 

Camne, sume cantik kan. Memang 'in' sangat pelamin sup bunjut @ tirai ini. Maka, bride to be, marilah kita memilih. Memilih yang terbaek untuk hari bahgia. Yang penting, sederhana dan cantik. 

p/s: Dah ada idea dah ni. Hehehehe. Semoga Allah swt dipermudahkan urusan kita semua. 





17 September 2013

Mencari Photographer Belah Lelaki.

*Photographer telah dijumpai. 

Assalamualaikum dan hai. Kali ni takde la nak cite benda lain lagi. Mesti nak cerita pasal kawen-kawen je skang ni. Majlis pun tak lama dah ni. 

Asal balik umah mak ayah je, mesti bincang pasal kahwin. Mak ayah tentunya yang excited. Macam-macam yang mereka berdua bincangkan. Eka ikut je. Bab kahwin ni, kita tak boleh ikut kepala kita aje. Mesti kena ikut kepala orang lain. 

Baru ni mak bincang pasal lauk-pauk. Urusan masak memasak. Sebab kami buat gotong - royong kan. Raya haji ni, ada lagi satu meeting bersama seluruh keluarga. Haraplah semua ada nanti. 

Pastu hari Sabtu ritu, dak apple bagitahu, majlis belah lelaki, buat 2 minggu selepas majlis kat rumah eka. Terkejut gak memula. Lepas mak ayah kata okey, eka ikutkan ajela. 

Jadinya, sekarang. Ada sedikit perubahan. Nasib baik lah tergerak hati nak buat kad bulan 10. Fuhh lega. Nasib baik jugak, baru survey butik-butik pengantin yang ada kat area Seremban. Tak booking apa-apa lagi. Fuhh lega.

Memang tak nak book awal, sebab kenduri kahwin biasanya mesti ada pindaan. Jadi, bersedia awal

Tapi yang tak bernasib baiknya, khidmat photographer. Sebab, eka dah book dia awal-awal. Untuk kedua-dua majlis. Pakej pun termasuk

nikah + kenduri belah eka + kenduri belah dak apple = Harga istimewa. 

Semalam mesej Photographer, Al-Amin. Dia kata, sorry sangat, tak boleh amik job 28/12 tersebut. Sebab dia dah ada job. Sekarang ni, eka dapat dia untuk buat masa majlis nikah + kenduri umah eka je. 

Nampaknya, dak apple kena cari photog lain lah untuk majlis belah dia. Ada sesiapa yang tahu, photgrapher cantik, cun melecun untuk job di Seremban 28/12/2013 ni? Please, bagi link tau. Kita nak survey dulu nie.

Semoga dapat dijumpai. Hehehehe.

Tadi baru call rest house untuk belah lelaki menginap nanti. Alhamdulillah okey dah. Cuma tak boleh check in awal. Kena check in pukul 2.45 pm jugak. Ingatkan boleh la family dak apple check in sebelum solat jumaat kan. 

Next, nak kena cari cenderahati plak ni. Bagi makanan je kot. Telur + muffin + gula-gula,cookies. Errr apa lagi ek. Masuk je dalam beg tu nanti. 

Semoga dipermudahkan.

Sekali lagi, please ea bagi contact2 number member ke yg boleh amek job photographer area Seremban pada 28/12/2013 (Sabtu)



Cool je bride ni.Kita nak jadi pengantin kena cool.
Cool bebeh Cool. Haha







13 September 2013

Resepi Kek Batik : Langkah Demi Langkah

Tadi ada jamuan sikitlah kat opis. Sempena pertukaran CC kitorang. Sedih. Sob sob. CC ni best. Sporting dan kami semua selesa bekerja dengan dia. Tapi tukar pun tak jauh. Depan opis kami je. Hehehe. 

Lepastu masing-masing ada bawak juadah. Eka pun tak tahu nak buat ape, rasa tekak nak makan kek batik. Alang-alang baik buat sekali. Hehe. 

Haritu masa buat kat umah makcik kenduri. Ramai yang mintak resepi. Asal dibagi, deme pun lupa. Jadi. Tempek kat sini lah. Siap langkah demi langkah lagi. Kalau tak ingat lagi tak tau la. Haha.

Kek batik eka buat takde telo. Tak suka taruk telo. Ada bau sikit. Hilang mood nak makan. Rasanya ada share kot resepi ni. Tapi tulis gitu-gitu je. Malas nak cari balik.

Okey, bahan-bahan mudah je. Seperti tertera:-


Satu peket biskut marie (apa-apa jenama) Tapi guna tiger @ munchys. Sedap
Milo 400 g
Susu pekat manis
Buttercup sebuku


Mula-mula patahkan biskut mari. Patah dua je


Ambek periuk ke kuali ke.
Korang campak kan buttercup sebijik.
Kacai-kacau bagi dia cair. 
Api perlahan je tau


Dah cair buttercup korang,
masukkan susu pekat manis.
Susu pekat ni tak kisah. Kalau nak habiskan pon boleh,
Ikut tekak. Nak manis lebih, taknak manis, takyah habiskan.

Kacau lagi.


Dah siap kacau sebati. Masukkan milo sepeket.
Kacau.


Jadi begini. Eka suka dia ada ketul skit. Sedap gigit serbuk milo. Hehehe


Pastu masukkan sekut meri tersebut. 
Kacau hingga sebati


Ni la rope bila dah sebati.


pastu masukkan ke dalam bekas pilihan korang.
Pastu korang henyak-henyak kan biskut tersebut. 
Hentak hentak dan tekan kan. Ceh ganas je rope. Hahaha.
yela nak bagi dia padat
Nak memudahkan kerja bila potong.
Lapikkan dengan plastik dulu sebelum letak adunan.
Nanti bila dah masuk dalam peti ais. Bila nak potong, 
korang angkat je plastik tersebut.


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dah jadi.

Resepi yang ni memang terbaik.Sedap. Lemak. Manis ikut tekak kita.

Selamat mencoba.




Jamuan tadi. Hehehehe