28 October 2013

Guest Book #DIY

Assalamualaikum semua. Harini kita cite lagi pasal preparations kahwin ea. Hehehe. Kali ni nak bagi idea untuk buat 'Guest Book' sendiri. Eka memang cadang nak hias sendiri guest book yang simple. Khusus untuk tetamu yang datang nanti. Saja nak buat lagi meriah, ada ucapan-ucapan yang boleh djadikan kenangan nanti. 

Untuk guest book eka ni, eka buat 80 muka surat. Tapi ada 3 design yang berlainan kat isi dalam tu. Eka buat sekaligus dengan belah lelaki. Kira nanti guna 1 buku je untuk dua-dua belah pihak. Untuk meja tu nanti, eka guna meja bulat yang ada kat rumah. Lapik sikit, letak buku, frame gambar, hiasan sikit. Tu je. 

Kos untuk buat guest book ni, memang tak mahal. Eka kira secara kasar rasanya dalam RM 45.00 + + la. Murah kan. Hehe.


Yang eka gunakan.

Eka buat dalam microsoft word je, eka print 3 design, photostat 80 helai.

Lepastu eka mintak tolong kawan eka. Aqilah. Bride to be gak ni. Hehehe. 
Kitorang selalu bertukar2 idea, bertukar2 cerita,
lagipun kitorang punya tarikh sama, nikah sama, kenduri sama.
bakal suami pun dari negeri yang sama. Hehehe.

Binding kan, macam binding thesis tu. 
Mula-mula nak comb binding je. Tapi kalau buat buku gini,
lagi kemas kan.


Kos dia.

1. Photostat RM 8.00

2. Binding RM 20.00

3. Pembalut buku (beli kat kedai alat pengantin) RM 1.00/helai

4. Bunga (sebenarnya pin baju.) 6 kuntum@RM 10.00

5. Riben RM 1.00/Meter

Tu je. 
Untuk gam, eka guna glue gun sebab dia punya gam kuat sikit lekat.
Pistol gam tu pinjam Aqilah punya. Hehehe tq Qil


Ni ha hasilnya. Simple je. 
Nanti orang akan bukak2 buku ni kan, bunga tu semua dari kain chiffon, 
so tak yah risau dia penyek ke apa. Setel satu. Hehehe.

Pasni eka nak DIY bubble talk. 
Dak apple tanye, nanti ade props ke tak macam bertunang haritu.

Ada eka buat sikit nanti. Nak suruh dia pakai mustache lah nanti hahaha.

Kalau sesapa nak buat, kalau pandai buat sendiri, boleh buat sendiri. Lagi puas kan. 
Eka ritu memula nak beli je. Tapi nampak ramai Bride to be buat, 
hasil pun simple dan menarik,
eka pun ingat nak buat jugaklah untuk hari bahagia nanti.



21 October 2013

Throwback E-Day

#Throwback

Tengok gambar ni, rasa macam kejap sangat masa berlalu. Daripada tarikh 5/5/2012. Sampailah sekarang. Dah nak kahwin dah pun. Dalam sebulan lebih lagi, title bertukar. Dari Cik kepada Puan. Nama blog ni nak tuko ke tidak??? ahaha. Cik Puan Eka lah nampaknya.

Macam-macam dah dilalui bersama. Orang kata bertunang ni seronok. Tapi eka rasa, biasa je. Maksima punya tahap. Orang tua-tua kata, jangan seronok sangat bila bertunang. Biasa-biasa jer. Orang tua-tua kata, bertunang banyak dugaan. Ni memang eka iyakan. Masa ni lah kesetiaan dan kejujuran kita diuji dan juga teruji dan juga menguji. Kesimpulannya UJI. Hehe.

Masa ini jugaklah nak tengok sejauh mana keserasian, kesefahaman. Eka rasa dulu-dulu tak fikir sangat pasal benda ni. Tapi bila dah nak kawen, baru nampak perubahan. Perubahan dimana, sama-sama nak faham masing-masing. Walaupun ada sedikit percanggahan. Hahaha canggah sangat.

Tapi betul. Kan masa kita nak buat persiapan kahwin kan. Kat mata kita, dah okey cun cantek dah benda ni, tapi kat mata dia, ada je tak kena. Haha. Masa tulah bertegang urat. Masam muka. Huh! hahaha. Tapi bila dah okay, mengalah jelah. Malas panjang cite.



Bakal mak mertua sarungkan cincin.

Lepasni ada orang pakaikan gelang pulak. :p





14 October 2013

Persiapan 50%

Assalamualaikum semua. Harini eka masih kerja lagi, petang karang baru balik rumah mak ayah yippieee. Padahal baru je balik dari sana semalam. Kehkehkeh. Eka kena simpan cuti ni, untuk majlis nanti. Cuti tinggal lagi 15 hari. Tapi amek cuti raye aji untuk rabu ni, tinggal 14 hari. 14 hari tulah eka nak ready siap-siap untuk cuti kahwin.

Persiapan sekarang ni sedang giat dijalankan. Sabtu lepas dah siap dah beli bag untuk door gift. Untuk tetamu eka DIY brown paper. Setel beli barang semua. Simple. Dalam taruk makanan termasuk telur.

Tak jadi plak nak DIY bunga untuk khatam Al- Quran sebab mak dah belanja bunga telor. Hikhik. Pastu mak belanja sekali bunga pahar untuk dibawa ke rumah dak apple nanti. Tq mak. Hehehe.

Untuk cenderahati belah dak apple pun dah siap beli. Kahwin ngan orang Perak, kompem lah bercirikan negeri perak. Hint dia, banyak kat Kuala Kangsar. Opsss. Hahahaha.

Untuk guest book, eka DIY jugak. Sekarang ni tengah binding buku tu. TQ Aqilah sebab tolong kita bindingkan buku tu.

Untuk kad kahwin. Minggu ni siap.

Borang nikah, dak apple pegi setel lagi petang ni untuk dapatkan borang 5 itu.

Baju nikah pun dah setel. Eka beli siap je baju kurung moden. Baju melayu dak apple pun beli sekali kat tempat yang sama. Warna dia  lebih kurang warna nie.



Light Purple

Warna dia sangat soft. Ada beads yang minima. Sekarang ni nak cari tudung ngan veil je.Eka pakai shawl jelah. Untuk majlis nikah ngan sanding. Veil ingat nak sewa. Sebab nak pakai untuk nikah je ni. Nak cari warna sedondon.

Sekarang ni kasut je belum cari. Hehehehe kasut kena beli sendiri kerana kasut kat butik saiz standard 7-8. Eka punya kaki saiz 9. Sebab kaki jenis panjang punya. Hahahahaha. Memang tak muat aaa kat butik. 

Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Tinggal sikit je lagi ni. Nak cari hiasan untuk bilik pengantin. Hewhew. Nak yang soft2 jer kalernya. Maybe cream. Pastu tabur rose petals. Buat bentuk LOVE. Romantik tak? hahahahahaha.

Pastu ape lagi ea. adeh banyak gak. Hehehehe


p/s: Tinggal 1 bulan 4 minggu. Berdebar rasa hati. :)









11 October 2013

Kenapa Post Lambat Keluar di Dashboard?

Sebenarnya kita dah perasan dalam bulan lepas dah ni.

Asal kita post entry, dia tak automatik terus appear di dashboard. 

Kadang, hari ni update pukul 4 petang, pukul 2 pagi berikutnya baru dia keluar di dashboard. 

Impaknya, orang tak perasan kita update. 

Yelah, kalau kita punya link blog ada di list blog kawan-kawan kita, sah-sah lah memang tak nampak apa pun. Nampak post lama je.

Kalau ada blogger yang perasan pun bila kita ping link blog dekat facebook dan fan page je. 

Kenapa ea? ada pape ke?

03 October 2013

Percubaan Pertama - Bunga Tisu

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah jarang updated blog. Uhu.. Lagi plak nak exam jpa ni. Selak belek-belek buku. Tapi takdela baca sangat. Hehe sekali imbas.
Persiapan kahwin slow skit ni. Lepas exam baru bole fikir balik. Belah dak apple bertungkus lumus. Siap dah meeting family ! Eka punya family hari raya haji ni baru nak meeting.
Tadi eka post satu gambo bunga telur kt setegrem ngn fb. Dah lama nak buat bunga camtu untuk majlis khatam Quran nanti. Lagipun tak banyak. Dalam 30pcs. Minat la plak. Hihi. Gigih menanya keroteh ape deme guna. Rupanya crepe paper. Pastu ada yang komen. Buat guna tisu.
Eka cuba guna tisu tadi. Jadi. Pasni bole la buat sendiri.. Wiwiwiwi..
Bunga pahar je eka tempah sebab tak larat nak buat banyak2..
Ni lah hasil gegodek guna tisu. Tutorial nanti masa eka wat bebetul eka post ea..

01 October 2013

GA Savon De Bali With Pinky Momma.Com

Setelah sekian lama tak update, pc kat opis dah ghosak dan sedang masuk 'spital'. Hua hua hua. Harini nak join GA. Sebab dah lama tak join GA. Hadiah dahla best. Rugi la plak tak masuk. Cam best je GA ni. Dapat satu hamper . Hahahaha. GA kali ini ditaja oleh Savon De Bali. Produknya semua natural tau. Takde chemical. So, boleh guna tanpa rasa takut.


Kite penah tengok iklan Savon De Bali ni kat Harian Metro. Masa tu ade gak rase nak try. Tapi tak tau la nak beli kat mana kan. Sekali nampak ni dalam Blog Pinky Momma. Apa lagi, laju-laju join. Hehehe Mana tau rezeki nak berumah tangga. Hekhekhek. AMIN.

Ni hadiah dia.


Best best 

Cara-cara nak masuk GA ni


1. Followers Blog Pinky Momma dot Com 
(dah follow sejak sekian lama, wiwitttt. Hehehe)

(Pun telah diLIKE. Hehehehe)

(dah LIKE juga, yayyy hehehe)

3. Tag 5 orang kawan untuk join dan memeriahkan Give away ni,
Eka nak tagg kengkawan eka ni:-



4. Lengkapkan slogan seperti di bawah:
"Saya ingin pengalaman berspa di rumah dengan Savon de Bali kerana..."
Saya ingin kulit saya sentiasa halus,mulus,wangi dan berseri.
Sebagai bakal pengantin yang bakal berkahwin pada Disember 2013 ini,saya amat menitikberatkan penjagaan diri untuk kelihatan cantik,segar dan menarik semasa hari persandingan nanti.

Apabila berkahwin juga, kita harus kelihatan cantik di depan suami.
Sesuai dengan produk Savon de Bali yang boleh dilakukan dirumah, ia mungkin boleh menjimatkan masa kerana sebagai wanita bekerjaya yang tidak punya banyak masa ke Spa. 

Antara produk Savon De Bali

Kopi Scrub. Ni mesti bau kopi wangi ni.
Sental ni mesti rasa halus je.
Kopi kan memang bagus untuk kulit



Charcoal Soap. 
Ni dengar cite best ni. Hehehehe


Ni sabun susu kambing.Dengan Bali red rice.
Ni cam sabun susu beras.
Untuk body.




Jom join cepat. 

p/s : Rasa cam malu baca slogan sendiri, tang perenggan kedua.Hahahahahahahaha :p