19 December 2013

Honeymoon yang Ekspress

Assalamualaikum sume. Disebabkan demam ngan selsema yang baru kebah,maka hari rabu iaitu semalam la punye cite. Barula kitorang pegi hanimun muahaha. Hanimun yg gile tak dirancang.
Plan mase balik nganto baju pengantin. Tetibe je shuben ckp nak jalan2. 

Ehhh kite dah ade shuben aa. Hihi cam tak caye jew. Cam mimpi jew. 

Kite pun terus je cakap Cameron! Haha terpilih cameron. Shuben cakap ok set kul 2.00 ptg kita gerak. Kite pon erkk seriyes ni . Tengok jam baru pukul 11 lebih. Sampai umah bitau mak. Mak pon suruh pegi bejalan tenangkan fikiran. Hihi.

Naik cameron dari Tapah. Dalam dua jam dah sampai cameron. Hotel pon tak booking. Teringat plak office lame eka penah buat meeting kat Rosa Passadena ,Brinchang. Pe lagi terus masuk seb bek ada kosong. Risau gak kot takde bilik sebab cuti skolah ni cameron mesti ramai org.

Malam tu pegi Pasar malam brinchang. Skang ni kalu musim cuti skolah ade paso malam. Best gak macam2 ado. Makanan ade mcm2 brokoli goreng,udang goreng,ketam goreng,cendawan goreng,benda2 bergoreng,stoberi celop coklat,ada teh,keychain,baju bla bla bla.

Siang tadi plak kitorang ronda satu cameron. Singgah kat Raju strawberry farm,pastu kat ladang teh boh,pegi Kea farm,somi isteri gile shopping sayur,buah. Hihi sampai lenguh tangan bawak barang untuk dua2 belah family. 

Balik tadi singgah mee rebus tapah. Jumpe lak member opis lama. Borak2. Sampai umah mak pukul 6. Fuhhhh instant betul honeymoon kitorang huahuahua.

Next year, Krabi. InshaAllah.

P/s : curi2 masa nak update otw balik umah mak mertua. 

Kasi gambo sekeping. Peluk segan2 ahahaha


Malu kot lagi. Hahaha

        

Hehe sejukkkk betul kat ladang boh sungei palas ni..
       

Madu cameron sedap gile. Nyesal plak beli satu tiub. Berebut ngan shuben. Yang eka makan ni ngan sarang dia rm 2.00.


Tuje nak update hehe..



16 December 2013

Cik Eka dah kahwin!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah dah selesai majlis perkahwinan eka ngan dak apple. Tak sangka dah kawen wiwiwi. Walopon banyak dugaan yang datang. Orang ayam golek tersalah alamat, Goodies habis langsung dalam pukul 1.00 tengahari. Tapi alhamdulillah berjaya diatasi. Terima kasih buat keluarga kedua2 belah pihak,kawan2,boss n opismet yang sudi hadir dari jauh dan dekat. Blogger yg datang, kak fad. Tq so much. Walaupun banyak kekurangan. Maaf ye semua. Terharu gila kawan dr jauh datang malam lepas nikah sebab nak anta adiah,dengan kawan2 yang ramai.

Yang tak bestnya,lepas je majlis sanding,eka demam. Demam panas lak tu. Semalam pegi klinik doc kata suhu naik tinggi. Yang dak apple plak demam campak,mak mertua plak demam sampai duduk kat emergency hospital Slim masa hari sanding kami. 

Memang musim demam gaknye.

Ni eka tengah berehat je kat umah. Periuk belanga tak sempat sental lagi huahuahuahua.

Agak2 pasni nak tuko nama belog tak?

Belog Puan Eka ? Haha

Eka letak satu gambar

Photographer by Amin (ADM photographer)



Outdoor dekat tasik balun je,sebab kami berdua dah tak larat nak jalan jauh sebab demam huaaaaaaaaa sodehhhhh





06 December 2013

Seminggu Lagi

Assalamualaikum. Salam jumaat. Akhirnya, tinggal lagi 7 hari sebelum majlis eka bermula. Debaran makin kuat terasa. Hehehe. tanye kat dak apple, dak apple kata macam biasa je sebab belum salam ayah sebab ayah yang nikahkan, cuma debar jumpa tok kadi. Hahaha.. Oooo.. Macam biasa ye. Kite tengok nanti. Biasa ke tak biasa bila da ada kat depan tok kadi. 

Eka dah buat bunting baru. Tapi dekat orang lain lah. Ni yang design bunting adik eka kawen tahun lepas. Order guna emel je. Tapi cantik2 dia buat.

Elok je tak de plak pecah2 macam yang haritu tuuuu


Simple tapi cantik.
Siap 3 design dia bagi. 

Eka last keje harini. Hehe best plak rasa. Pasni siap-siap nak balik umah mak ayah. Minggu depan la lagi sibok. Butik nak datang pasang pelamin, khemah bagai. Nak baking muffin sikit. Berinai. Dan macam-macam lagi. Ni pun mata asyik nak jeling2 je jam. Baru 4.20 pm. Ohhh cepatlah masa berlalu. Hahaha

Dikesempatan ini, eka nak semua pembaca belog cik eka, mendoakan semoga majlis perkahwinan eka berjalan lancar nanti. Debaran pun makin kuat. Meja kat opis pun eka dah clearkan, dah kemas elok2 sebab dah nak mula cuti.Pastu minggu depan ada audit 5s. Tu yang eka siapkan awal2 kemas apa yang patut. Buang yang menyemak sume tu. 

Lepas majlis, eka akan review. 

Ada yang tanya, bulan madu kat mana. Sebenonyer honeymoon tak tau kat mana nak pegi. Sebab yang tu eka bagi kat dak apple yang pilihkan. Ikut je kemana dia nak bawak, hehehehehehehe. 


Eka nak siapkan apa yang patut, nanti rajin eka update lagi. Tapi lepas kahwen kot. :p 
Ni pun menaip cam ape je. Takde idea. Heheheheh...

p/s : Office eka menang tempat ketiga Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan yang berlangsung kat Borneo Convention Centre, Kuching hari Rabu haritu. Geng KIK banyak bawak ole2. Makan kuih lapis je harini. Eka dapat terubuk masin ngan pashmina lagi. Hihihih i loike.