07 January 2014

Satay R & K Seremban 2

Sebelum majlis kat Seremban haritu, ada suami bawak pegi makan satay. Dari sebelum kawen nak makan sataynyer. Sampailah dah kahwin, asyik nak ajak makan satay je. Suami memang suka bawak kite pegi makan. Nak menggemokkan isterinye lah ni. Hehehe. 

Kali ni kita makan kat Satay R & K, Seremban 2. Suami bawak tempat makan yang best-best kat seremban. Dia selalu cakap, family dia selalu beli satay ni. First time kite makan kat sini. Ape yang boleh dikatakan, sataynyer sangatlah sedap. Tu yang sampai order dua kali. Hahahaha kelakar plak bila ingat balik. Mula-mula order 10 cucuk je. 5 satay ayam, 5 satay daging. Cukuplah gamaknye. Tapi bila dah makan, eh sedap plak. Dengan panasnye satay tu, kuah sedap. Cuaca plak hujan renyai. Lapar plak. Sian suami macam tak cukup, lastnye order lagi. Hahaha. Kira 15 cucuk makan dua orang.

Restoran dia service sangat cepat. Kejap je duduk dah dapat air. Kalau tak nak makan satay pun takpe, ada banyak menu lain boleh makan. Macam menu goreng-goreng.

Sataynyer sedap. Cukup perapan. Satay kan memang rasa dia ada manis sikit dan sticky sebab perapan dia tu. Kire cukup rempah. Satay dia complete dengan nasi himpit, timun dan bawang. Eka kalu makan satay, memang kena ada timun dan bawang, baru best hehehe. Yang penting kuah dia sedap. Pekat. 

Restoran dia penuh dengan barang antik.


Ni dalam restoran R&K ni. 
Ada pelbagai jam antik, almari antik.


Ade kerusi dan meja yang eka duduk tu, mesin jahit lama. 



Ni lah watak utamanya.
Tapi ni round pertama, Hehehe
Kalau datang Seremban, mesti cuba satay R & K ni tau. 
Sedap.


Suami terus terjah dulu, kuah tu eka punya satu. 
Dia tak hulur lagi kuah satay eka, dia dah makan dulu. Hahahaha

Secucuk satay ni harganya RM 0.80 untuk ayam tak silap.
Kitorang makan berdua, sekali dengan air buah,
tak sampai RM 20.00. Belas-belas rasanya.

Masa tu nampak plak orang belakang order ABC.
Rasa nyesal lak tak order ABC.
Next week kalu balik Seremban, nak datang sini lagi la.Hehehe.


Round ke dua. Ahaha.
Sedap.


Terkeriuk keriuk perut bila tengok gambar ni.
Alahai lapar plakkkk.

Alamat dia.

No 9, Jalan S2, City Park,
Majistreet Square, Seremban 2,
70300 Seremban, NSDK

Ada cawangan lain kat Negeri Sembilan ni.

Taman AST, Jln Sungai Ujong,
70300 Seremban, NSDK

No 22, Jln Bunga Raya 6,
Pusat Perniagaan Senawang,
70400 Seremban, NSDK

Luar Negeri Sembilan ada jugak.
Kat Jelatek.

No 1 G, Jalan Jelatek 1,
Pusat Perniagaan Jelatek,
54200 Kuala Lumpur.


Selamat menjamu mata dan selamat menjamu selera. Lapar ni. 



23 comments:

yana_popeye said...

cukup ke 15 cucuk dua orang ? ishh kita sorang 15 cucuk pun tak cukup . memang hantu satay !

Cik Eka said...

@yana_popeye Lepas ni rasanya tak cukup 15 cucuk. Kena 20 cucuk. 10 ayam 10 daging hahahahahaha

merahitujambu said...

dh kawin ni syok kan berdetim je.. =)

Cik Eka said...

@merahitujambu Hehehehe a ah. Asal masa terluang pegi jalan2, pegi makan2 hehehe

Daddy Ziyyad said...

RK Sate mmg famous kat Somban..:)
Tapi rasanya dah kurang sikit ( ikut tekak saya), berbanding dulu..kalau dulu, lagiiiii sedap!

Try la gi makan sate tulang pulak...famous kat Senawang..:)

||aLeaSaRa|| said...

owh bahaya kak lea bawa mak kat sini.mau dipujuknya tokey tu jual barang2 antik tu hah he3....


kak lea dah pernah rasa satay ni sebab aunt duduk senawang tang2 area tu je he3....

sYaFiNaS said...

hai,salam perkenalan...meh la singgah blog cik nat...cikfinazcuiey.blogspot.com or destinasi cinta blog...urmmmm...nmpak sedapnya satay tu...terliur rasanya...

Cik Puan Rara said...

wow.nmpk cm sodap je! haih,teringin pulak nk makan.

Lynda Che Lah said...

Ala...terliur dah..hihi..nti ajak abg Long
BTW..sori Eka tak dpt hadir kenduri Eka dua belah pihak..
masa Eka kat Perak akak emergency kat Terengganu..Tok sakit..
Masa kat Seremban..Abg Long terpaksa standby utk closing accounts..mmg tak dan nak g jumpa Eka..
Selamat semua..Alhamdulillah

Eza Ridzwan said...

eh!eh!!..mcm sedap jaaa...xleh jadi nie..kena heret tok laki g jgk melantak sate kat sini..

Jen Jen Areff said...

mcm sedap jer. @cik puan eka dah try satay hut kat tg karang? not bad jugak

Cik Eka said...

@Daddy Ziyyad yeke. suami yg rekemen ni katenyer tersedap kat somban hehehe

Cik Eka said...

@||aLeaSaRa|| hahahahahaa habisla mak akak nak beli brg antik kat kedai die tu...

tp mmg sdap. kne try hee

Cik Eka said...

@sYaFiNaS hi slm perkenalan

Cik Eka said...

@Cik Puan Rara tu rara kene cuba tu hehehehe

Cik Eka said...

@Lynda Che Lah ajak cpt abg long sblum bersalin ni heehe..

tulah, fizy cari2 gak abg long dtg ke tak ni katanya. hehehehe

nnti kite jumpe yer

Cik Eka said...

@Eza Ridzwan kene heret hihihihi

Cik Eka said...

@Jen Jen Areff sedapp.. ha tu belum. tp penah dengar hehehe

Atiqah Wadiah said...

ok fine fine..perut tgh lapar..tgk satay plak :(

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

akak pn suka makan sate jugak.. kadang2 sorang akak boleh habis 10 cucuk sorang..hehehe

Ika yang hotel akak dok tue smlm RM130 tak silap utk gov rate.. p la hotel dia memang cantik.. =D

Sya Mimie said...

sedapnya satay.. dh lama tak makan.. kita kalau makan, makan gitu je.. kadang2 je celup kat kuah dia..hehe

Nastyna said...

ohoooo rindu satayyyyy. that day no enough time to eat all, sempat la merasa sikit sikit.

Mohd Fathuddin Ab Malek said...

Sy makan pon sorg 20 ccuk bru puas hati