17 February 2014

Cheese Nan RSMY

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cepat je masa berlalu kan, dah hari Isnin dah. Nak tunggu hari Jumaat kemahen la lamanya, tapi bila nak jumpa hari Isnin, cepat sangat. Masa bersama yang tersayang pun kejap je masa berlalunya. Tapi Alhamdulillah dapat jugak berjumpa dan meluangkan masa bersama walaupun suami ada exam petang Sabtu dan Ahad. Nasib baiklah examnyer sejam lebih je. takdelah menunggu lama sangat kat situ.

Hari Jumaat haritu lepas suami jemput, terus nak pergi makan. Perut dah lapa sesangat. Dari bila tah, tekak nak sangat makan cheese nan. Suami la cite, die makan kat situ. Cheese meleleh-leleh la kata dia, ditambah plak dengan review-review dari blogger makan-makan, haih lagi la nak makan jugak.

Jom lah pegi ke RSMY (Restoran Selera Malaysia) kat Medan Tuanku. Dekat dengan jalan TAR. Tapi eka tak tahu jalan pun. Suami yang drive kehkehkeh.


Sumber gambar sini  Pinjam gambo ye kak mimi.TQ hehe

Masa eka pergi tu, orang memang ramai sangat.
Berdiri kejap sementara tunggu meja kosong,
ada meja kosong terus duduk.



Ni antara menu yang ada kat sana.
Ada macam-macam jenis Naan, Tinggal pilih je. 
Ada jugak pelbagai kuah untuk cicah,
 tapi eka tak pandai la nak makan kuah-kuah lain tu.
Eka amek kuah dhal je. Kuah dhal pun sedap. 
Dibuat panas-panas kat depan restoran.



Eka order dua keping cheese nan.
Tapi satu yummy cheese nan, satu cheese nan, satu ayam tandori.

Air plak eka order Teh Susu Lembu. Sedap gila. Eka memang peminat susu,
bila minum je teh susu lembu tu, memang sedapla. Milky taste.
Sedap berlemak. Secawan RM 2.50. 
Suami minum teh ais. 

Ayam tandori pun sedap, tapi eka rasa macam kecik la ayam dia,
haha bila sedap, semua rasa kecik.
Ayam tandori tu dia serve dengan hirisan timun + bawang holland,
dicicah dengan yoghurt mint sauce tu,tapi kalu ada sos cili lagi sedap.
Tu pun kitorang ada hati nak mintak sos cili, tapi tinjau-tinjau takde pon haha.


Ni dia cheese nan dia, 
dalam cheese nan tu, ada mozarella cheese pastu
cheese jenis apa tah seketol dalam tu,
tak sempat tangkap gambo cheese tu, padahal duduk sebelah meja
letak cheese tu je. Banyak gila cheesenya.

Tapi eka google, nampak gambo cheesenya.


Sumber gambar dari blog Burnqis. TQ so much.

Total kitorang makan haritu RM 28.00.

p/s : Hujung minggu ni pergi Pangkor plak hehehe. Cuti-cuti Malaysia sempena hubby dah habes exam. 





10 comments:

shaFazie said...

azie suka cheese tgk je pic ini terliur sudah hihi..

harus pergi ini ..tq eka ur info


nak poie honeymoon ehh..selamat bercuti eka

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

shura shushi said...

Okay TERliur, dah lah tengah berpuasa ni :(

Nastyna said...

memang melelelelelee cheese dia, eh ritu kitew ada cuba buat cheese nan, bolllleh laaaa untuk rasa anak tekak, nak kena ualgn buat ni lagi dan lagi supaya dapat macam dalam gambar ni, ai terlior ah.

Jen Jen Areff said...

mcm nak try jer. hehheh.

hakiparkie.blogspot.com said...

Bestny kak!me is one of peminat cheese.yummy..

wawa syaida said...

alahai sedapnya...tang tarik nampak cheese tu yang buat terliur tu....sedap!

Sya Mimie said...

xpernah makan pun.. bukan kemain eka tarik tu..dh macam tarik pizza..hehe

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Pergh cedapppnya eka!!! Nanak jugak la.. =D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. baru minggu lepas lepas gian kat sini. fuhhh terliur teringatkan cheese dia yang maha banyak tu. hehehe ~~~~