25 February 2014

Jalan-jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Selamat pagi semua. Ingat nak update pasal percutian pagi tadi, tapi pc eka plak buat hal. Tapi sekejap je, ni dah okey balik. Mari menulis hehehe. Minggu lepas, kami suami isteri termasuklah dengan rakan seopis termasuk boss dan famili ke Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Gaya macam family day bahagian Admin & Finance tapi lebih kepada jalan-jalan santai yang tak formal. Saja je plan. Tapi sendirian berhad la hehehe. 

Selalunya kalau pergi Pangkor, eka selalu duduk kat Pasir Bogak, tapi kali ni kami ke Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Jauh sikit dari Pasir Bogak tu. Naik feri pulak, dekat Jetty Marina Complex. Sesiapa nak pergi Pangkor, baik naik kat Jeti Marina. Dekat je dengan Pangkor. Dalam 15 minit. Dari seberang dah nampak dah. Lepastu feri pulak sejam sekali. Pergi balik tiketnya RM 10.00 seorang.


Jetty Marina Island 
Nak pegi sini, senang je. Tahu Teluk Batik? 
Simpang dia, selepas simpang Teluk Batik.
Kira nampak simpang Teluk Batik, jangan masuk, masuk simpang lagi satu,
jumpalah Jeti ni.


Hihi my husband. 

Sampai Pangkor, kami menginap kat sini.,Lyana Villa
Dekat je dengan Pantai Teluk Nipah, jalan kaki.



Bilik eka. Yang atas, kanan tu.
Satu malam RM 100.00 sahaja.


Asal masuk chalet ke hotel ke,
mesti nak snap gambo dulu.
Hehehe nak masuk dalam entry blog.
Tapi hubby taknak bangun, snap je dia sekali hahaha


Beso gak biliknya. Katil 2 + 1. Tapi katil sebelah tu tak guna pun,
humban barang-barang je hihihihihih..


Lepas makan tengahari, kami jalan-jalan jap tepi pantai. 
Lunch pun dah lewat, kami jalan-jalan sekeliling dalam pukul 3.00 petang,
dah banyak gerai-gerai tepi pantai tu bukak, 
minum petang semua ada. Harga not bad. Hehe.
Sempat gak beli baju Pangkor, beli seluar.
Sapa-sapa nak beli baju ke souvenier ke, 
baik beli dalam Pulau Pangkor. Murah.
Tshirt foil print tu dalam pulau harga RM 25.00,
tapi kat luar mencecah RM 30.00 + +
Beza banyak tu.


Walaupun gambo ni golap, tak kire, 
upload gak sebab pantai nampak sangat cantik.
Kan. Hehehe

Lepas lepak bilik kejap, 
petangnya lepas asar dalam pukul 5,
kami turun,survey harga nak pergi snorkelling + round pulau 
Mula-mula survey harga RM 60.00 untuk dua orang.
Snorkelling + round pulau.
Tapi hubby kata, takpe, teruskan lagi cari. 
Sampailah betul-betul kat depan sikit, tengok ramai orang naik.
Tanya-tanya, pakej yang sama hanya RM 40.00 untuk dua orang.
Murah sikitla hehe. Naiklah kami dua orang.


Oh suamiku. Excited beno dia nak pegi snorkelling.
Mula-mula naik bot tu, gayat gila.
Boleh bayang bot kecik, kami naik berdua kat depan, 
belakang driver bot. Hahaha. Pegang tangan suami kuat-kuat.
Gila kuat terhempas-hempas ombak.Tegak je kami kat depan hahah.


Sibuk cari sunblock ke apa ni? Haha


Dah sampai dah tempat snorkelling.
Kat Pulau Giam.
Eka pernah pegi sini tahun lepas,
ikan banyak lawa-lawa.

tapi sebab kami pergi dah petang, air agak keruh, ikan tak banyak punn.
Orang pun ramai, ikan takut gaknya.
Tapi yang tak syoknya, batu-batu kat Pulau Giam ni sangat tajam!
Ada kepah-kepah melekat kat batu,
kaki eka luka, kaki suami pun.Tapi eka teruk sikit, berdarah-darah.
Jari pun luka. Tah bila kena pun tak tahu.
tapi takpe, best haha
Eka tak pandai berenang, tapi suami je pandai, 
dia ajar eka snorkelling. Tapi tak pandai, habis masuk air dalam hidung,
masinnyerrrrrr arghh. Seronok tengok suami menyelam-nyelam lah dia,
huwaa. nak jugakkk.


Posing je mampu ye. Hahaha


Hehehe nak gak gambo berdua,
ala-ala honeymoon gak ni.
aktiviti bebas kan. Heheh

Lepas balik snorkelling, kami lepak tepi pantai, Kat warung-warung tepian.


Syok gak lepak sini, depan pantai je. Sambil makan burger, kami lepak-lepak.
Lepastu order lempeng pisanglah, pisang nangka gorenglah, sedap je bila kat tepi pantai ni.
hehe. Suami kata eka kuat makan. Hahaha. Tapi tak menafikan kot.


Sambil suami pegi mandi pantai, eka perhati je dari atas warung,
Eka makan kerang bakor, sedap sangat. RM 5.00 semangkuk,
kerang dia gemok.
Masa suami berendam, eka tayang kat dia mangkuk kerang,
cepat je dia naik nak jugak kerang hahahaha.


cantik kan? Masa ni pukul 7.10 petang.


malamnya kami makan ketam bakor, sotong bakor ni semua

Sedappp nih.

Lepas makan, kami jalan-jalan kat gerai souvenier.
Memang meriah malam-malam kat Teluk Nipah ni,
kedai makan pun banyak.


Terjumpa la plak Fridge magnet ketam ni.
Serius beso macam ketam betul.
Pastu bergerak-gerak plak kakinya sebab ada spring.
Suruh suami beli, dia tak nak. Dia kata geli. Hahaha.
Sebab dia gerak-gerak

Pagi esoknya, Ahad. Kami mandi kat pantai. Pepagi dah breakfast tepi pantai. Tapi breakfast agak mahal walaupun warung je. Dahla gerainya ada monyet. Hahaha. Monyet jahat, baling kami ngan batu.



Tenang je.


Air jernih gak. Ada ikan.
Eka beli roti bagi ikan makan kat sini.


Hubby la paling seronok berendam,kampung Teluk Kemang,
malu ler tak pandai mandi laut, katanya hehehe.


tengok jela ni.
Terbaring-baring dalam air, melompat ler dia.Hehehe
Nasib baik comel hahaha


Budak ni pon sama. Hahahaha
sampai pejam mata.


ni pose sesaja. Nampak kurus dan kecik pulak hahaha.


Gambar last opismet snap.
Tamatlah percutian kami 2 hari 1 malam.
Ingat nak pegi lagi, tapi nantilah.
Sebab kami nak plan pegi tempat lain plak hehehehe.

Korang, pernah pegi pangkor?



18 comments:

Jen Jen Areff said...

bestnyer jejalannnn

Cik Puan Fadli said...

pangkoq tu tpt mak berchenta jee 17 thn lampau..hahahha...last year p, sesat barat sementara nak sampai lumut....suka p pangkoq sbb pulau kecik...senang nak jalan...

Lynda Che Lah said...

pangkor best..nak g cost murah..akak byk kali jejak pangkor dan masih rasa pangkor best..tp kali ni kita rehat sbb ada baby kan..hehe

Puan Awin said...

wah, macam best je...macam nak pegi je ;)

thanx eka share info, mana tau pasni akak nak bercuti ke sana kan...hehhe

jemput singgah sini ye dik http://sepisorangperindu.blogspot.com/

shaFazie said...

lamo bebenor azie tak kesana,inshaallah ada rezeki nak kesano jugak lah

banyak tmpet menarik kan...
bestnye,tengok lak menu2nya semua menarik,dah lah azie suka makan2 hihi

bolehlah refer blog eka nanti kalau azie nak kesana takpon calling2 eka ehh

PinKy MoMMa said...

akak baca sambil sengih sengih bahahaha..terkinang zaman gi honeymoon dlu2 hukhukhuk

auwww sweettt lah..i sukaaa..nikmat zaman berdua..nnt dah bertiga..dh berempat..dah tak sempat sgt nak amik gbr huhu..br nak petik camera..yg ni dh nangis..bru nk petik lg..yg sorang nak susu..dah hacaner tuuuuu...

Amanda Suria said...

pernah pi...memang makanan area tuh mahal..mencekik betul..ooo suami eka orang telok kemang rupanya....

mrs.aziz ummi aariz said...

kalo pangkor akak teringat mkn ikan bakar kt pangkor....sampai skrg tk jumpa lg ikan bakar yg sesedap kt pangkor tu.....pastu yg naik bot tu pun akak takut gak sbb bot kecik pastu bawa laju....rasa mcm nk terbalik je.....

Nastyna said...

I dah few times dah pergi pangkor masa memuda dulu, ini kalau la bawak papa JJ, memang sama naik ngan laki kamu tu depa selam2 berendam haha.

Sya Mimie said...

kita pergi hujung 2012. kat bayview.. alaa, sebelah ngan teluk nipah je tmpatnya.. tp kan bilik yang eka ambik lagi best dari yang kita dduk dulu..

Cik Puan Eka said...

@Amanda Suria memang agak mahal kak kan.

Suami duk seremban. Tapi Ayahnya org Teluk Kemang. Hehe

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Akak pernah pergi sekali jer.. best layan gambar2 eka bercuti kat sana.. semua cantik2.. boleh nampak eka bahagia sgt nk husband.. =D

Malina Razak said...

puan eka, nak tanya lah.. apa kemudahan dlm villa lyana tu ye? ade iron baju tak? towel? alatan mandi?
then kat teluk nipah tu ada night market kan, hari apa je ye?

Malina Razak said...
This comment has been removed by the author.
Malina Razak said...
This comment has been removed by the author.
Mazila Murad said...

Moh kome jln2 gi Teluk Nipah mnggu nie 26-28/12/14...dgn fmly

Milie Suraya said...

Bestnya... jemput singgah ke blog saya ....http://www.suemilie.blogspot.com/2015/06/pulau-pangkor-2.html?m=1

Nurain Johari said...

Salam tumpang tanya ketam bakor sotong bakor tu kedai yg belah mana ye?