13 February 2014

Mee Sanggul + Sambal Cili

Selamat petang semua. Sorry lah lama tak update, tapi jangan risau, eka hari-hari blogwalking kat blog kawan-kawan semua. Takde idea pulak dua tiga hari ni. Harini baru ada masa nak update sebab esok hari Jumaat yippieeee. Hehehehe. Pasangan PJJ mesti faham macam mana rasa gembiranya bila tiba hari jumaat. Dapatlah bersama orang yang tersayang. Rindu-rinduan.

Kerja macam biasa. Kejap sibuk, kejap tak. Kejap menung, kejap telepon berdering-dering mintak dijawab. Tapi nak naklah cite pasal keje. Cite pasal makan je. Hehehehe.

Haritu ade nampak kawan post pasal mee sanggul goreng + sambal cili. Macam sedap. Perghh.

Lepastu masa pergi Johor bulan Mac 2013 tahun lepas, ada singgah dekat Air Hitam tempat jual-jual kerepek tu, tapi tak ada nampaknya yang siap bersambal. Yang ada cuma mee sanggul yang belum goreng.

Beli jugak sebungkus, tapi penah goreng sekali je. Selebihnya ada tertinggal kat rumah sewa lama. takpela, malas nak ingat lagi. Hohoho.


Mee sanggul goreng + sambal cili

Tadi post kat setegrem seterusnya di link ke Facebook. Tanya kat kawan-kawan terutamanya orang Johor lah hehehe macam mana nak makan mee sanggul ni. Ada yang cakap cicahkan je, ada yang cakap renyukkan lepastu gaul dengan cili. Balik rumah ni eka nak makan ni. Sekarang ni dah kenyang tahap gaban ni. Makan mee kicap tengahari tadi. 

Pernah makan mee sanggul ni? Ke ada yang mengidam? hihi


Ni dia mee kicap. RM 3.00 termasuk sup ada fish cake, fish ball bagai-bagai.

Alhamdulillah, kenyang. Duduk kat opis ni memang meriah dengan makanan, petang-petang je macam-macam ada. Ada ramai yang sponser pisang goreng, kuih keria, cekodok jagung, getuk ubi,pulut sambal. Aduhai memang rugi kalau tengok aje kan.

p/s: Diam tak diam, dah dua bulan jadi isteri. Kejap je masa berlalu. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya, dan impian eka sekarang ni, yang paling atas adalah, nak duduk sebumbung dengan suami. Moga Allah swt permudahkanlah semuanya.






16 comments:

Nastyna said...

Mee sanggul tu tak payah masak ker? Makan macam tu jer? Tak pernah pulak saya tahu. Mee kicap tu sedap ker? Tak pernah pulak saya rasa. Hehehe banyak soalannyer. Moga u guys dapat bersama 24jam soonest huhuhu, bersabar la, buat masa ni biarla jarak menjadi pencetus rindu, cewahh.

roq said...

ughhhh~ tteibe lapar time bace post ni pukol 12.30 malam.

singgah2 la sini :)

sYiRa LoKMaN said...

yummy yummy..teringin ni..mcm syokkk

Irfa said...

ni feveret org johor kan?
akak penah kawan dgn org Johor
dia lah yg ajar makan mende ni
ada yg rangup mmg laju makan
kena yg keras..ui, mcm nak patah gigi

Zee Suhaini said...

tak pernah makan tapi nampak macam sedap..

:: Mrs.Eady :: said...

amboiii terliur!!

Ezy Loy said...

xprnh knl pon ngn mee sanggul ni.. haha

merahitujambu said...

mana nk dpt mee sangul ni.tingin pulak hai

Jen Jen Areff said...

tak sabar tunggu Jumaat kan.. hehehe,.. sama la kite

ricca said...

salam perkenalan...hai, sy ika jugak...hehehe...suka tgk klu bab2 mkn2 ni...mulalah perut tu lapar je...hehe...jom jengah2 blog ika klu ade kelapangan...blh ika minx tlg bantu2 bab2 blog ni...blog ika pun br nk idup...heheheh...

mizajasni said...

mee sanggul tu favourite. sedap gila. makan time tgk tv. haha. saya panggil mee siput. :P

Nastyna said...

Hoho Cik Puan Eka, terharu Jelita tau. hehehe terima kasih bebanyak dear, pantun pisang emas jer mampu kami bagi, nnt buat la lagi.

diana said...

Tak pernah mkn la mee renyuk2 tu.kumpa pun tak pernah..

ct kektus said...

kite suka ! tapi kite panggil mee siput. sambal tu masukkan sekali kat mee tuu, pastu hancurkan. pastu, ngap ! ohh. nikmatnya rasa. :D

Sya Mimie said...

tak pernah makan mee sanggul..tapi pernah la dengar..

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Mmg jual segera cm tue ek.. mcm sedap jer.. =D