04 February 2014

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi

Selamat tengahari. Tengah lunch baru boleh update pasal benda makan. Baru rasa lapor hahaha. Food review lah konon. Hehehe. Haritu sampai je kat Bangi, suami tanya nak makan seafood ke tak. Eka dahla tengah lapor. Macam orang lapar disorong nasik, memang nak la hehehe. Dia kata tadi masa on the way nak ambil eka, dia perasan kat kedai tu ramai gila orang. Penuh. Tu yang dia nak cadang kat situ. Jadinya, ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai (AIBP) Bandar Baru Bangi lah kita. 

Sebelum ni, eka pernah tahu restoran ni ada kat Tanjung Lumpur, Kuantan je. Ni la baru tahu ada cawangan kat sana. Masa kami sampai tu, dah pukul 11.30 malam. Orang pun dah tak ramai. Seafood pun dah tinggal sikit je. Tapi ada macam-macam ikan, lala, sotong. Yang dah habis ketam, udang. Kalau ada, haruslah amik. Takpe, lepasni nak repeat balik makan kat sana. Hehehe.

Ni restoran dia, eka ambil gambar ni dekat FB Ana Ikan Bakar Petai B.Baru Bangi









Malam tu kami makan 4 jenis lauk je. Ada sayur, ikan, lala dengan sotong.


Sayur campur sedap jugak, boleh tahan.


Lala masak pedas. Sedap jugak.
Tapi dia guna lala frozen. Takdela manis sangat rasanya, 
tapi peminat lala macam eka ngan suami, sedapla jugak.

Kalau guna lala hidup lagi manis dan sedap rasanya.



Udang goreng tepung ni sedap!
Tepung tak banyak + tepung dia rangup + sotong dia besar.


Ni ikan bakar dengan petai.
Yang ni keistimewaan Restoran Ana Ikan Bakar Petai ni.
Sedap. Kena dengan selera eka, tapi tak kena dengan selera suami eka plak. Hehehe
Suami lagi suka ikan bakar yang simple je.Tapi dia makan banyak jugak hihi.

Ikan ni ikan siakap. Ikan dia fresh. 
Isi lembut je. Ditambah plak dengan sambal ada petai tu.Fuhhhhhh
 Aihh rasa macam meleleh airlior hahaha.

Ikan bakar ni dicicah dengan dua jenis cicahan.

Cicah kicap 
Cicah asam jawa

Tapi cicah ni macam plain je. 
Kalau diorang tambah hirisan cili dengan bawang banyak2,
mesti lagi sedap rasanya. 
Eka suka cicah asam jawa, suami plak suka cicah kicap.
Sedapppppp

Eka ada terbaca tadi kat Fan Page FB AIBP ni,ada yang komplen pasal restoran ni.
Ikan keras, pelayan tak mesra. Tapi masa eka datang, alhamdulillah. Semua pelayan mesra. Masa nak pilih ikan pun, ada pekerja yang suggest sotong besar mana,tunjukkan ikan-ikan yang ada. 

Makanan pun cepat sampai, cuma ikan jela lambat sikit. Yelah, ikan kan kena bakar. Takkan lah sekejap je dah sampai. Kita pun faham, jadi tunggu sampai ikan sampai baru boleh makan.

Harga masa eka makan berdua haritu, semua sekali termasuk air  RM 80.00

Sesiapa yang nak pegi, ini alamatnya


Dibuka setiap hari pada pukul 5.00 petang hingga 12.00 malam

TEMPAHAN : 0192177668 

ADUAN/CADANGAN : 0192467202

emel : aimanbbb7@yahoo.com






15 comments:

shaFazie said...

harus terjah sini ..hihi

CikLily Putih said...

sebab orang komen cakap servicenya teruk, itu yg tak nak cuba tuh. ni bila dah dengar citer awak ni, rasa cam ni pi plak ..

Amanda Suria said...

tengok ni rasa lapar plak..x pernah sampai sini lagi...rumah akak kat Warisan Puteri Seremban...sebelah lekas highway...boleh jer kalau nak jumpa...

Irfa said...

EKA LANGKAH KAKI KANAN TU
ALHAMDULILLAH ,KENYANG NAMPAK GAYA

sYiRa LoKMaN said...

buat terliur ni...sedap nampaknyaaa :D

Eza Ridzwan said...

akak dah penah g situ...memg terbaek!..tp kena g awal, br dpt ikan fresh...x mkn ketam ekkk...ketam bakaq sedapppp...g situ xyah order yg len dah..oder ikan bakaq, ketam bakaq, dah...kena hajak shuben g lg nie...

mummy to be said...

sedapnyeee tgokk..dah bpe kali ajak aseben pg..tp tak bkesempatan lagi

Sound System said...

Santai juganye suasana situ.

Orang yang complain tu mungkin jarang makan seafood. Tempat makanan seafood memang kena tunggu lame sikit, lainlah makan makanan dah siap masak or goreng2. Pernah gak pi Muara n tunggu sampai 30minit tapi sebab dah faham adat tempat dan jenis makanan seafood memang camtu.

Nanti nak trylah tempat ni.

Nastyna said...

tadaaaaaa. sajer jer tau letak petai tu besau2 kannn. actually takder la suka sangat iakn bakar ni, tapi ni dah nampak macam sedap jer macam best jer.. nak kena cari ler ni. aduhhh

eray ayang said...

pernah dengar, tapi tak pernah pergi lagi...tak pun bakar ikan kat rumah dengan sambal petai, aci tak?

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/banyakkan-susu-badan-7-hari-sahaja.html

Azhafizah Md Nor said...

tak berkesempatan lagi nak terjah sini..huhu

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Mmg nampk sedap lauk2 dia.. tp spoil la kalau ada petai sbb akak xmkn petai.. =D

Azura said...

Jp g nk kecne....walaweiiiii..... <3

Mohamad Isa Mohamad Noh said...

Klu di bangi elok try d'jabris ikan bakar serkam @ wisma klia holdings sek 6. Ikan bakar terbaik jgk ;)

jerangkong kuruh said...

Mmg terbaekk akak sbln due kali bawak ank2 MKN kt situ....