25 February 2014

Sambal Sardin Dan Belimbing Buluh

Selamat tengahari semua. Alhamdulillah kenyang dah lunch makan kat 'Sikeretresepi' tadi. Tapi harini 'cikencordonbeliu' tak sedap sangat hukhuk. Tapi durian cheese cake sedap! Rasa nak beli lagi jer. Hehehe. Untuk tengahari ni eka nak update lauk lah. Dah lama tak post resepi hehe.

Sebagai suri rumah weekend je ni, biasanya eka masak untuk suami ujung minggu jelah. Suami pulak jenis tak kisah. Asal pedas, ada kuah, cili potong, laju je dia makan. Semalam kami berdua cuti,balik pangkor penat ler plak. Ada la masa nak masak dan makan dengan suami.

Tengahari semalam, tengok suami beli sardin king cup setong. Suami teringin nak makan sardin agaknya bila nampak belimbing buluh kat dapur. Apa lagi, masak terus sardin ni. Dia request yang pedas dan berkuah. Ok menurut perintah. Hehehe. Resepi mudah saja. Tapi ada jugak yang mintak resepi.

Sambal Sardin + Belimbing Buluh

1 Tong sardin 
(eka guna king cup. Pastikan beli SARDINES, eka tak suka MACKEREL)
10 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil merah
6 biji belimbing buluh, dibelah dua
10 tangkai kacang buncis
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 tangkai cili merah belah dua

Mula-mula, bukak tong sardin. Keluarkan isi dan kuah,asingkan.
Panaskan minyak, goreng ikan sardin sebentar. Kalau suka garing,
garing sikit. tapi tutup sikit kuali sebab sardin suka meletop!

Sambil goreng sardin tu, boleh tumbuk cili api,bawang kecil dan bawang putih,
eka tumbuk tak lumat sebab suami suka kasar2 cilinya.

Angkat sardin, minyak yang masih ada tu, kalau banyak buang sikit,
tumis pulak bahan yang ditumbuk tu.Sampai naik bau.
Dah naik bau, masukkan kuah sardin,
 perasakan  dengan garam sikit,pak aji kalau suka,
eka letak pasti sedap sikit, kicap sikit je. Kacau sampai sebati.
Masukkan belimbing buluh,kacang buncis.
Kalau guna belimbing buluh, tak payah masuk asam jawa dah.
Kalau nak berkuah, tambah air sikit.

Masukkan ikan sardin yang digoreng tadi, masukkan bawang besar dan cili, siap.
Selamat mencuba. 


Sambal ni agak pedas gak.

Tapi rasanya fuhh yooo.

Eka makan dengan nasi panas taruk kicap, berulamkan timun jepun.
Fuhh memang meletop.
Tengok suami makan berselera dan bertambah, Alhamdulillah.
Tu pun saja kasi panas, tanya suami banyak kali,
bang, sedap tak bang? hahaha
Nasib baik dia layan, kalau tak. Haha.

Walaupun jarang masak untuk suami kerana kerja,
tapi rasa lega suami masih nak isterinya masak untuk dia.







14 comments:

Shark Kay said...

teliur kat blimbing buluh tu..
dh lama rasa masam blimbing buluh.

shaFazie said...

nak sardin nak sardin
yang pedas2 itulah kaw2 rasa diakan tambah pulak dengan nasi perghhh hihi

Amanda Suria said...

x pernah masak sambal sardin campur belimbing buluh..ok2..nanti akak cuba...jap garu pala jap...mana nak cari belimbing buluh eh...

Jen Jen Areff said...

sedapnyer lauk... simple tp sedap pun besttt woooo... sama la masak seminggu skali jer utk hubby... tp ni tk dapat masak lg utk die..

Lynda Che Lah said...

best!akak peminat sardin..tq share..nak mkn sesedap sblm pantang

Nastyna said...

rasanya kalau gini akak pun boleh telan semua sardin tu bila gorteng garim lagu tu, eh ada belimbing buluh takkan tak buat sambal pahang kot, akak yang takdak ni pulak duk ngidam ha. buat la buat la hhahhaha.

Ezy Loy said...

kecur air liur bila sebot belimbing buluh..
masam2 gitu..haha

Pearl Kaz said...

mula2 pelik jap bila baca setong sardin. sbb bayang tong tu besar.. rupenye2 setong tu satu tin la kan? hahaha... aish.. sedapnye la sardin.. tu la. mackerel tak kick sgt.. mackerel ikan kembung kan?

dapor meletop ainnurmustaqim said...

sedap kannnn...yg simple simple kalo dr air tgn isteri sure sedappp.....best ape layan sardin...hehehe

Liza @ Adzriel AB said...

sardin taruk cili api memang best. eka... nanti pm kat fb no hp.

Daddy Ziyyad said...

cuba try guna sardin cap ayam,lagi besttt...hihihih

durian cheese cake?
wallahhhhh..saya tak pernah try....nak mintak wife saya try buat la..:)

Petak Bunga said...

lama dah tak makan sardin.
rumah kureng sikit sardin

Sya Mimie said...

pandai eka masak. kita xde pun nak masak sngt walaupun suami balik. tgk2 mak dah masak nasi siap2..adeh.. bertabah je la..kalau suami minta something baru buatkan..

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Husband akak lebih suka mkn sardin kosong.. so lg senang la tak perlu byk bahan.. hehehe