12 March 2014

Bukan Wordless Wednesday #kundang

Selamat pagi semua. Dah Rabu dah harini. Mari kita buat Wordless Wednesday tapi bercakap. Hahahaha. Tu pasal jadi tajuk seperti tertera di atas. 

Setiap hari Selasa, kalau balik kerja, mesti eka lalu satu kawasan pasar malam. Tapi pasar malam ni nama je pasar malam, petang eka balik keje pukul 5 tu dah berduyun orang datang. Satu yang eka suka pasar malam ni, makanannya sangat murah,sedap dan berbeza harga dengan tempat eka yang harga macam keyell tu ha. 

Nasi goreng sebekas baru RM 1.50. 
Ayam goreng kemainlah besar potongnya harga RM 2.00

Eka selalu beli nasi dengan ayam, jadilah nasi goreng hayam dengan harga RM 3.50. Murah kan? Heheh. Sedap pulak tu.

Tu belum lagi yang lain-lain. Sayur, ikan, sayur kampung semua pun murah-murah dan banyak. Disebabkan eka takde tong gas, eka takde la beli barang basah tu semua, tapi memang geram je tengok semua barang2 basah tu.

Tapi eka paling suka lalu tempat buah-buahan. Hehe. Semalam lalu, nampak ada buah kundang @ buah staq @ ore kelate panggil buoh kemior. Haish menaip balik sambil tengok gambar ni pun rasa merembes saliva. Hahaha



Kuning meleting kan.
Rasanya kulit rangup, isinya manis masam skit pastu berjuicy.
Sedapnyaaa. 

Pakcik tu jual ada dua jenis, mula-mula pelik jugak kenapa ada dua ni, rupanya pakcik tu cakap,
yang belah kiri sekilo RM 20.00 manis, yang kanan sekilo RM 15.00 masam.
Nak manis ke masam?Tengok orang ramai pilih yang manis tu.

Hehehe mestila nak yang manis, eka pilih yang beso-beso dalam 6 biji,
Rasa tak sabor nak balik makan.
Tapi memang sedap buahnya. 

Buah ni bermusim, sekarang ni memang musim buah ni.

Korang? penah makan buah ni?

6 comments:

sYaFiNaS said...

tu feberet pnat...sedap sangat2 kan...meleleh dah air liur tengok gambar ni...balik ni nak cari lah...hihiii

Jen Jen Areff said...

nakkkkk buah kundanggg

Puan Awin said...

akak lum pernah rasa buah ni, macam sedap je ;)

||aLeaSaRa|| said...

as-salam eka.wah sampai pun kak lea he3..

wah kak lea lama kot tak makan buah kundang,ni.terliurrrrrr!mana nak cari ek huwaaaa...

Sya Mimie said...

xsure pernah makan ke x,, tapi nmpk sedap je..

misz sheyla said...

aaa....dapnye....teringin pulak...mane nak cari buah ni..jarang jumpe kat putrajaya ni