24 March 2014

Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Selamat pagi uols. Semangat sikit harini. Hihihih. Harini nak update lagi pasal makan. Tapi ni boleh masuk dalam kategori makanan eksotik lah ye. Kihkih. 

Dalam perjalanan semalam, mata asyik tinjau kiri kanan je, sebab haus. Semalam kan panas, hausnya. Ni kalau pekena cendol ke, sedap gak. Sekali, bila sampai kat Kuala Selangor, nampak kereta banyak gila, macam jem plak. Sekali pandang nampak la signboard besar gila, Cendol Bakar Drive Thru. Wahhh sudah bagus. Tapi suami taknak cendol, alahh frust hahahah. Tapi rupanya suami nampak ada Laman Coconut Shake. Ape lagi, coconut shake lah kita. Feberet kitorang kehkehkeh. Kalau nak beli kat situ, ada drive thru, kena beratur. Kerete kena beratur sekali. Disebabkan banyak kereta, eka je turun, suami dalam kete sambil kene lalu jugak kat lorong cendol bakar. Tu pun tak boleh la lambat sikit, ada makcik dan pakcik RELA yang asyik tiup wisel. Kena prettt jugak semalam, dia cakap suruh rapat-rapat. Padahal dah rapat la macik!

Fuhhh 


Rasa, sedap!
Lebih kurang je rasanya ngan Coconut Shake Klebang
Tapi Klebang punya rasa kelapa lagi kuat ,  lagi sedap! heheh

Tapi ni bukan nak cite pasal kelapa, 
ni pasal mentarang. Mentarang bako.

Kaau area Sekinchan tu, memang bersepah tepi jalan orang jual  macam-macam. 
Mangga, jambu, dodol, kerepek, termasuklah mentarang ni.
Ada yang mentah, yang bakor, yang boleh dimasak macam-macam pon boleh.
Mula-mula kami singgah kat satu warung ni, sekalik mentarang dah habis.
Frust! haha

Tapi takpe, jalan depan sikit, ada lagi. Ni ha warung Faridah Mentarang.
Kat sini macam-macam masakan boleh dimasak dengan menggunakan mentarang.
Cakap je nak masak ape, nak goreng tepung, tomyam, sambal ke.
Tapi eka nak yang bakor je hehehe.


Warung ni luas, boleh duduk bersila, ada macam pondok,
Dengarnya warung ni popular gak kat sana.


Nilah ropenyer mentarang yang dibakor.
Rasanya macam kerang + lala.
Wahhh macam2 rasa hihi.
Eka suka. Cicah dengan sos yang dibuat sendiri oleh taukenya.

Tapi suami macam tak suka aje. Haha. Banyak kali tanya,
ada bau ke tak? hahah. Haritu dia penah makan, tapi tak habis katanya.
Dia pandang je eka makan bersungguh.
Dah sedap! Hahahaha ni telan air liur lagi.

Doc Faiz cakap eka alien sebab makan mentarang, 
Doc Faiz geli nak makan hahahahh.
Doc, alien ni suka makan seafood tau. :p


Nape muke suami saye macam tak rela je nak makan mentarang ni? 
hahahahahahahahaha :p

Sesiapa nak pegi sini, kedainya nak cakap alamat pun tak tau, 
tapi kalau dari Shah Alam, kedainya di sebelah kiri. 

Nampak dari jauh FARIDAH MENTARANG.
Dia buat kat depan rumah dia jer.
Tempat parking, tandas semua ada.
Owner pun peramah, best. Macam tu lah meniaga. Heheh.


p/s : Lepasni nak cerita pasal etok-etok plak. Tunggu kehkehkeh. Eh tau ke etok2 tu menda?  Ok jap lagi citer. Buat koje jap. :p





13 comments:

:: idzwa :: said...

salam isnin

Zee Suhaini said...

lama dah teringin nak cuba mentarang ni..pestime nampak kat JJCM la..nak mennuju ke kuala selangor tu yang leceh skit..sana jer pon ada menda ni..

Puan Awin said...

husband akak suka sangat makan mentarang bakar kat sini...sebelum ni, akak yang peknen, dia yang ngidam nak makan mentarang bakar....

Sya Mimie said...

tak pernah makan mentarang.. jgn la tgk entry ni tetiba mengidam..haha.. naya nak kena cari pula.. tp kalau lala kita mkan juga.. :)
sedapnya coconut shake tu.. ^_^

Amanda Suria said...

Ekaaaa.....next time nak pi bg tau akak la...jeles la mcm ni tau..akak pun nak jugak...

Nur Inani said...

tak pernah makan.. nampak sedapp :)

Alynn Mueez said...

mentarang tu ape...xpernah makan la....hehehe..sedap ker..

Nastyna said...

Saya pernah la makan kepah besar tu, tak tau nama tengah dia mentarang ker benda, eh kalau gorneg tepung tu, depa celup kulitnya sekali ker? hehehee joke only.

etok tu kepah kecik2 tu kan, biasa orang buat salai? Itu kalau kat kelantan la tapi saya tak makan tak reti nak buka benda tu.

Keyme Keymoo said...

nampak sodap je kak eka...hehe

Cik Puan Fadli said...

sedapnya mentarang...mak memg suka mknan laut bercengkerang nie...kecuali siput sedut..hahaha..

suhaila abdullah said...

Assalammualaikum Cik Eka... Salam Perkenalan... Nama akak Suhaila..(rasa macam konfem pangkat akak tehehe..)

MAT NOR said...

wife ada makan mentarang ni kat umh fmly biras. dorang masak mentarang bakar. wife kata sedap makan dengan sambal

Dashing Wiseman said...

Kedai ni bukak malam tak? Klu bukak pas kerja leh pakat pergi serbu