24 March 2014

Nasi Ayam Yunnan & Etok-Etok Bandar Baru Bangi

Hari Sabtu lepas teman hubby pergi tournament futsal opisnya di Kajang. Penat jugak menanti habis sambil mata kiri kanan nampak bola kena sepak je. Hahahah. Tapi sambil menanti tu terjumpa jugak la kawan baru.
Lepas je habis tu,kitorang lunch dekat Nasi Ayam Yunnan, Bandar Baru Bangi. Lokasinya kat sebelah Restoran Dapur Melaka.

Sedap. Ownernya Chinese Muslim, opkoslah nasi ayamnya sedap. Ayam lembut, timun jepun banyak, kicapnya sedap, sosnya ada sebalang dekat setiap meja. Ikut suka korang la nak cedok banyak mana. Sepinggan RM 6.00 untuk nasi ayam biasa, portion besor, eka tambah tauge RM 2.00. Banyak plak tu. Tapi licin. Eka memang goma an nasi ayam. Ni dah jumpa port best selain daripada The Chicken Rice Shop. Lepasni bole pegi lagi. Wiwiwiwi.

Sorry ye, asyik cita pasal makan je. Hobi. Heheh



Menyelerakan tak? Heheheh

Lepastu time nak balik tu, nampak ada akak jual etok-etok. 
Etok-etok ni sejenis makanan laut bercengkerang dan sangat popular di Kelantan. 
Kalau kat kelate, makan kene gigit atas bawah etok tu baru dapat isinya.
Lepas je beli ni, terus whatsapp Kak Siti yang berasal dari Klate,
guane nok make etok ni. Kehkehkeh

Eka memang peminat makanan laut bercengkerang, hehe. 


Sebungkus RM 2.00 je.
Dalamnya ada dalam 15-18 biji kot. 
Tak kira.Ehh tapi camne boleh teka haha.
 Tapi ralit makannya.
Rupanya etok ni disalai dengan halia dan serai.
Patutla ada aroma serai tu.
Rasanya macam lala tapi versi kecik.
Eka makan sorang je, suami tak pandai makan.
Makan gitu aje takde cicah pape.
Orang sebut etok2 ni kat Kelantan, makan macam kuaci je. 
Ngap ngap sambil tengok tv. Hehehe unik.


Eka tak pandai gigit, eka kupas guna pisau. 
Haaa gigih tak makan ngan pisau.
Hihihihihi.

Korang, penah makan etok-etok?






8 comments:

Nastyna said...

haa betui la dugaan ku pasla etok2 tu, gigih jugak kamu pakai pisau ni Eka oi.

Owh nasi ayam, akak cuba buat nasi ayam selalu fail, nasinya jadi ayam jer degil..tensi tensi.

Dont give up cerita tentang makanan ok, I like to see and to get the ideas. keep it up.

Cik Puan Eka said...

@Nastyna Hahaha a ah gigih kupas pakai pisau. Tarah sikit kulitnya tu baru dapat kopek isinya.

Eka memang suka nasik ayam, tak tau nape. Pastu ayam tu susah kan nak buat. Cemana agaknya dapat ayam cantekkk jer cmtu. Lembut lak tu nyummmm

Amanda Suria said...

etok2 pun my favvy dik....bestnya...susah nak dapat tu...

mrs.aziz ummi aariz said...

mcm best je nasi ayam tu.....akak dulu pun masa mula2 mkn etok ni tk pandai gak buka guna gigi.....asal nk mkn je suruh husband buka kan....tp skrg dh pandai.....mkn layan mcm mkn kuaci.....ralit mkn tk sedar dh byk mkn.....

Cik Puan Fadli said...

owhhh, tu panggey etok² yee..xtau plak nama dia..tau mkn jaa..hahahaha...

JunAina said...

Lama benar tak singgah sini sampaikan org tu dah lama pakai baju perantinnya. Tak terlewat lagi ko "selamat pengantin baru" cik eka...:)

emy.yemy said...

Mane tmpat etok2 dkat b.bru bangi yer?

farid Amsyar said...

Area mn ek jual etok2 tu kt bangi tu? Isteri ngidam nk mkn pulak