10 March 2014

#PrayforMH370

Selamat pagi Isnin semua. Pepagi tadi lepas je mandi, solat semua, tengah-tengah bersiap mekap-mekap, terus je bukak tv. Tengok MHI kat Tv3 nak tahu perkembangan Pesawat MH370 dari KLIA ke Beijing milik MAS yang hilang tanpa dikesan pada malam 08/03/2014 haritu. First time eka tahu pun, masa kat dalam kereta. Terkejut jugak masa baca kat FB tu. Lepastu ada plak yang cakap dah selamat mendarat kat Naning lah, macam-macam spekulasi timbul. Tapi tu semua kabar angin aje pun! 

Sampai je kat rumah, terus bukak tv. Tengok-tengok banyak stesen TV buat liputan khas mengenai kehilangan pesawat MH307 tu. Sampai tertidur-tidur depan tv sebab nak tengok perkembangan terkini.

Satu dunia sedang menanti apakah nasib pesawat MH307 ni termasuk penumpangnya sekali.

Walaupun bermacam spekulasi yang timbul, tapi selagi belum disahkan, kita tak wajar percaya. Ini tak, macam-macam jenis berita yang dikongsi FB, twitter, IG .

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ni, kita berdoa banyak-banyak moga Allah SWT memberi petunjuk sekaligus merungkai persoalan kemana hilangnya pesawat ini.

Walaupun bukan sedara mara kita, keluarga kita, tapi sebagai manusia memang perasaan sedih tu ada. Sampai tidur haritu pun asyik terjaga je tengok update dari FB. Sedih sangat. :(








7 comments:

Cik Puan Fadli said...

semoga Allah SWT memelihara keselamatan para penumpang & anak kapal walau di mana jua mereka berada....

merahitujambu said...

masih jadi tanda tanya.sama2 berdoa ya

♥♥ Nur ♥♥ said...

Semoga semuanya selamat..... kite yg dgr ni sedih apatah lg family kn???
Semoga Allah S.W.T lindungi mereka semua

Petak Bunga said...

kita pun follow cerita ni..
mcm2 fikr..tp kalau fikir logik mcm tak ada..alllah punya kerja..dia yg tau.

BUNDA a.k.a KN said...

Salam ukhuwah dari Bunda...

#prayForMH370

||aLeaSaRa|| said...

samalah kita,eka.cuti hujung minggu memang dari pagi menghadap tv.buka blog n fb macam2 ada..bikin hati lagi risau.turut merasai kesedihan dan kerisauan ahli keluarga mangsa.

p/s-->kawan kak lea sama kes macam zarul,umbrella.kebetulan bercuti.beijing...itu route biasa dia jugak.walaupun dia terus sujud syukur tapi sebak sebab kebanyakkan cabin crew tu rakan sekerjanya :)

||aLeaSaRa|| said...

nak buat tanda :( tertekan pulak :) hohoho nak kena ketuk jari2 kak lea ni huhu