07 April 2014

Kuih Sema

Assalamualaikum semua. lamanya eka tak update. Sorry ye semua, eka sibuk sikit minggu lepas. Eka pergi kursus, pastu balik kursus ada lagi seminar. Pastu balik ke Nogoghi pulak. Sibuk sikit ehehe. Nanti eka cerita pasal kursus yer. 

Harini dah hari Isnin. Dah masuk bulan April 2014 dah. Kejap betul masa berlalu kan. Kadang-kadang tak sedor. Tinggal lagi beberapa bulan je nak masuk Bulan Ramadhan, pastu nak masuk bulan Syawal plak. Tup tup habis tahun. Kejap sangat.

Minggu baru ni balik umah mak mertua. Pagi semalam lepas sarapan, mak mertua bagi rasa buah tangan kak ipar bawak. Kak ipar kawen dengan orang Kelantan, bulan lepas dia balik sana, dia bawak lah ole-ole. Salah satunya kuih ni.


Cute kan. Macam-macam kaler ade. Hehehe.

Mula-mula bukak, eh kuih apa ni. Bila pegang berhembus tepung. Try kutil sikit, halus macam benang. Cubit-cubit masuk mulut. Cair dalam mulut, sambil kunyah-kunyah. Rasa macam cotton candy. Tapi tak terlalu manis bila dimakan dengan tepung tu sekali. Ingatkan tepung gandum, rupanya tepung jagung. Sedap jugak!

Bila post kat IG link dengan FB, tanya kat kawan-kawan especially yang dari Klate. Rupanya namanya Kuih Sema. Sejenis kuih tradisional turun temurun dari Kelantan. Ada orang panggil gula tarik. Sebab masa nak buat, kena tarik kot gulanya. Tu pasal dia halus. Dah macam benang. Lagi pulak bentuknya bulat-bulat. Lagilah macam benang orang buat kait-kait tu hehe. Tepung jagung tu pulak fungsinya mungkin taknak gula tu melekat antara satu sama lain. Semalam tak bawak balik pulak kuihnya. Segan pulak nak mintak kat mak mertuo. Ni rasa rugi plak tak bawak sebiji dua. Tapi takpelah, ujung bulan balik lagi. Hehehe.

Korang penah makan kuih sema nie?

p/s : Ada macam-macam nak update, tapi malas tahap gaban power rangers ultraman hahaha.





8 comments:

:: idzwa :: said...

kuih sema?

Umiey Zalora said...

Pernah makan.. tpi masa kecik dulu.. mmg sedap like cotton candy.. cair dalam mulut :)

zulhilmi tempoyak said...

untung dpat menantu macam ni.. :D

shafikaamin said...

xpena makan pon. huhu.
Hai cik eka! eh, puan eka! :)

Nastyna said...

haaaaa kuih ini la yang kami sibuk cakap2 baru ni (me and papanya) sebab kat kedai Turkish tu ada jual kuih yang lebih kurang macam ni la, so akak duk sibuk cerita kat tok laki cakap kami pun ada kuih ni ni tapi akak lupa nama dia. hihihih excited kitew taw.

misz sheyla said...

pernah g kelantan beli kuih ni sebab akak office order...beria duk ingat nama time tu..nak google xde hp canggih2 dulu..huhu

merahitujambu said...

lama x mkn dear..pos sini dear.hehehe

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

1st time dengar pasal kuih sema nie eka..warna warni lagi..mesti sedap! =D