05 May 2014

Jus Ambra @ Kedondong Asam Boi

Haih tengok gambar ni, rasa meleleh plak air liur teringat rasanya. Haritu eka cuti 4 hari. Best gile. Hahaha. Banyak betul cuti tersepit tahun ni. Geng-geng PJJ memang sonok lah, boleh ambik cuti direct. Haritu Labour Day 1 mei hari Khamis, eka amek terus hari Jumaat. Minggu depan wesak 13 Mei jatuh hari Selasa, so hari Isnin eka amek cuti lagi. Lagipun minggu ni kalau takde aral melintang, eka nak ke Terengganu. Kawan baik suami kawen.

Hari Rabu malam dah sampai umah mak eka. Punya syok balik umah mak, makan sedap-sedap hihi, dapat main ngan anak buah, Zara. Pastu ada suami kat sisi ecewahhhh dapat pulak jumpa mak ayah. Best sesangat. Khamis tu pulak makteh datang, bawah buah ambra @ kedondong. 

Ni ha rupanya bagi yang tak penah tengok


Sumber gambar [sini] TQ

Rasa buah ni unik sikit.
Rangup dan masam manis.
Meleleh lagi air liur ni. Haha.
Kalau nak macam gitu aje pon boleh,
ada yang dibuat jeruk.Tapi eka suka makan cicah kicap.
Haritu pulak suami mintak buat air kedondong asam boi,
Dia siap beli asam boi lagi lepas solat jumaat.
 Terpanjat gak tengok dia bawak seplastik asam Hahaha.
Mengidam ke pulak suamiku ini. Hehehe.

Petang tu kemain panas lagi, memang sedap sangat minum air kedondong asam boi ni.



Terliur tak? Hehehehe.

Cara dia senang sesangat.

6 biji buah kedondong
Air masak satu jug kecik 

Blender dua bahan ni, 
dah siap blender taruk gula sikit je. 
Dalam sesudu.

Lepastu tapis, saya tapis guna tapis teh yg nilon tu,
Dah siap tapis masukkan dalam jug, campakkan buah asam boi 5 biji.
Paling sedap asam boi kaler putih tu. 

Kacau-kacau, masukkan air batu,
pastu minum tengah cuaca panas. Perghh.
Masam + manis + sejuk memang sedapppp

Suami kata, macam air asam boi kat kedai Mohd Chan,
tapi dia kata, eka buat lagi sedap lah. Hahaha
Buat ngan kasih sayang kan, tu extra perisa heheh.


Korang, penah makan kedondong? Semalam eka gi tasik titiwangsa. Ada makcik2 gerai situ jual buah potong, ada buah kedondong ni makan ngan asam serbuk. Perghhh sedap rangup masam manis. 






9 comments:

Amanda Suria said...

Aduhai Eka....sedapnya...terliur akak ha...saje je kan bagi akak terliur..balas dendam nampak..hahahaha....

idzwa kamaruddin said...

tak mkn n tak minum air nie..

Terapi Bekam Nur'Najwa said...

kecurrrr air lioq.. aduhh mana nak cari kedondong kat Nilai ni??

Puan Awin said...

kat umah akak, ada pokoknya...kdg2 buah sampai busuk terbiar je kat pokok,x de orang nak makan ;)

NS said...

aduhaiii... mmg terliur... tutup mulut rapat2 takut air liur meleleh. hahaha

Nastyna said...

akak sebenarnya bukan la penggemar jus kedondong asam boi, tapi sebab membaca dengan khusyuknya maka terpacul termerencis jugak air liur kejap hahaha. Buah kedondong ni paling tak suka yang fresh lagu ni sebab kena kupas sendiri, suka beli yang dah dikupas atau yang dah dijeruk jer muahahaha.

Hana Hafis said...

Hii puan eka manis..

Saya singgah dan follow kamu..feel free to hit me back yeah..

*kat penang orang panggil buah ni buah amra..jus ada juai kat night market..sumpah sedap (taip sambil yaqlioq menjejes)*

affendi rehat said...

saya lak ade produk jus asamboi kedondong.....pati.....kordial...& terus minum dalam botol......kalau berminat cari la saya 010-8381775......whatapp....sms
"nak asamboi kedondong"

x de pengawit tau....
SEGAR DI MULUT ENAK DI PERUT

BELANGA HIJAU ENTERPRISE said...

Nak rasa yg saya buat click jusamra.blogspot.com