19 May 2014

Kolopilah

*tadi aku letak Kopilah jer, sekali somi datang komen kat fb. 
Bukan Kopilah, tapi Kolopilah. 
Yela yela aku tukar hahaha.

Hari sabtu haritu mak mertuo ajak kitorang pegi kenduri umah sedara besan mak kat Serting Ulu, Negeri Sembilan. Kitorang pon on jelah lagipun memang takde plan ape-ape pun haritu. Pagi tu pulak hujan lebat sangat. Kalau tidur sedap ni. Tapi perut plak lapar hahaha. Sedang elok la nak pegi kenduri.

Gerak dari Seremban, hala ke Kuala Pilah. Ini first time la aku pergi ke Kuala Pilah bagai-bagai ni. Lalu kat jambatan kedua tertinggi di Malaysia kata sign board tersebut. Jalan nak pegi sana tu macam nak gi cameron highland plak. Liku,liku, selekoh, bukit-bukit, ada gunung ganang kat tepi jalan. Barulah den tahu ada nama tempat Tanjong Ipoh, Terachi dah ape lagi tah nama tempatnya. Lupa hehehehe.

Ada lalu satu kawasan sawah padi, cantik. Padi tengah menguning. Lupa nak snap lah plak. Pastu lalu dekat Restoran Warisan, dekat simpang nak ke Istana Seri Menanti. Mak mertua kata, mahal makan kat situ. Tapi cantik la pulak. betul-betul suasana kampung habis.Tepinya sawah padi. Boleh bayang tak camne? Eka letak gambo gugel jap. Best. Ada sesiapa penah makan situ tak?


Sumber gambar dari blog ini,
terima kasih tuan blog. :)

Sampai kat kenduri, jalan lecak habis. Sebab baru lepas hujan teramat lebat. Tengah sejuk begitu, makan pula nasik minyak berlaukkan gulai lomak daging salai berkentang, sedaplah jadinya. Hehehe.

Masa nak balik tu, abang ipar ajak singgah jalan-jalan kejap kat Hutan Lipur Serting Ulu, jalan nak menghala ke hutan lipur tu satu jalan dengan rumah orang kenduri tu, jadi ape salahnya kita melawat kejap. Hehe. Nak mandi air terjun memang tak laa. Baju pun tak bawak.


Kat sini ada Berhulu camp, 
sape-sape nak buat kem tu boleh la datang sini.
Lupa lak nak tangkap gambar, tapi boleh klik sini untuk maklumat.


Menarik jugak kat sini. Airnya sejuk.


Kalau nak pegi ke tempat air terjun yang cantik tu,
boleh naik atas lagi. Tapi kami tak naik pun,
dengan berbaju kurung bertumit tinggi, memang tidaklah nak memanjat ke atas ni. 


Dekat bawah ni ada kolam. Tapi airnya macam keruh 
sebab bertakung kan. Tengok orang mandi cam best je berendam.


Sepanjang jalan menghala ke Kuala Pilah tu 
tepi-tepi jalannya kemaen banyak lagi orang meniaga.
Banner coconut shake, gulai lomak daging salai restoran warisan pon ado.
Pastu ada ramai jual itik salai, sembilang salai, keli salai, madu, tolo itik. 

Meriah betui. Masa balik tu singgah jap kat Terachi.
Mak mortuo nak beli potai, sebab ada sorang menantu baru mak, 
teringin beno sambal petai udang. Ish ish menantu mak ni, ngengada. 
Sapelah tu hahahahaha.


 

Ini lah Terachi. Lalu kat sini memang syok sebab rumah cantik-cantik,
bukan kat Terachi ni je. Sepanjang jalan tu punya banyak rumah-rumah tradisional
orang Negeri Sembilan. Ada satu rumah tu kemaen lawa warna Purple + peach.
Tak sempat tangkap gambar, driver laju sangat.
Haih baru nak snap dari dalam kete hihihi.



Ni salah satu rumahnya. Tengok dekat-dekat lagi cantik, 
comel je tau. Bersih pulak tu keliling kelalang.



Singgah sini, macam-macam ado.
Berkenan pulak ngan bakul baby tu.
Tapi baby nyer tak ada lagi. Cuci mata jelah dolu ya hihihihi.

Korang? ado orang Kolopilah sini? Raye nanti nak datang umah, boleh? Hahahaha



8 comments:

CikLily Putih said...

selalu lalu area ni.. memang cantik rumah2nya

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer!

Umie Artoqiemie said...

serious cantik rumahnye whoa whoa whoa!!

Amanda Suria said...

apo plak x leh..buleh yo dtg umah akak...moh akak bawak jenjalan pi Istana Seri Menanti...pi Ladang Alam Warisan...best Eka...last wiken pun akak kek kolopilah ni....hehehe...

MissNick said...

suka kalau lalu kat area kampung2 kat nogori tu...rumahnya cantik2...

Nastyna said...

amboi jenjalan ajer cik eka. ko kolopilah pun sodap.

IFA Athirah said...

tu lah.,ingtkan kopi cap kapal layar ke ape.skali silap tulis pulerrr

nurerna hazwani said...

Haaaa! dah boleh masuk dlm list melawat Malaysia ni. Tq2...hihihi