20 May 2014

Masam Keladi

Dari kecik, kalau emak atau nenek yang masak gulai masam keladi, mesti aku ratah macam tu aje. Tak suka makan dengan nasik. Kadang-kadang sampai keluar air hidung sebab pedas. Makan pulak hirup panas-panas. Kalau ada sambal belacan lagilah. Memang menangis dibuatnya Hihihi.

Kalau mak dengan nenek buat, biasanya mesti letak bawang putih masa tumbuk cili tu. Tapi bawang putihnya ditumbuk kasar dan bahan terakhir sekali ditumbuk. Letak banyak-banyak, bila keladi dah masak, bawang putih pun masak, lembutnya bawang putih tu sama ngan keladi. Takde rasa bawang putih pun. Sedapnya alahai.

Tadi turun beli untuk lunch awal sikit sebab semalam turun lewat, lauk dah habis. Terpaksa mintak budak-budak kantin goreng tolo dadar. Harini diorang tegur, mesti kak ika ni turun awal sebab takut lauk habis. Hihi lagipun sini hujan, jadi perut tu lapar dia ekstra sikit hahaha.

Nah, tayang sikit.


Batang keladinya lembut dan lembek. Nyummyy
Isi keladi pun empuk.

Rasa cam eksotik pulak lauk ni kan hehehehe. Tapi kan, kena pandai masak ni. Ada sesetengah keladi, gatal. Penah jugak makan keladi, gatal merenyam kat tekak. Ada petuanya tapi dah lupa. 

Korang, suka keladi tak? 


4 comments:

♥♥ Nur ♥♥ said...

Sedap ke keladi???? X mkn keladi

YnaRazali said...

Oh eka kenapalah post.nak nangis sebab teringin giler ni..nasib baik nak balik kg.leh mintak nenek masak ;0

idzwa kamaruddin said...

haaaa...sedak nyerrrr!!!!!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ai mmg x pernah mkn keladi selama hidup 32yo ni nangihhhh😂😂😂