28 May 2014

Pizza Hut - Taste Of Italy

Hai semua, selamat pagi. Dah hari Rabu la harini. Kejap je masa berlalu. Semalam, ex practical student kat office, melawat kitorang kat opis. Lunch tu pulak, saje nak ngedate ngan dia, perempuan tau. Hehehe. Kitorang pegi Pizza hut. Nak rasa pizza baru,Tekak macam nak makan makanan 'omputeh' la. Hihii taste of Italy pulak. Memandangkan pizza hut kat depan opis ni je, kita jalan kaki je. Exercise sikit. 

Kitorang makan set untuk 2 orang, katanya jimat sehingga RM 15.20. Jadinya satu set, RM 32.90.

Antara yang termasuk dalam set tu ialah,

  •  1 Pizza taste of Italy. (Kami pilih Romano Chicken. Ni sedap plak hehehe)


  •   1 Pasta ( Kami pilih Pesto Chicken Spaghetti, pun sedap)


  •  Italiano Brushchetta ( Ni kami makan celup ngan mushroom soup, sebab tak nak order garlic bread  haha)


  • Air Pepsi jer


Ehhh rajin pulak aku review hahahahahaha.

Jap, tunjuk gambar yang pentingnya. Tapi takde plak selfie dengan pizza. Huwaa rugi rugi. Baru tahu pizza hut ada buat contest posing dengan pizza. Kalau buat, tah-tah kami menang, kan?? krik krik krik krik hahahahahah


Deco dalam restoran pun dengan taste of Italy.


Tu yang kiri tu lah Brushchetta nyer. Dihidangkan dengan dip dia.
Rasanya pencicah dia tu macam salsa. Eh memang salsa la aku rasa. Haha
Ada tomato + onion + ada herb maybe basil kot.
Masam-masam sikit. 

Yang kanan tu asal masuk pizza mesti nak order.
I like potato hehehehe.


Ni lah watak utamanya.
Romano Chicken Pizza.
Ni sedap, dia nipis tapi bukan yang nipis sangat tu,sedang la kira.
Rangup-rangup sikit. Sedap. Kena tekaklah yang ini.
Gabungan 3 jenis cheese Italy. Tapi taktau amenda,haha.
Ada bawang, lada benggala merah, chicken roll ngan bayam. 
Tapi bayam sikit aje. Hehe
Harap makan bayam jadi sihat macam popeye the sailorman tuttt tutttt hahaha


Yang ni pesto chicken spaghetti. Mula-mula makan, rasa macam tak pedas sangat.
Disebabkan tekak orang melayu, kami gaul sekali dengan cili sos.
Wahhh sedap plak, disebabkan ada chilli flakes tu, ha dia rasa lagi kick,
ni pun sedap. Pendek kata sedapla sebab kami tersandar kekenyangan. Krik krik krik. Hahaha

Air plak pepsi je kan, jadinya tak yah lah susah nak tempek gambar,
bayangkan aje gelas pepsi berpeluh dengan ais batu. Lalalalalala.


Korang dah rasa pizza taste of Italy ni? Tekak korang camne? Sedap tak? 




8 comments:

nana kimie said...

sedap! rasa nak makan lagi,baru semalam nana buat entry=)

http://nanakimie.blogspot.com/2014/05/pizza-huttaste-of-italy.html

NS said...

awak... saya order pizza yg sama.. tp pizza kita nampak berbeza.. hahaha

http://life-of-pearl.blogspot.com/2014/05/sibon-appetite-d.html

idzwa kamaruddin said...

hamboiiii terliur!

syira yaya said...

Sedapnyaa !! :-)

Lynda Che Lah said...

anniversary dinner akak hr tu mkn ni lah..tapi pizza biasa tu gak di hati..ni tak berapa syoklah eka

Cik Umie Artoqiemie said...

tak tahan tak tahan ! sedap woi

Sya Mimie said...

sedapnya pizza.. :)
haritu teringin sesangat nak makan. pastu kena batuk, tetiba tertukar keinginan nak mkan kepsi pula..hehe

aizamia3 said...

kalau dah tekak melayu memang rasa tak lengkap kalau takde cili.. kehkehkeh.. jadi mangsa ubahsuai menu tu jawabnya.. ;)