14 May 2014

Terengganu Kite

Awas, entry ni panjang sikit, banyak gambo hasil cedok-cedok dari peserta yang join heheheh.

Minggu lepas, hari Jumaat malam, eka, suami dan 3 orang kawan dia, kami ke Terengganu Darul Iman. Negeri cantik, budayanya menarik.Kenalah dengan slogannya tu.

Ini first time eka datang Terengganu. Baru lah complete penjelahan belah semenanjung Baru je complete ye Malunya. Ahaha. Eka sampai KL pukul 8 lebih, tunggu semua sampai, lepas makan baru kami gerak. Tu pun pukul 1 lebih dah. Ikut Gombak sampai Plaza Tol Jabor dalam pukul dalam pukul 3 lebih kot. Lupa dah. Lepastu teruskan perjalanan, sebab nak singgah kat rumah makjang. Mak sedara eka tu. Dia duduk dekat dengan Padang Kubu. Kat Kompleks perumahan Durian Mas. Singgah rumah dia untuk rehat sekejap, sebelum dia bawakkan kami ke Kerteh pagi Sabtu tu.

Jalan Jabor tu macam jalan lama, kiri kanan sawit, getah pun ada kut. Ada lah kedai-kedai, rumah sume. Dalam pukul 4. 30 makjang call, tanya kat mana. Dah call dia wasap plak, eka pun memang tak tidor sepanjang perjalanan, macam biasa lah teman hubby nyembang, risau plak takut dia mengantuk. Tapi memang dia mengantuk pun, kejap mintak air, kejap mintak chewing gum, kejap gegula. Berbalas wasap ngan makjang, sekali kereta hubby macam hilang kawalan, dia mengelak kekiri, pastu kekanan, masuk kekiri balik. Allah ape ni, terus jerit kat suami. Suami pulak terus tunjuk-tunjuk ke arah depan, dia tak bercakap! Bila dah tenang semula, baru tanya dia, kenapa. Rupanya dia nampak ular sawa, besar gila, kepalanya sangat besar. Badannya panjang, kereta kami sikit lagi nak langgar kepala dia, sebab tu dia mengelak. Nasib baik lah Allah bantu, tak ada kereta dari hadapan, memang kami dua kereta je masa tu. Kalau ada, tentu terbabas dah. :( Lepastu hubby terus suruh eka jangan cakap apa2 pasal ular sawa tu. Terus buat tak tahu sampailah kat rumah makjang. 

Sampai rumah makjang pukul 5.30 pagi, suami tanya kat kawan dia yang drive kat kereta belakang, Hafiz namanya. Dia pun nampak. Dia pun nyaris nak terlanggar, tapi eka tak nampak apa-apa, sebab pandang handphone. Debar-debar okey. Huuu. Dah siap sarapan sambal sotong yang giles pedas, solat.  
Ape lagi, semua tertidur termasuk lah eka yang macamlah drive ni hehehe.

Sabtu pagi tu pukul 11 lebih, gerak plak gi Felda Kerteh 4, Bandar Ketengah Jaya. Rumah kawan hubby, Izwang namanya hehehe. Kan namanya dah tambah G kat belakang tu kihkih.


Majlis menyambut menantu, seronok jugak kenduri kat sini.
Makang gulai.
Kata Izwang, kalau kenduri menyambut kat sini, 
pengantin perempuan duduk kat atas rumah, ada pelamin kecil,
tetamu perempuan akan naik ke atas, jumpa pengantin perempuan.
Salam-salam dan bagi hadiah. Eka naik jumpa wifenya, orang Johor.
Ada gambo,dalam henpon makjang hehe. Tak dapat tempek sini. 
Pengantin lelaki pula kat bawah, layan tetamu.
Lauknya Izwang cakap, memang camni. Simple tapi sedap, tambah dua kali.Aha.
Ada gulai daging, ayam rendang, acar timun, 
sayur labu air tumis ikan bilis (sedapp) cicah sambal belacan,
ada ikan kering jugak. Ada bubur kacang hijau + jagung, Sedapnya lahai,
sampai sekarang terliur lagi ni adehhh.


Kawan-kawan suami. Ada yang kawan dari sekolah menengah,
ada yang dari Poli. Ni BFF diorang la ni.
Eka plak memang sejak kawan ngan suami, kenal diorang ni.
Semua baik. Ada yang single lagi. Kecuali nombor dua dari kiri. Lakiku.Hahah

 Bokonan dengan yang lain ? PM eka hahahahahaha :p

Dah setel kenduri, kita gi Tasik Kenyir. 


Ada festival kat situ.


Macam-macam hado dijual. Makjang bagi eka hadiah kat eka.
Bagi sesiapa yang datang Teganu gi umah dia, dia bagi hadiah.
Dapatlah blender Sharp kaler pink uols. I lap u makjang hahaha.


Nampak tak kegigihan suamiku menjinjit hadiah belender tersebut,
 sambil meronda Tasik Kenyir hahaha. 
Disebabkan ada festival kat situ, maka kereta diparking kat satu tempat,
ada bas yang akan angkut kita ke atas. 


Cantik dah Tasik Kenyir ni kata orang yang dah penah pegi.
Ada macam dataran, dulu takde.
Tapi panas kanmain. 

Kendian, ada terjumpa rumah yang unik.
Macam kat obesi uols. 


Cantik kan. 
Posing sepam.


Eh posing dua pam.

Konon-konon tak ready amik gambo, 
padahal pesan kat tok Laki,
suruh tangkap je gambo orang betulkan tudung. 
Erkkk K BYE! Ahahahahahah.

Selepas ke Tasik Kenyir yang sangat jauhhhh dari Kerteh itu,
kami ke Kuala Terengganu plak.
Yo yo ooo je Makjang kabo sejam lebih je dari Kerteh, 
ropenye dekat dua jam lebih nak ke Tasik Kenyir
Pilot kat sebelah dah rope nak mengamuk, penat drive.
Nasib i sempat tenangkan dia dengan membuat lawak2 antarabangsa.Hahaha.

Kita ke Masjid Kristal pulok. Nasib baik dari tasik Kenyir tu
nak ke Kuala Terengganu ikut jalan potong.
Kecik je jalannya, ikut ladang Espek apa tah.
Pak Jang yang jadi pemandu arah.

SubhanaAllah sangat cantik masjidnya.


Haruslah bergambar dolu kan,
bukan selalu datang sini kang abe weh.
dan dan ade G kat belakang khen. Haha


Nak jugak berlatar belakang kan Masjid Kristal.


Nilah makjang kite, adik mak yang nombor 4.
Kemaen seronok lagi kite datang sini.
Sebelah kiri tu TokWan, Pak Mertua Makjang,
makjang jaga Tokwan.


Ahli rombongan nak bergambo bersame2 jugek.

Selepas Masjid Kristal, kami nak ke Losong plak sebelum cari hotel
kat Batu Buruk.


Singgah sini, saje cari kudap-kudap


Sedap sangat kepok leko losong ni.
Nyesal hari last kat KT tak gi beli sini ayaiyaiyai.
Makanya kami langsung tak beli di Losong sebab nak balik ikut Kemaman,
nak beli di Kemaman.

Sampai di batu Buruk, lepak sini jap.
tadaaaaaaaaaaa.


Kereta Kudo berhias. Tak naik pong.
Kalau naik mesti feeling princess kan hehehe.
Dewasa RM 5.00, Kanak-kanak RM 3.00

Lepas tu kite cari hotel. Semua full. Wuuuuuuu
Call sana sini, Batu Buruk Beach resort ada satu je lagi bilik,
abes yg kawan2 hubby tak dapat kang. Cari lain.
 Dapat primula pon best gak Tapi, Primula pon full.

Yelah, cuti tersepit kan, ramai la.
Cari cari dapat kat Intan Beach Resort. 
Dua bilik je tinggal.


Gambo Google jer hehe.
Bilik okey semua. Nyenyak tido. Kehkeh



Ni kat Lobi, nampak pantai.


Pemandangan dari Lobi.
Punya kocik donia, boleh plak terjumpa opismet hubby,
siap reverse kete lagi bila nampak hubby haha.



Selfie dolu sobolum balik.
Balik ikut jalan pantai.


Cantik pantainya. Tangkap gambo dari dalam kete je.
Siap suruh hubby bawak slow-slow, mak incik nak tangkap gambo nie.
Ha, hahahaha.


Ni masa lalu kat Petronas Kerteh tu, nampak api. 
Snap sekeping. Hihi.
Ramai betul pekerjanya, motor, kereta bersusun.

Singgah kemaman, beli sikit je.
Singgah Cherating kejap.
Pilot2 nak rehat



gambo ni kontrobesi.
Ada cakap gemoklah, sedih.
Huhu ada cakap pregnant lah.Padahal belum waktunya membuncit.

Cuma eka tertunduk + baju pon terkembong.


Tengok ni, tak gemok kan kan kan.

Akhirnya sampai bangi pukul 2.30 pagi setelah gerak pukul 2 lebih dari K. Terengganu. Hajat nak makan ikang celop tepong tak kesampaian.Yelah dah lewat sampai kan. InshAllah datang lagi nanti. Isnin cuti, memang rehat cukup-cukup kat umah. Ni dah mula kerja semula.

Na na na na Ganu kite...



7 comments:

Cik Puan Rara said...

bila lah rara nk g teganu ni.hehehe.xpenah lg g sana.ika,bestnya naik kete kuda.heee

PetakBunga said...

jalan kat teganu tak puas..
sb jalan2 nya dkt kawasan pantai2..
seronok bukak tingkat, ambil udara pantai..tp x berapa digalakan main air.. laut china selatan bergelora.

mrs.aziz ummi aariz said...

rugi la gi trgn tk mkn ikan celup tepung,sotong celup tepung.....hihi...sedap ke kopok lekur kt kemaman.....eka pernah beli tk berapa nk sedap la....baik beli kt losong je.....

Amanda Suria said...

akak pun dah lama x pi terengganu...ntah bila boleh pi...hehehe...eh xde la gemuk...ok jer akak tengok...

Daddy Ziyyad said...

Memang jauh gileeeeee nak gi Tasik Kenyir tu..tu pasal saya skip ke sana masa gi Teganu hari tu..hahaha..

Next time gi sana, singgah la Kg Jambu Bongkok...cantikkkkk..

Untunglaaaa dpt hadiah blender pink...hahahaha

Nastyna said...

wohooo sedak makang gulai sambil round round bandor yer. sempat cover baju kembang tewww hihihi memang la kan bila berangin. cehhh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Keta kuda tu ala2 mcm citer Cinderella khen❓...cantekkk ai so loikeeeee��
Lawa sgt masjid kristal tu...
Ai ni dh berthn x mkn nasik kenduri uwaaaa