24 June 2014

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, agak sibuk pula. So, update pun tak berapa banyak pasal diri sendiri. Banyak pasal shopping lah, produk lah. Tu yang suka. Heheh.

Tapi lepasni kena rajin la pulak kan. Kesian pula my followers semua. 

My hub pulak sibuk dengan assignment dia yang banyak tu. Dia nampak macam pressure tapi sempat lagi menonton bola uols. Haha. Kalau dekat rumah pulak, memang takde can lah i nak tukar channel lain. Setiap hari, TV tak katup tau. Tido depan tv sambil tv pasang. Agaknya bill eletrik pun mahunya melambung macam mael lambung bulan ni sampai bulan depan. Hahahaha. Nasib dia yang bayar, bukan i.



Dekat wall siap tampal dengan carta world cup ni lagi. 
Marker pen sebatang terkontang kanting atas meja dekat dengan wall ni.
Senang nak tulis score katanya.
Kalau my hub tidur, barulah saye cepat-cepat kalih channel lain. 
Hahaha. Tidur la lama sikit kan, lama la boleh tengok channel yang saye suka. 
Yippieeee~

Hari Sabtu lepas, kitorang pergi ke Hotel Presscort Kajang,
ke kenduri kahwin ex-officemate my hub.
Dulu satu cawangan, sekarang pengantin lelaki tu dah tukar ke Cyberjaya.
Tahniah pengantin, selamat pengantin baru.
Lalui hari-hari yang indah bersama-sama sehingga keakhirnya. 

Eh gambar ni menampakkan i macam gemok,
tapi jangan tertipu tau. I still macam biasa, cuma berisi sikit je.
Biasalah, lepas makan kan. :p 

Last, gambar separuh-separuh.
Trend hahaha bluerkkk









<









>









<









>









<





p/s : Kebelakangan ini jugak, macam-macam hal yang berlaku di dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan. Ada yang pulang ke Rahmatullah. Al- fatihah untuk saudara-saudaraku. Walaupun saya tak dapat ziarah, alhamdulillah ada yang saya jumpa dalam mimpi saya semalam. Sayu sangat rasa hati. 

Juga untuk orang-orang disekeliling saya, buang yang keruh ambil yang jernih. Ya, manusia semua tak perfect. Cuma saya nak pesan, nak buat apa-apapun, fikirlah masa ke depan. Jangan ikutkan hati, kelak binasa. 

Kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup, hasil didikan ibu bapa, sekolah, universiti lagi. Tapi kadangkala kalau kita ikut hati, semua boleh hilang. Tapi tak mengapa, dengan doa yang tidak putus. Alhamdulillah, semua kembali normal. Mulakan hidup baru ya sahabat-sahabatku. 






1 comment:

Nara said...

"tidur la lama sikit".. untuk laki mu supaya mu boleh tengok channel lain eh. muahaha isteri mitoli sangattttt. tapi akak kat sini prefer tengok bola jugak tapi berebut remote ngan si jelita dia nak tengok katun.