27 June 2014

Kibas Bakar for 1st Time

Semalam, cawangan opis ada buat makan-makan, majlis beramah mesra camtu. Kitorang pun semua kegembiraan lah sebab dapat makan sedap. Terbuntang jugak bijik mata makan tadi. Adalah dua round. Hahahaha. 

Menunya sedap-sedap. Ada nasik goreng, spaghetti, bihun goreng, butter prawn, sayur, buah-buah,dadih, air kelapa (frust tak dapat minum) dan menu istimewanya Kibas Bakar. Sebenarnya saya tak tahu pun kibas ni macam kambing. Yela sama spesis ngan kambing kata owner syarikat bbq nie. Alamak. saya tak makan kambing. Tapi teringin dia tu membuak-buak plak. Orang beratur, ehh saya pun nak beratur jugak ambil kibas bakar tersebut. Rasanya, sedap. Ingat ada bau cam kambing ke kan. Tapi takde bau. Perghh sedap rupenye. Lepasni boleh la cuba kambing boer bakar plak. Hahaha. 

Dulu masa kat opis lama, opis tu ada projek kambing boer lagi. Hampir setiap bulan ada pelawat datang. Masa tu boss selalu buat kambing bakar tapi sekalipun saya tak pernah cuba. Hahahaha. Yelah, selalu tengok kambing. Makan kambing pun tak nak. 

Malas cite banyak, jom lah cuci mata melihat gambar. Lapar je kan tengok pagi-pagi begini. Hehe


Butterprawn my fav. Sedap.
Baru semalam teringin makan udang, harini dah dapat.
Alhamdulillah.


Geram je tengok tembikai, tapi saya batuk.
Lupakan hasrat menikmati buah semangka ini.


Ni second round. Hehehe
Sikit-sikit tapi semua rasa.

 

Inilah Kibas panggang tersebut.
Sesiapa yang nak buat majlis, nak order kibas, kambing ke boleh contact 

Abang Ismail : 0192724842
Blog : BBQ Kambing

Bila korang order, harga termasuk pakej dengan side dish

Home Made Mash Potato
Salad
Bun
Buah Oren


Menyelerakan hehehe



Sebagai penggemar kentang, termasuklah segala jenis kentang
lagi-lagi mash potato ni, memang ini jela yang makan banyak pun. 
Kehkehkeh.
Sedapp. Semua jenis mash potato saya kata sedap hahaha.


Saya punya. Daging kibas lembut. Manis.
Siap dapat rib pulak tu. Tapi segan nak makan kokak-kokak.Hihi

Alhamdulillah kenyang dengan semua hidangan.

Korang, makan kambing bakar? Pernah makan kibas? 





2 comments:

Ezy Loy said...

tgk pon sodap!
saye pon xmkn kambing..
kot2 la dpt merasa kibas panggang ni jd blh mkn kmbing plak pastu.. hehe

S. Faezah said...

sy hantu kambing bakar..pantang ada..nyum3..hehe