17 June 2014

Review LOREAL White Perfect Total 10 Whitening Day Cream

Hai semua, selamat petang. Harini kita cerita pasal krim kecantikan pula. Yang ini best. Siapa tak kenal Loreal kan. Kali ini Loreal Paris ada keluarkan satu produk yang baru dan sangat sesuai bagi semua wanita yang inginkan kulit tampak lebih cerah, tidak berkilau dan yang paling penting, kulit yang sihat. 

Ini dia, Loreal White Perfect Total 10 Whitening Day Cream.


Eka telah diberi kesempatan oleh pihak Loreal dan Lion & Lion antara yang terawal untuk mencuba kehebatan Loreal White Perfect Total 10 ini. 


TQ Loreal Paris Team dan Lion & Lion


Intense Whitening, 
perlindungan penuh serta mempunyai 10 kebaikan untuk lebih cerah 
dan bebas kilau.


Botolnya jenis pumping, comel sahaja. Loreal White Perfect Total 10 ini mempunyai 10 manfaat 
yang bukan sahaja mencerahkan kulit tapi ia juga melindungi kulit kita secara keseluruhannya.

Ia juga dirumus khas dengan 3 vitamin ( E,B3, & C ) serta Dermo Shield Complex 
untuk melindungi kulit kita supaya tidak gelap.
Krim ni juga dwi perlindungan bukan sahaja mencerah tapi melindungi kulit kita.

Menarik kan? 


Krim ini juga ada 10 manfaat untuk mencerahkan dan melindungi.
Bukan sahaja mencerah tapi meratakan sekali warna kulit. 
Yang paling eka suka, mengurangkan minyak berlebihan.


8 minggu je boleh nampak kesan, nampaknya kena tunggu 8 minggu ni hehe


Sampai-sampai je, terus nak cuba. Krim dia warna lilac. Cute sangat.
Bau pun tak kuat. Sapu di tangan pun terasa lembutnya.


Krim ini cepat meresap dan paling penting tak melekit.
Sekarang ini eka cuba pakai krim ni sebelum pakai foundation.
Hasilnya foundation pun jadi sekata. 

Jadi, pembaca semua yang nak cuba Loreal White Perfect Total 10 ini boleh dapatkan 
di pasaran sekarang dengan harga yang mampu milik RM 39.90 untuk 50 ml.

Untuk update terkini produk Loreal Paris, anda semua boleh ke :-


Facebook Loreal My : Facebook Loreal Paris Malaysia

Twitter : LorealParisMy


Kita dapat jemputan ke Blogger Tea Party to celebrate the launch of white perfect total 10.
Jumpa di sana ye kawan-kawan blogger. Dah lama tak join event. 
Kali ni je free boleh join. Hehe



Sekian, terima kasih semua. Cepat try tau. 




3 comments:

Syazana Zainn said...

dulu kte pakai skincare loreal white perfect ni la hihi

ok dgn kulit, tp biasalah dah nama pun gegadis, pantang nampak skincare baru gedik la nak cuba hihi :p

uncle gedek said...

sekarang juga uncle keluar beli...!

hehe

Mohd Ariffin Abd Talib said...

bestnyer Eka. All the best