23 July 2014

Belum Raya

Hai semua. Selamat pagi. Gigih ni pepagi buta dah update. Biasalah dah nak raya, masuk opis pun takde hati dah ni. Hahaha melampau betul. Padahal lagi 2 hari nak habiskan kerja sebelum balik kampung mertua. Tahun ni first time beraya kat sana. Excited sikit. Walaupun sebelum ni pernah datang raya, tapi tu sebelum kahwin feel dia lain sikit. Tahun ni baju raye ada tema pulak. Masa bujang memang nonhodo nak bertema. Haha. Hubby pilih warna Tangerine Orange. Sebab baju kaler tu je nampak menyerlah masa kitorang memilih baju melayu dia. Tu cite baju, lepas raya lah cerita tempek gambo yer. Hehehe. 

Tahun ni raya dapat cuti lama sikit. Tahun lepas ingat lagi, raya ke 4 dah masuk kerja. Menyimpan cuti kahwin punya pasal. Tahun ni seminggu lebih. Bestttt. Korang plak berapa lama cuti raya?

Kat opis ni, ramai yang cari rezeki jual biskut raya, kuih raya. Ni penuh kat bawah meja dengan kerepek kiruk-kriuk. Tak tahu bila nak bawak balik rumah. Malas je nak angkut turun tangga. Hehehehe.


Ada popia simpul. Popia simpul ni sedap. Setiap tahun beli rase sama jer.
Inti dia tu sedap. Yang ni 1/2 kg RM 15.00

Ada steam fruit cake, yang ni engineer kat opis jual. Memang sedap. 
Dah rasa sample, sedap. Memang kena order lah. Hehe.
Dia buat sendiri je pulak tu.  

Ada gak kerepek pisang tanduk. Yang ni pun home made gak,
First time beli kat member, ayah dia usahakan sendiri.
Fav ni. :D

Yang lain tu kerepek ubi pedas, kerepek ubi tak pedas Alhamdulillah orang bagi.
Rezeki bulan mulia ni, ramai yang bersedekah.


p/s : Korang tahun ni banyak kuih raya tak? Tahun ni memang tak berkesempatan nak buat biskut. Semua tunjuk je. Kerepek je banyak beli untuk bagi kat rumah mak, rumah mak mertua. Rumah sendiri takde kuih raye, sebab dua orang je pun. Tak terhabis nanti. 





9 comments:

Jen Jen Areff said...

sama la tahun ni cuti seminggu. huhuhu.

Liyana said...

hi Eka :)
cuti seminggu jugak :D
thn ni beraya belah akk dulu muahaha

idzwa kamaruddin said...

kita sama bnyk!kekeke..

Cik Puan Eka said...

@Jen Jen Areff tula. alang2 je kan hehehe

Cik Puan Eka said...

@Liyana muahahaha. kite taun dpn baru giliran eka plak. taun ni mmg hubby request umah dia dulu.

Cik Puan Eka said...

@idzwa kamaruddin hehehe jenuh pg open house nie

merahitujambu said...

sedapnya kerepek2..xbeli lg.tgu laa mlm raya nk g jln tar

Azhafizah Md Nor said...

samelah kita beraya di rumah mertua..seronok suasana raya baru kan..takdenye fiza buat kuih..macam busy sangat je kan..heee..

Nastyna said...

kerepek ni laku sangat la time raya nnt, yer la orang pun dah lemau nak santap beskut dari rumah ke rumah kan. kami raya memang tak pernah ada tema pun huhuh.