02 July 2014

Kelebihan Buah Kurma

Semalam eka terasa sangat haus, sangat penat dan lesu. Pastu ada tanya pada kawan-kawan. Mereka kata cuba ambil kurma dalam 5 biji masa bersahur. Pagi tadi try. Alhamdulillah harini rasa lebih tenaga dan tak haus sangat macam semalam.

Terbaca di FB Kevin Zahri, mengenai kelebihan buah kurma.


Menarik kan kurma ni. Orang pregnant pun bagus makan kurma.

Sabda Rasulullah s.a.w 
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, 
kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, 
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
 bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Eka suka makan kurma madu Rotab Yusof Taiyobb (bisik skit) hihi.
Rasanya tak sampai dua minggu kot kurma tu makan sorang hehe.

Buah kurma ni antara buah yang terbaik dan disebut dalam Al Quran.
Kurma juga makanan Rasulullah SAW
Alhamdulillah tadi boss kat opis ni bagi kite kurma Nabi @ Ajwa,air zamzam.


Sejak kecik, eka tak pernah diajar tak sahur.
Punyalah garang nenek dulu (dulu duduk dengan nenek sebelum duduk ngan mak abah)
Kena paksa jugak bangun walaupun mata kuyu.
Tu yang kitorang tetap berselera walaupun bersahur hahaha.

Mak pulak time sahur lauknya semua sedap-sedap belaka.

Korang sahur selalu makan apa? Ada yang makan kurma dengan susu, ada yang tak boleh makan nanti sakit perut. Apa-apapun sahur adalah terbaik kerana dalam sahur ada pahala serta membekalkan tenaga untuk kita yang berpuasa.

Selamat berpuasa semua. 



9 comments:

Khairul Bariah said...

tips sahur yg baik..nice sharing :)
bab makan kurma tu mmg betul utk hilang rasa dahaga & boleh tambah tenaga sebab dah pratik.

Shark Kay said...

betuil tu.
shark dh amalkan nie,
lepas sahur cuba ler makan 3 biji kurma dan air segelas,
kalau x sempat sahur pn boleh amalkan.
mmg mujarab :)

Irfa said...

belum miss sahur lagi
tp kalau makan kurma dan minum susu
insha Allah siang tak lapar sgt

Daddy Ziyyad said...

kena bisik tau " yusufffff taiyobbbbbbb"

hahahah...

moga sihat sepanjang ramadan ni :)

uncle gedek said...

okey, nombor 6, uncle tak boleh buat!

haha

cik violet said...

sahur makan pelbagai stkt ni. Kadang masak nasi.

kadang susu dengan kurma atau cecah biskut :)

Sya Mimie said...

asslmkm eka..
mcm kita sahur kna mkan nasi sikit.. pastu kurma.. dgn hrapan nti bby pun xlapar.. alhamdulillah, stkat ni mmpu bertahan...

S. Faezah said...

kurma mmg fevret klu bangun ambat sahur..heheh

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Nice sharing eka.. sama la akak pun dari kecik nani(nenek) akak ajar bersahur..baru la tak penat siang hari.. cuma lepas nie akak nk try makan kurma time sahur jugak la..=D