21 July 2014

Proses Permohonan Kad Nikah (N-Kad) Negeri Perak

Ada rakyat Negeri Perak disini? Hehehe. Ada yang dah buat N-Kad? Atau ada yang belum buat N-Kad? Meh kita bagitahu cara-cara nak mohon N-Kad ni. N-Kad atau kad nikah ni rasanya dah ada dalam 3-4 tahun dah. Eka pun apply lewat jugak. Eka apply masa 2 hb Mei 2014, dapat kad ni 27 Jun 2014. Sekejap je kan siapnya. Hehe. Nak apply pun mudah.

Pertama sekali, sediakan :-

  • Lengkapkan borang permohonan (Nak ambil dulu pon boleh, atau nak isi masa datang ke Pejabat Agama Daerah kawasan anda pun boleh)
  • 1 salinan sijil nikah
  • 1 salinan KP Suami
  • 1 salinan KP Isteri
  • 1 keping gambar berukuran pasport Suami
  • 1 keping gambar berukuran pasport Isteri
  • Bayaran proses RM 40.00
Kemudian bawa semua ni ke Pejabat Agama Daerah masing-masing, kemudian apply. Kad akan siap dalam masa 2-3 bulan. 


Masa ni dah 5 bulan nikah, baru apply. Hehehe.
Tu pun bising dak apple, sebab eka tak ambik-ambik lagi gambar passport. 
Hahaha. 


Selepas 2 bulan setengah, dapat call dari pejabat Agama, suruh datang ambil kad,
dah siap dah.


Paparan hadapan kad. Senang ada kad ni, lagi-lagi pasangan PJJ.
Nak kemana-mana, bawak je dalam dompet masing-masing.


Ni paparan belakang kad. Tertera sekali nama wali dan saksi-saksi.


p/s : Lain negeri, lain prosedurnya. Kalau kat Wilayah Persekutuan KL, sehari je boleh siap. Macam buat KP. Hehehe. 




4 comments:

Noura Qifays said...

setiap negeri lain2 cara pengurusan dy kan? wahh! xsabar nak kwen plak rse.. hikss

Cik Puan Eka said...

@Noura Qifays ha ah betul tu Noura. lain negeri lain prosedurnya. Hehehe

Cepat kawen tauu

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Dengarnya kat Kedah pn dah ada..tapi akak tak apply pn lagi..senang kan ada kad mcm nie.. tak payah susah2 usung kertas lagi.. =D

Azhafizah Md Nor said...

fiza tak buat lagi N card..haritu nak buat masa balik kg tapi system down pulak..sudahnya tak buat lagi..