01 July 2014

Resepi Buah Melaka Yang Mudah

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada Bulan Ramadhan yang istimewa ini. Bulan Ramadhan ialah bulan rezeki untuk umatnya. Rezeki pula datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah swt berikan kepada eka. Alhamdulillah. ^_*

Tahun ni puasa agak berbeza. Lagi-lagi dah bekeluarga ni. Puasa pertama bersama suami. Alhamdulillah seronok hehe. Hari Sabtu haritu, lepas balik dari event Loreal di One Utama, kami terus ke kampung nenek eka. Sambut puasa kat sana. Masa sahur pun beramai-ramai. Seronok walaupun mata masing-masing kuyu je hahaha.

Hari pertama tu eka kurang sihat. Teruk betul dugaan, haus yang teramat. Nasib baik sibukkan diri. Eka buat buah melaka sebab nenek teringin nak makan. 


Orang biasa panggil Buah Melaka
Orang negeri Sembilan panggil Kelopong
Orang Kelantan/ Terengganu panggil Woh Kekoh Cha
Menarik kan nama-namanya hehe.

Mudah sangat-sangat nak buat ni.

Bahan-bahan

1 paket tepung pulut ( tak kisah kecik ke besar ikut kesesuaian)
1 cawan tepung gandung
1 jug air daun pandan ( blend daun pandan + air )
Pewarna hijau sikit
Garam secubit
Gula kabung
Kelapa Parut

Cara-cara: 

Campurkan tepung pulut, tepung gandum, pewarna hijau, dan garam.
Masukkan air daun pandan tersebut sikit demi sedikit, 
jangan banyak sangat air nanti lembik plak.
Ikut kesesuaian.
Uli sampai sebati. Siap adunan.

Potong kecil gula kabung,
Leperkan sedikit adunan di tangan anda, 
letakkan gula kabung ditengah, bulatkan. 

Susun di atas dulang yang telah ditabur tepung gandum.

Ambil periuk sedang, masukkan air.
Biar mendidih, masukkan buah melaka tadi.
Biar seketika, apabila buah melaka tersebut timbul di permukaan air, 
tandanya buah melaka telah masak.

Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.Siap

Seronok sangat berbuka kat rumah nenek. Makan ramai-ramai tu yang best. Bentang tikar, susun semua juadah. Pastu makan ramai-ramai. Memang ala-ala kampung. Tak sabar nak balik lagi berbuka ramai-ramai. 


Licin semua malam tu. Maklumlah ramai kan hehehe


Hehehe. Korang? Menyambut puasa kat mana?

9 comments:

MizzTina said...

meriahnya buka puasa reramai..

YnaRazali said...

bestnye lahai...bukk pose ngan kawan-kawan je. sobs

safurara said...

meriahnya! sedap buah melaka.ahhh terliur2.

Mimy Hamid said...

kiuh fav husbnad akak...tp akak beli je hehe..tak sempat la

mawar kamila said...
This comment has been removed by the author.
Nastyna said...

hahaha woh kekoh cha!! rajin kamu ni bagus la, better now? bestkan puasa sahur reramai.

uncle gedek said...

baca resepi....

.
.
.
.
.
.

Unlce beli je lah lagi senang... hehe

Sya Mimie said...

best berbuka ramai2.. kita klau buat buah melaka kaler merah... hihi

Azi said...

semalam baru buat kuih melaka ni. first buat jadi... mmgla tersgt senang