07 July 2014

Resepi Puding Karamel Bakar

Hari sabtu haritu adik request nak makan puding karamel. Tekak pun macam teringin je. Memandangkan puding ni senang nak buat, bahan pun ada, kita pun buat. Cuma kali ni resepi lain sikit sebab kite nak puding karamel yang dibakar. Selalunya kukus tapi serius kukus tak sedap sebab rasa cam bau telor. Hehehe tak tahu la orang lain kan, kalu eka, eka tak suka sangat kukus. Selalu eka buat dan bagi orang makan je. 

Resepinya mudah je. Kali ni takde step by step sebab lupa. Mudah je sebabnya kan hehe

Resepi Puding Karamel Bakar

Karamel

Ambil loyang, masukkan 4-5 sudu gula pasir, 
letak atas dapur gas, kacau sehingga gula perang. 
Dah perang ketepikan. Kita nak buat pudingnya.

Puding

3 biji telur
2 butir kuning telur
400ml susu segar
4 sudu gula pasir
Esen Vanilla

Caranya campurkan kesemua bahan tu, Kacau sampai semua sebati.
kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih.
Kalau berbuih, nanti puding kita banyak lubang.

Lubang sikit tu normal. 

Lepastu tapis. (tapis penting sebab nak tekstur puding yang lembut dan tak berketul)
masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi,
bakar menggunakan kaedah stim bath dengan suhu 200 selama 40-50 minit.
Bagi yang nak tau kaedah stim bath tu meh klik sini.
TQ Owner Blog Dassyworld.

Bila dah siap, eka sejukkan dalam peti ais, lepastu lorek sikit tepi dia untuk keluarkan.
Alhamdulillah jadi. 

Ini dia eka punya puding karamel bakar


Serius sedap. Hehehe puji diri sendiri.
Tapi memang sedap sebab mak eka pun makan.
Selalu dia tak sentuh puding ni.

Mungkin sebab bila bakar, telur dan susu tu dimasak,
ada satu rasa yang umphhh susah nak cakap hehehehe.
Tesktur pulak lembut macam taufufa.
Memang sedappp.

Korang boleh cuba nie hehehe.





11 comments:

Lynda Che Lah said...

suka..tp tak suka buat sbb malas..heheh..tp klu beli pun tak sedap mana kan

Teacher Basariah said...

terliurla plak..

MizzTina said...

siap bookmark nko..hahaha.. mekaseh dik

Fyna Ahmad said...

waaaaa.. nampak menyelerakan.

Azrin Rahim said...

yuhuuuu..nampak sedap.. kalo rase grenty sedap.. hehe

PinKy MoMMa said...

macam senang..akk nak cubaaa jg hahaha..thanx eka ;)

Nastyna said...

i pun kalau buat mmg versi bakar jer, rasa terbakar2 dia tu yg sedap kan. ohhh lama sunggoh tak makan ia.

Huda Luna said...

nak tiru resepi nanti!

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

tengok pun dah tahu mesti sedap nie..=D

Azhafizah Md Nor said...

boleh try resepi eka ni nanti..xpernah lagi bakar..

Mrs Mama said...

Buat banyak kali dah ikut resepi ni. Stakat ni antara resepi yg tersedap. Yg lain kadang lembik..dis one juz nice silky smooth. Yg paling penting sgt2 senang..campak2 10 min then tinggal dlm oven, terlupa pun takpe sbb steambath.. then tadaa siap dessert. Tq for d recipee