23 July 2014

Terima Kasih


Terima kasih untuk semua pengunjung blog ini. 
Terima kasih kerana masih bersama saya yang kuat merepek ni kadang-kadang.
Selama 4 tahun saya berbelog, mana mungkin saya nak tinggalkan belog ini.
Yang banyak bersama-sama saya.

Macam biasa, bukan semua suka saya.
Kadang tak kenal pun, tapi ada gak yang menyampah T___T
Yang penting tak kacau orang, buat hal sendiri sudah hehehe.

Walaupun kekadang tah hape-hape yang diupdate
dengan resipi-resipi sendiri, dengan petua lah, tutorial yang seketul dua.

Dengan berbelog jugak saya kenal macam-macam orang.
Pelbagai golongan kerjaya dari suri rumah, para ibu-ibu. (suka tau baca blog ibu2) hehe
rakan sejawatan, rakan seusia, akak-akak,adik-adik,abang-abang,
pensyarah, doktor - doktor yang baik hati, cikgu-cikgu yang selalu datang sini,
owner bisnes online, artis blogger dan sebagainya.

Terima kasih.

Sepanjang saya berbelog ini jugak, saya dapat bertemu empat mata,
dengan ramai kawan-kawan blogger yang baik hati.
Bukan setakat jumpa je, siap tolong menolong lagi.
Luas dunia blogger ini sebenarnya. Antara sedar dengan tidak sahaja.

Saya ni jarang pergi ke event-event, kalau ada yang saya pergi pun,
itu memang free sangatlah tu. Terima kasih sangat bagi peluang pada saya.

Disini, saya tak harapkan apa-apa,
cukuplah saya ada pembaca-pembaca semua.
Saya tahu ramai silent reader kan kan. Hehe

Terima kasih, sekian.
Mari nyanyi lagu 150 juta dari KokPing Jamal. Hehehehe tetibe.

p/s : Lapaq perut baq hanggggggggg.



13 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Wah PV dah sejuta...Tahniah eka..keep it up k..=D

eima said...

tahniah .....tah ai suka je kadang tu jd silent reader

Hafizin Jamil said...

wahhhh..cik eka ni tergolong dalam artis blogger juga ni. haha

uncle gedek said...

uncle pon menyumbang nombor tu nauk, tau...!

hehe

Azhafizah Md Nor said...

banyak tu..tahniah tahniah tahniah

mrs.aziz ummi aariz said...

wah bertuah akak dpt kenal dgn blogger terkenal ni....hehe...teruskan menulis tau jgn la private kan lg....akak suka cari resipi dlm blog ni....

Cik Puan Eka said...

tq kak mrs secretary. jarang update pon ade gak yang masuk.

Cik Puan Eka said...

eima. kite pon suka jadi SR gak kekadang hehehe

Cik Puan Eka said...

hafizin. Nonhodo lah nak jadi retis blogger. org tak kenal lagi bagus hahaha

Cik Puan Eka said...

tq uncle gedek... hihihi selalu masuk blog saye

Cik Puan Eka said...

fiza tq. :D

Cik Puan Eka said...

kak thaibah hehehe haritu private sbb nak test rupe baru blog ni la hahaha. Godek2 baru harini tekad nak tuko

Nastyna said...

eh juta ker tu? (maaf saya buta nombor, serius). wahh tahniah...