02 August 2014

6 Raya

Hai semua. Kejap je masa berlalu. Dah dekat seminggu raya. Tapi esok jalan raya lagiii. Balik KL kejap pegi umah kak ipar buat makan-makan.
Rasanya berkilo naik ni :p.
Gambo makanan pon berlambak dalam henpon. Tak kurang gak selfie laki bini haha, sahabat semua.
Macam mana dengan raya korang?
Tahun ni raya lain sikit. Satu pengalaman baru cium tangan somi,mak ayah mertua. Alhamdulillah. Terima kasih Allah swt atas kurniaanMu.

Petang raya jenuh la somi ngacau rendang daging & ayam omak ehh. Semua guna dapur kayu. Menarik. Rasa sedap sangat.



Pepagi raya kami dah ke potdetsen ke rumah family ayah mertua. Melawat sekali atok suami. Masih sihat umur 80 lebih. Ada gout sikit.  Kuat betul ingatan atok tu. Makan pon semua sedap2 berselera makcik2 suami masak. Segala rendang ayam,kerang,daging,lontong,lemang bla bla bla.

Raya kedua ke Pilah plak. Pastu ke Serting,Rembau ke rumah family ipar duai. Kenyang makan.
Raya ketiga balik Perak. Wahh bestt. Macam2 mak masak. Balik.kampong nenek opah. Makan lagi sedap-sedappp.

Tadi ada kesempatan beraya rumah kengkawan kat kampong. Lagipun ramai tak balik kerja lagi sebab diorang pun masuk kerja minggu depan. Seghonok la raye bawak suami merasa berjalan raya. Yela sebelum kawen lain hehehe.

Harini tempek gambo maklong ngan Zara. Anak buah tecit kesayangan ni. Paklong tukang tangkap sorry paklong gambo tak masuk hahahaha. Nanti orang ngorat paklong plakkkkk. Hahaha..
Nanti kita update lagi hokeyyy. Tatatatatatatata. Update pakai hp. Caption kat gambo pun tak boleh taghukkk. Aidoyai


P/s : Rasa nak cuti lagi lama laaaa hahaha.


9 comments:

Hafizin Jamil said...

okay dah tu dapat blog pakai hp panjang macam tu. hahaha

imanina zahri said...

Zara sangat cute okey! Suka tengok muka dia. Lembut jee. Hihihi

Cik Puan Eka said...

Haha gigih okey mokcik taip guna henpon ni. Lecehh asyik typo jerrrr.

Cik Puan Eka said...

Kann iman. Cam maklong die kikikikiki.. Die muke mmg lembut kekadang ngamuk fuhh. Bebudak kan hehe

Sya Mimie said...

asslmkm eka.. lma dh x singgah sini.. first time raya sbg wife kan.. kita pun rasa lain..hihi

Cikda said...

salam eka, selamat hari raya dan maaf zahir batin..

amboi.. makan je kerja dia..sekali tgk gambo kanmain selim.. nyampah tau... huhuhuhu

Semut Senyum said...

Ekaaaa....... i'm back! Lama betul tak jejak blog eka ni... waaa... dah baru.... dah matured dah blog eka... alhamdulillah....

rindu eka!

Nastyna said...

comelnbya baby ngan orang yang mendukung dia tu... insya allah ambik berkat :)

eh masak pakai kayu kayu ni best dia lain kan, smoked taste tu yang buat mahal.

lagi sekali selamat hari raya yer cik eka.

Chekgu Azrine said...

Salam perkenalan pn eka..
Bestkan raya sbg isteri..nanti dh ada anak lagi best sbb syiok nk siapkan anak2 utk raya