13 August 2014

Alicia Dress From ZAWARA

Hai semua, selamat pagi. Dah hari Rabu lahhh. Kejap je masa berlalu kan. Harini nak review satu lagi butik online popular yang maxi dress dia sangat cantik dan menarik. Mesti kenal kan, ZAWARA. Modelnya Anzalna, Engku Sulwani tu hehe. 





Masa bulan puasa haritu, saya beli lah satu maxi dress dekat Zawara untuk menambah baju raya sekaligus jadi baju tak raya haha.. Macam biasa, order harini, esok dah dapat. Service sangat bagus. Saya pilih Alicia Dress. 


With 


Ni lah Alicia Dress colour Jade Green.

Untuk yang tinggi standard, pun ada saiz standard untuk awak2 semua.
yang penting tengok betul-betul dekat carta saiz yang disediakan.

Untuk yang tinggi 164 cm ke atas, jangan risau. 
Ada yang labuh punya. 
Harga pun berpatutan RM 99.00 sahaja. 
Material tebal , tak jarang dan tak panas.
Siap ada zip dekat kedua-dua belah tangan untuk memudahkan kita berwudhuk.

Biasanya kalau saya beli dress, mesti singkat. Kadang tu rasa macam susahnya.
Susah nak cari dress yang labuh sebab saya tinggi. 
Kadang-kadang bagi dekat adik jelaaaa sebab dia rendah hehehe.

Yang saya pakai ni saiz L ( Tall )
Puas hati tengok dress ni labuh tak singkat macam selalu.

Jom shopping 



Bagi yang nak shopping secara offline di Zawara, Zawara ada juga butik 
contohnya di Bandar Baru Bangi, Damansara, Wangsa Maju.

Klik sini untuk senarai butik ZAWARA





8 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Seriously cantik sangat eka pakai dress nie.. aku pun masa raya hari tue dok berkenan jugak dengan koleksi Zawara nie..butik dia pn baru jer bukak kat tempat akak..cuma belum berkesempatan nak p terjah lagi.. ishhh bila tengok eka pakai rasa mcm hari nie jugak nak p terjah! =D

Anis Adila said...

cantik :)

kena pergi beli ni..

Lynda Che Lah said...

tinggi akak 152cm je..mmg teringin pakai tp takut labuh sgt..klu alter tak cantik plak kan..huhu

eima said...

wahh cantik ... tp aku nk try gak tp .. byk sungguh tapi ... har har har ...

aku kurus rasa tak konfiden pakai bj canm ni

Eimma Esmail said...

Cantiknya dress tu kak ika ;)

Fieda Redzuan said...

design dia cantik2.. haritu sempat beli satu dress buat pakai raya kat zawara jb yg baru bukak tu.. hehe

Sya Mimie said...

cantik.. kena dgn eka.. :)

kehidupan sihat said...

cantik je..betul,kadang2 beli online mesti singkat..huhu..
zawara just perfect..kain sedap,design pun ok..pernah beli sekali .sangat berpuas hati. :)

salam perkenalan sis

jemput ke blog nana. :)