26 August 2014

Buah Tampoi

Hai semua, selamat petang. Amboi, sejuknya petang ni. Baru lepas hujan. Musim hujan macam dah kembali je ni. Petang ni cerita pasal buah lah. Bukan buah hati. Buah tampoi. Penah dengar ke? Buah tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea Macrocarpa. Ala nak senang, tampoi aje. Hehe.

Dulu selalu makan buah ni, arwah atok selepas pencennya, selalu benar masuk ke hutan. Ni kan buah hutan. tapi sekarang kalau nak, pegi beli je yer. Sekarang ni tengah musim. 

Last weekend balik rumah mertua. Saje ikut jalan lama. Bersepah orang jual buah tampoi + cempedak + duku langsat bagai. Nak singgah malas sebab semua hala seberang sana. Kebetulan pula, malam tu abang ipar ada bawak buah tampoi. Merasa lah sebiji tapi macam takut je nak makan sebab kaler isi dia. Biasanya isi tampoi kan warna putih. Ni warna kuning engko. Dalam hati eh ni wild punye ker? takut mokcik sitipahkebabom ngan pakcik daud hokeh. Ni ha rupa buah tampoi isi kuning.


Rasa buah tampoi kuning ni lain sikit ngan yang isi putih.
Ni bau dia kuat sikit.Tak tahulah nak cakap bagaimana. Haha.
Kalau isi tampoi putih, rasa macam rambai,
tapi isi rambai mempunyai kandungan air yang banyak.
Isi tampoi ni rasa dia macam padat, masam manis.

Boleh la cuba beli, sekarang tengah musimnya. 

Jadi, balik semalam macam nak beli pulak buah tampoi isi putih.
So sepanjang jalan balik kolumpo tu, kami singgah  satu kedai kat tepi jalan.
Ni siap pesan kat hubby, beli isi putih. Takut nak makan isi kuning hahahaha.

Nasib la ada. Tu pon makcik tu tanya hubby.

' apohal ekau taknak tampoi isi kuning ni ha?
 punyo ramai orang suko kuning punyo sampai ado boli 50 hengget tau, 
ekau lak nak yang putih yo ni?

paham kee? paham-paham sendiri la ye haha 

Somi cakap, ' kami takut makcik, tak biasa, hahaha'

So, nilah rupa tampoi isi putih. Tapi ni hasil den google yo. 
Ado kek umah tampoi eh, malas den tangkap tadi.


Sumber gambar [ Sini ] Terima kasih owner blog.



Korang, penah makan buah tampoi? 


7 comments:

najihahfara said...

1st time tengok buah ni huhu

sYiRa LoKMaN said...

rasanya pernah makan buah ni sekali..nak lagi !

Nastyna said...

tak pernha makan!!! baik yang putih, apatah lagu kunen.

shaFazie said...

buah tampoi ini pun ada seakan serupa buah duku langsat/langsat kan eka..

yana_popeye said...

yana makan masa kat Sarawak , tampoi dia isi merah . cantik macam buah delima .

eima said...

tak penah mkn ...sedap ke wei

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Akak tak pernah makan lagi la buah nie..huhuhu