14 August 2014

Juadah - Juadah Raya

Hai semua, selamat petang. Perut masih berada dalam mood kekenyangan sampai tak makan la lunch tadi huahuahuahua. Pagi tadi opis ada buat jamuan raye. Banyak gerai dibuka. Ada gerai roti jalan + durian , nasi impit + kuah kacang, lemang + rendang ayam, nasi ayam, mee kari ketam, fresh durian, gerai cendol, gerai air tembikai. lepastu ada gerai-gerai lain juga yang tak sempat nak ambik. 

Tapi dalam entry ni , saya himpunkan aje semua juadah raya pertama sampai la tadi. Hahaha. tak banyak pun gambonye. Dah digabungkan. Tu pun ada lagi dalam henpon somi. Henpon dia gambo clear. Henpon kite cap hayam jewwww.

Cuci mate ajerlah komer yer.


Yang ni lemang pak mertua ngan rendang kerang mak saya.
Sehari sebelum raya balik umah mertua, tengok pak mertua dah siap melemang.
Sebab setiap tahun ayah selalu ambil tempahan lemang untuk jiran-jiran taman.
Lemangnya memang sedap. Lemak merdu gitu.

Ditambah dengan rendang kerang, kami biasa kat Perak.
Kalau raya ada rendang kerang. Cicah mo lomang, molotupppp.
Ni pun mak masakkan sebelum kami bertolak balik beraya di Seremban.
Terharu rasa tengok pepagi mak dah kopek kerang untuk buat rendang.

Tak dilupakan rendang ayam dan daging mak mertuo. 
Somi kata, boleh gila kalau makan rendangan daging maknyer hahahaha.



Ni plak mase raya pertama di Port Dickson, rumah adik ayah mertua.
Punyalah berselera mokcik makan. Yelah lapar sangat pulak.
Sampai dah tengahari.
Ada juga menu lain macam lontong semua tapi takde snap gambo plak hewhew.
Malas sebab kekenyangan haha.


Ni boleh kira juadah ker?
Hahaha
Ni buah ceri melayu, sebelah umah makcik somi, kemaen tinggi pokoknya.
Tengok suami amikkan untuk anak buahnya, sekali dia hulur sebiji kat kite.
Sedap. Manis.


Ni pulak laksa kaklong biras. Ni dokek Serting Ulu umah mak ayah biras saya.
Laksanya sedap giles dengan pekat + masam.
Masa tu dah petang, baru lepas ujan, memang layan makan panas-panas.


Ni plak, sebelum bertolak balik Perak, singgah umah kawan suami setaman jugak.
Pepagi dah hidang Laksa Penang. Pon sodap jugak. 
Pedas. Orang Nogoghi sememangnya suka pedas.
Nasib lah tekak saya pon suka pedas. Memang melayan.


Ni soto mak masa raya ke empat. Masih di Kampung nenek.
Makan tengahari pon belasah soto jugak. 
Kat kampung cuaca panas masa tu, kitorang berdua laki bini bawak soto,
terus pergi ke beranda nenek. Halakan kipas, sambil makan soto tengok orang lalu lalang.
Hamekk. Pedas berpeluh-peluh fuhyooo.


Ni seminggu raya, balik KL kejap. Rumah kak ipar.
Dia buat makan-makan sefamily + rumah terbuka sekali,
Ni pun ada laksa jugak.Ada mee kari, bubur kacang durian, rendang ayam.
Pak mertua pulak masak sup ikan panas-panas.
 Rasanya masa raya haritu,
kami makan laksa hampir 7 buah rumah.
Sampailah dah tak larat nak telan,saya cuma hirup kuah laksa + timun.
Pun sedapppp hehehehe.



Yang ni masa beraya kat rumah opismet saya.
Sedapp. Jangan tak percaya, mee goreng tersebut ada petai tau.
Terkejut somi tengok mee goreng ada petai hihihihihihi.
Tapi tengoknya somi pun dah berlidah petai. 
Kalau kita ulam petai, dia pun ikut jugak.
Cuma durian dengan tempoyak je dia masih tak boleh makan, tak boleh bau.
Amboi macam omputeh....... kuikuikuikui
Tu sejak mula-mula kawan 6 tahun lepas, dia dah cakap tak makan durian.
Ada jugak try suap, tak boleh! hahahaha.


Ni baru je berlaku tadi. Sedappppppppp


Mak aiii penuhnyaaaa meja kitorangggggggggg.

Sekian, PahBedah bini pakcik daud melaporkan berita tentang juadah hari raya.
terima kasih. :D

p/s : hujan, sejukkk. Cepatla pukul 5.


8 comments:

eima said...

meriahnye makanan .....
beshnye beraya ....klu dpt mkn sedap2

Sya Mimie said...

asslmkm eka.. waaa, banyaknya mknn.. terliur tgk.. dgn laksanya, rendangnya.. aduhai.. bertabah je la tgk..hehe

Adinda Baizura Mazlan said...

Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

Hannah Sytieh said...

teringin mkn lemang with rendang.. xberkesempatan lg mkn lemang.. sobsobsob..

Iryns Ahmad said...

amboi sakan perut kita...hihihi..laksa!faveret kot....mgu ni ada juadah raya lg x?hikhik

shaFazie said...

woww banyaknya menu yang best2 ini eka..
Lagi2 tang soto itu sodapp je ;)

Amanda Suria said...

entry ni sgt x aci sebab Eka pun tayang makanan...huh...jeles..nak2 bab laksa tuh...

SYAFIQAH RUSLI said...

dapnyeeee...dulu kat kampung ad je pokok ceri..tp xberani nk rase...bil da xde teringin plak...BTW, baru follow awk..kalau rajin singgah2 la...www.wtihlovekisses.com