07 August 2014

Kasih

Tatkala ini. Kekasih halalku lena dibuai mimpi. Kupandang wajahnya.

Lena, sayang.

Entah apa dimimpi. Mungkin memetik buah jambu? Atau berlari-lari di tepi sungai. Ahhhh memandai.

Entah kenapa. Suka benar aku menatap mata pejamnya. Nampak tenang.

Cepatlah siang. Ingin aku melihat senyumnya.

Penat, ya pasti.

Seharian dengan tugasan. Mahunya tidak penat. Bunyi dengkuran sudah tahu betapa letihnya dia.

Belum lagi tugasan hakikinya. Semoga kamu baik-baik sahaja menunaikan tanggungjawabmu untuk aku dan keluargamu.

Aku masih belum dapat melenakan mataku. Seharian aku dirumah. Entah berapa kali aku terlelap. Memang patutlah mataku tidak mampu dipejam-pejam.

Rancangan di kotak siaran entah apa cerita dirapukan. Aku tak faham. Kubiarkan. Sambil jemariku meniti di setiap blog-blog yang menjadi jamuan mata dan akalku setiap hari.

Kepada Tuhanku Allah swt yang satu. Moga kebahagiaan ini yang Engkau titipkan buatku, berkekalan hendaknya. Sesungguhnya. Kasihku padanya atas izinMu ya Tuhanku.

Kurniakan kesihatan yang baik buatnya juga buatku. Juga orang disekelilingku.

Murahkan rezeki kami dan juga orang disekelilingku jua.

Juga selamatkanlah saudara-saudara seagamaku.

Selamat malam. Moga lena tidurnya. Esok, kelangsungan hidup diteruskan.

Dari Kak Sitipah kebombom bersiaran dari Selangor.


1 comment:

nana kimie said...

Hihi..ayat last tu lucu pulak ^^