28 August 2014

Kisah Pisang Goreng

Satu petang,dalam pukul 3-4 petang. Sepasang laki bini melalui jalan Labu untuk ke Seremban. Mereka bernama pak daud dan makcik sitipahkebombom 
(bukan nama sebenar sebab mereka takut dingorat phuiiiiii)

Pak daud sengaja memilih jalan lama kerana dia rasa nak singgah tepi jalan membeli kudap-kudap sebab pak daud suka beno kekudap dimakan dipetang hari. Makcik sitipah tak heran. Ikut aje.

Lalu. Ternampak lah warung seorang pakcik tidak diketahui apa namanya ah gasak. Ada menjual pisang goreng. Lalu pakdaud beli dua hengget.

Sampai dalam kete. Pakdaud share lah dengan makcik sitipah. Pakdaud dan makcik sitipah mendapati pisang goreng tersebut sangat sedap sampai rasa nak pengsan!!
*baca dengan nada excited tau! :p

Dengan rangupnya tepung. Minyak pon takde bergenang berlinang. Elok je dry dry gitu.  Ditambah pisang nipah ke apatah dengan pisang abu perghh. Paham tak manis pisang,lemak merdu dia tu. Susah nak cite la.

Lalu menyesal lah pakdaud beli sikit. Makan punya makan, bersaing dengan makcik sitipah,tinggal dua ketul. Makcik sitipah dan pakdaud terbehenti makan sebab rasa sedap sangat. Kot lah kan.

Tetiba makcik sitipah tegur lakinya.

'eh awak. Ngape tak habeskan makan. Kan ada dua?

Pakdaud pon jawab.

'eh awak nak lagi ke? Makanlah wak.'

Makcik sitipah kata,

'eh mestilah nak! okey. Awak satu,saya satu. '

Maka dengan gembira mereka makan. Maklomlah pisang goreng tu sedap.

Bila habis, pak daud cakap.

'tadi tu saya tak makan sebab tinggal dua,saya ingat saya nak habiskan semua. Sebab saya fikir awak taknak dah sebab selalu awak taknak. Tapi saya tanya, tak sangka awak nak pulak! Melepaslah saya nak habiskan semua' sambil senyum-senyum lebar.

Hamboiiiiiiiiiiiiii. Haha patutlah stop makan. Dia ingat makcik sitipah taknak dan dia mahu makan semua. 

Pakdaud sangka,makcik sitipah akan cakap 'saya taknak dah,awak makanlah semua'.

Tapi nasib baiklah Pak daud mengingati isterinya lalu ditinggalkan sikit untuknya. Terharu benar makcik Sitipah. Rasa nak berlari-lari je. Haha

Tapi pakdaud lupa. Pisang goreng tu kan sedappppppp!

Sekian.

Moralnya disini, apabila suami makan, haruslah mengingati sang isteri. Jangan makan semua tanpa meninggalkan si isteri barang seketui dua. Gitu. Barulah isteri gembira terharu. Sebab si isteri selalu mengingati suaminya setiap kali makanan disuap kemulut. 

Salam dari Pakcik Daud dan Makcik Sitipah dari Selangor,Malaysia.


Ni bukan pisang goreng hari kejadian.
Ini pisang goreng yang Pak Daud beli lepas balik kerja untuk Makcik Sitipah.
Tapi ini pun sedap. Menurut Makcik Sitipah, pisang ni pisang nangka dan pisang tanduk.
Sedap dia toksah cita kat sini lah. Terliur je nanti kan.
Dengan cicah sambal kicapnya. Pergh. 
Mahapkan mereka ya bercerita mengenai pisang goreng
 kerana itulah kegemaran mereka. Hahahahaha..

Mahapkan saya kak Nas yang jauh di Berlin.
 Saya memang dah draft cerita ni semalam. 
Tu intro dia pasal pisang goreng. :P





12 comments:

mrs.aziz ummi aariz said...

pisang goreng tu dia jual sekali ngan sambal kicap ke....sedap nye pisang goreng cicah sambal kicap....

Cik Puan Eka said...

a ah kak. Kan Johor punya style. Cicah sambal kicap pergh meletop ehehe

Lynda Che Lah said...

akak selalu buat air utk abg long semug besar.dan selalu abg long akn tanya bila tinggal separuh,awak nak tak?dan biasa juga akak akn minum gak seteguk..yg pnting ingat isteri sbb isteri selalu ingat suami dlm apa hal pun..hihi..lgpun mkn minum berjemaah ni sedap..

Cik Puan Eka said...

Hehehe kan kak, makan berjemaah sedap. tapi biasanya mmg akan tunggu makan sama2. Tinggal sikit pun rasa amboi terharunya nak menitik air mata hahahahaha

Ellina said...

my febrettttt...slalu klu time kje klu en somi keje lua n lalu kt ofis sy mst die blikn greng psang + kepok leko..sedapnye..sbb die tau bini die cpt lapo..mkn nasik tgh hari xckop, trpkse blikan untuk mnum ptg pulak
haha

Cik Puan Eka said...

samelah kitorang punya fav juga ni. Sama plak fav dengan pakcik daud n makcik sitipah ni hahahaha

Nastyna said...

hahahaha adoi la mkciksitipahkebombom pun.. eh u main main nama anak I eh, maghah ni maghah hahaha.

amboi.... ritu intro i dah sentap, ini siap diguris2 perasaan i dengan setiap perkataan pisang abu pisang nangka segala uwaaaaah takmo kawan.

Kenapa yerk, kalau makan jer mesti nak tinggal secebis dua, nak tapi malu nak habiskan. tapi bagus la pakdaud beringat juga walau dalam hati doa bini takmo haha.

Cik Puan Eka said...

hahaha ekceli nama tu orang bagi. i terlupa plak anak akak nama sitipah jua tapi dia tiffany kak. kalah sitipah ini hahahaha

hahaha saje nak bagitahu pisang nangka sedap tau. hahaha ala akak ada cavendish kan. goreng je tu. sedap jua hahaha

ha tu lah yang nak ditekankan disini. Memang suke kan orang laki tinggal seketui dua. Mereka nak tapi mcm ajak2 ayam jeeeeeeeeee hahahaha

Hannah Sytieh said...

perghhhh. sedapppp niiiii. nak sikek..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

akak tak pernah makan pisang cicah dengan kicap.. sedap ek...=D

Cik Puan Eka said...

Hannah sedap la yang oi. Hahahaha

Cik Puan Eka said...

kak seketeri. A ah sedap kak. Manis2 pedas camtu heheh