02 September 2014

Rindu Awak 1000%


Hai semua. Kejap, sebelum balik update lagi satu entry. Korang, ade tengok cerita ni? Aku. layan la jugak kadang-kadang. Kalau ada mood nak menengok lah kan. Last tengok cita pukul 7 ni masa Mr Arrogant, Kerana Terpaksa Aku Relakan. Tu pun suka sangat ngan Abang Zen hahahahah. 

Tapi hubby aku suka tengok cite ni. Masa bulan puasa, sementara tunggu azan tu bukak cite ni. Dah dia pon minat pulakk. Aku syak, dia suka tengok badan sado si Abg Zill Faezrul tu gamaknya. Sebab dia suka badan ketul-ketul yang light light gitu.

Semalam punya episod dengan dulu semalam punya episod, menyirap je aku tengok dengan si Irine eh nama pompuan yang nak merampas abang Zill dari Mell tu. Aku tengok ramai je yang update mengenai kebodohan si Irine tu kat status facebook. Hello, kalau aku jadi Mell pun aku ngamuk. 

KO GILE IRINE, cakap sayang, cinta kat laki orang?? Ko sapa? Gitu. PERLU KE nak cakap time lepas si Zill tu dah berbini. Nak buat bini dia cemburu pastu bergaduh gitu????? Banyak cantek muka kauuuuu! Kalau dekat, senang nak jumpa, dah lama aku cili-cilikan eh eh eh. Bukan susah sangat nak cari orang yang suka cari pasal camni skang. Facebook ade. Taip je nama, keluar lah. Hahaha. Tapi tu kalau yang tak pernah depan-depan la. 

Eh emo plak aku hahahahahah.  Gile tak emo. Laki kita kut. Sapa tak sayang laki. Kot ko nak syok syok sebelum kawen, tak delah heran sangat, belum kawen kan. Ada batas lah jugak. Ni dahla Armell tengah pregnant. Ko tau pompuan pregnant dia punya emosi macam mana?? Hahaha macam si Irine ni baca plak, berlakon je pon.

Tapi betul la. Cite ni banyak pengajaran. Mengenai hubungan somi isteri. Apa-apapun Zill sedaya upaya nak jaga hati Armell. tapi naluri seorang isteri. Tu memang perasaan yang Allah swt bagi. Tu pasal Mell merajuk je tu.

Sebagai perempuan, kita kena jaga maruah kita. Seronok ke kita tengok perempuan lain bersedih, kerana kita yang menjadi perosaknya? Kita buat kat orang, esok-esok orang buat kat kita. Apa jadi? Jangan jadi perosak rumah tangga orang. Biarlah orang tu bahagia. Nanti kome pon kawen juga. Tak elok ganggu rumahtangga orang okey.. 

Pengajaran juga buat aku,bagi yang dah kawen. As a wife. Jangan layan tak elok kat suami. Tahu tak suami tu lubuk pahala buat kita para isteri ni. 

Pengajaran juga buat para suami, alert sikit apa yang wife tak suka, tak berkenan. 
Jadi suami yang baik, memimpin isteri, jaga anak dan isteri. 

Dua-dua jangan ego sangat. Lek lek. 

Lagipun, bukan semua orang sempurna. Kalau kita buat silap, suami buat silap. Tegur sesama kan.  Kalau cemburu pun jangan lebih-lebih sangat. Cemburu biasa-biasa tu normal lah. 

Apa-apapun takzabarrrrrrrr takzabarrrrrrrrrr tunggu hari Isnin episod last. Episod last aku suka tengok. Hahahaha.


p/s : Selalu wasap2, rindu awak 200%. Alahai tak kan 200% jer? Kasiklah 1200%, 10000% ke hahahahahahahahahaha...

Update 02/09/2014 : Semalam aku tak sempat tengok dari mula cite episod last ni. Sebab aku ngan somi baru sampai umah pukul 7.30 hahah. Tau2 Zill dah duduk dalam ward, pastu beranak, pastu ada anak pastu bahagia pastu habis. Happy ending. 





3 comments:

Nastyna said...

Nak i review citer ni??? muahaha I tengok lompat2 sampai episod 5 jer, terus tutup siaran..kenapa? bosan... gitu. ker lepas2 tu lagi best? I kureng minat watak mell yang bercakap macam berlakon teater. hehehe tapi si zill tu i siap mimpi2 pulak (dah minta ampun ngan somi) hahahaha

Eimma Esmail said...

hee... ima pun layan gak kak eka. mmg salute ah dkt zil. oh, kalo dpt somi cenggituuuu... best saangatttt! hahhaha

Elya Roza said...

Hehehe.. Start suka dgn zul arifin lps tgk citer ni hehe