26 August 2014

Roti Telo

Selamat pagi semua. Sejuk sungguh pagi ni. Musim hujan dah mai dah.

Last week, entah apa dimimpi dak apple yang tetiba request nak makan roti telur goreng. Apakah mengidam ni? Hahahahah. Padahal dia tengok kat page rotikaya post gambar roti telor. Hahahaha.

Sebenonye aku tak suka sangat roti telor ni sebab rasa macam banyak minyak je. Tapi kalau dah somi yang request, tidaklah sampai hati ini nak membiarkannya. Weekend tu pulak balik mertua. Tengok roti semua ada. Boleh la buat. 

Pagi Ahad yang indah, dah menggoreng roti telor tersebut. Resepi jangan ditanya. Mudah amat. Telor,susu segar,garam dan serbuk lada. Dikocak2. Celup kan roti tersebut. Cuma masa nak goreng, letak minyak + butter sikit. Serta jangan lupa masukkan ikhlas dan rasa kasih sayang. Goreng dan siap.

Cicah dengan sos dan mayonis time roti tengah panas. Ditambah dengan kopi O dan teh O panas. Pastinya pagi ahad menjadi lebih bersinar-sinar dengan pancaran cahaya matahari. Amboi imaginasi sangat melampaui. Tapi tak berminyak pulak. Eh sedap. Aku pulak beria makan sama.


Roti tulur.

Ade idea nak breakfast pagi ni, ke esok kan kan. 


p/s : Goodluck yang amik exam KPSL harini. Ramai orang opis yang amik exam tersebut. 




7 comments:

Sya Mimie said...

asslmkm eka.. :) selamat pagi..

dulu kita raji jgk buat roti telur.. sekarang malas dah.. hehe

Cik Puan Eka said...

waalaikumsalam mimie. Kita pon sama. Jarang buat. Sebab jarang makan kan. Kita pepagi selalu roti calit butter n kaya @ nutella @ strawberry jem je hehe

fatihah fazlin said...

Selamat pagi kak eka.. opis nik pun ada dua tiga org ambik exam kpsl ni..

Jen Jen Areff said...

Cik Abg kite pun suka roti telur. Simple2 jer kan. heheheh

Nastyna said...

selalu orang goreng minyak penuh kuali kan.. memang sangat la serap minyak. akak sellau goreng dalam non stick pan, tak buh minyak langsung pun boleh, sedap jer jugak. hmm ada jugak idea nak bekpes esok ni.

eima said...

aku suka bila diorg pi exam ...sbb jalan lengang kat putrajaya ... slalu klu aku keluar dr rumah pukul 7 anto anak2 ....pukul 8. gitu br sampai hari ni pukul 8.40am dah sampai ....

slalu2 buat exam pun xpe

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Roti nie mmg senang jer nak buat.. jgn letak minyak banyak... sikit2 pn dah okey..good luck utk exam k psl yer..=D