28 August 2014

Tangan & Lisan




Kita-kita ini semua, bukanlah sempurna segala segi.

Ada buat silap, pasti. 

Itulah manusia. 

Tetapi silap sekali bukan bermakna buat silap berkali-kali. 

Seperti aku, kita, kamu jua. Pastinya dalam hidup kita-kita ada salah silapnya. 
Tetapi kalau direnung, salah silap kita itu pastinya akan mematangkan diri kita. 

Salah silap jangan diungkit. jangan dibangkit. 

Biar ia berlalu. Berlalu bagai air mengalir. Pastinya akan rasa lebih bahagia. 

Kita melalui hidup ini secara berperingkat. 

Ada masa kita gembira, kita leka.
Ada masa kita sedar, kita sedar. 

Aku, seboleh-bolehnya tidak suka menyakiti hati orang lain. Tapi kan aku dah kata, aku jua bukan sempurna. Kadangkala ada tersasar dari landasnya. 



Tangan kita, jaga. 

Lisan kita, jaga.

Kadang, sekali kita menulis, kesannya ada kita fikir? 

Kadang, sekali kita berkata-kata, kesannya ada kita fikir?

Ke mengikut kata hati.

Pernah dengar pepatah, 'ikut hati, mati' ?

Amarah dihati, boleh dibendung. 
Jangan diluah melalui lisan mahupun tangan.

Ingatlah Tuhan yang satu.






4 comments:

MizzTina said...

nk tambah ckit, mata n telinga pun kena jg sbb kalu terpandang n terdgr perkara fitnah, blh jd subahat gak.. btlkn klu akak slh..


kite mmg xsempurna, tp manusia suka judge kite mcm dia terlalu sempurna.. apa yg kita ckp, apa yg kite tulis wlu dh bertapis mcm mn sekalipun, kena dgn org yg mmg xsuke kite, akan dianggap lain..

let them be..yg penting kite tau diri kite mcm mn..

ewahhh, panjang pulak komen akak..

Cik Puan Eka said...

Wahhh gitu. Haha panjang komeng mung kak.

Ekceli terjumpa ni kat page ikim fm. Betui. Bukan tangan n mulut saja tapi telinga mata pon jaga juga. Telinga ni kalu bab mndengar tu tajam je. Mata tu klu bole nk tengok pastu mula mengata.

Next time kita tggu pasai mata plak hihi

Irz Zack said...

Saya pon kadang2 begitu jugak. Tak berniat nak cakap, tulis, kata macam tuh.. tapi kadang2 bila org tuh dia terus-terusan buat sakit hati kita tuh yang sabar hilang kadang2 terlepas jugak.. huhuhu. Kita ni kena banyak bersabar kan. Kalau tak memang naya...

btwn salam perkenalan cik puan eka..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Betul tue eka.. akak setuju sangat.. jangan ikut hati nanti mati..Salam Jumaat eka...=D