27 August 2014

Zara Dah Besar

Hai semua, selamat petang. Macam sedap je kan kalau dapat makan pisang goreng petang-petang ni heheh. Harini malas betul nak update, tapi update jugaklah satu entry sebelum balik office. 

Dah lama tak cerita pasal anak buah aku, Zara.

Zara dah besor sekarang. Dah 7 bulan. Mulut makin kuat membebel satu rumah dengar siap pakej main air liur sambil ketap bibir dengan gusinya tu. Merah-merah bawah bibir. Alahai Zara.

Lepastu makin pandai kenal orang. Cuma dengan ibu ayah dia, aku, suami aku, adik aku, mak ayah tak yah cite la. Dia memang kenal dan suka. Hahahaha lagi-lagi aku. Ada aura la maklong kan. Maklong comel kot. Haha muntah pelangi la plak puji diri sendiri. 


hai saya Zara. Ada pokok kelapa dua pokok.
Tapi buah tak ada.


Ni manja paklong dia ni. Nampak je somi aku, amboi kegedikkan terserlah.
Sengih siap tegur dengan bahasa baby dia.
Kamu nak ngurat paklong ke? hahahahahahaha. 
Kamu ngurat takpe.
Orang lain ngurat memang kena pelangkong pakej penampor jepun la. Haha.



Setiap pagi kalau aku kat rumah mak, subuh-subuh nak ketuk pintu ibu ayah dia.
Dia bangun awal. Bukan apa, saja nak menculik dia masuk bilik kitorang.
Ni adegan menculik dia lah ni.Dia bukan nangis pun. Diam je sambil sengih.



Disyakki Zara peminat stereng kereta lah.
Asal nampak stereng je, kemaen sangat dia. Kemaen.
Pantang nampak kereta yang cucuk duit lima kumpang tu.

Dari takde duit lima kupang lama, sanggup pegi kaunter tukar duit lima kupang lama.
Aje benor kamu Zara.


Gambo ibu Zara baru upload kat FB.
Maklong curi yee hahaha


p/s : Ada yang tanya, bila nak bagi Zara kawan. Lek arrrrrrr. Lek lek lek. Nanti dapatla dia kawan bermain bersama-sama di rumah atok dan neneknya. Jangan kamu buli kawan kamu tu kalau dah ada nanti dah la ye Zara. Hahahahaha. Nape tak tanya kat ibu Zara, bila Zara nak dapat adik??????? Hahahahahahhhhh




6 comments:

mrs.aziz ummi aariz said...

akak tgk muka dia dh besar ni nmpk lain lak....ada mcm muka eka sikit2...

Cik Puan Eka said...

Haha a ah kan kak. Ramai ckp camtu. Mana taknyer. Masa ibu dia ngandung Zara. Ibu dia asyik bergaduh je dgn eka. Dia siap ckp dia benci eka hahaha. Dapatlah kot anak muka eka.

Nastyna said...

haha rmabut style pokok kelapa tu memang klasik, suka tengok baby2 tocang lagu tu, baby kita tak leh sebab sume rpesen rambut pacak muahaha.

Ionsya allah nnt ad al akawan dia ni nnt hihihi.
pssttt intro tu.... nextime jangan buat lagi, kami ni mana nak mengagau huhuhu.

Cik Puan Eka said...

Haha mak saye yg selalu buat rambut dia mcmtu.

Haha terkesan jua intro pisang goreng tersebut ye. Nnti i cite pasal satu pristiwa pasal pisang goreng.

Eimma Esmail said...

sama lah kak. nie, kalau x penah taw tntag zara.. mati2 igt zara anak akak. hehhe

Cik Puan Eka said...

hahahaha eimma. Tula. kalau akak dokong dia pi jalan pon orang duk ingat anak akak tau.

Tapi takpe. Tunggu la akak ada anak nanti ye. Muka akak ke muka suami ehehe