01 September 2014

Ali Setan

Hai semua. Selamat beristirehat sempena public holiday harini.

Ada sesapa yang kerja tak?

Harini lunch sedap gile. Ehh tetibe cite pasal lunch hahahah.

Mak masak gulai asam tempoyak ikan kembung, gulai lemak pucuk ubi, ikan goreng, sambal belacan dan petai jeruk.

Sedapnyaaa lauk kampung. Ni memang request kat mak nak masakan kampong. My hub makan je tapi yang tempoyak tak makan la. Dia kan omputeh chellop hahah.

Ni telan air liur terkinang-kinang seekor lagi ikan dalam kuali hehe.

Ni skang tengah buat kerja seminggu sekali + tengok cite Ali Setan. Syok plak tengok si Asmidar ngan Ali.

Tengok reramai tapi sorang-sorang tidur. Tinggallah aku sorang sambil iron baju.

Alahaii takde teman.

Cepat-cepat iron pastu boleh makan semula lauk tadi. Hehehh

P/s : esok kijeee. Tak sabo nak keje 4 hari lepastu cuti-cuti Malaysia heheh.

P/s : gambo lauk tu takde. Sibuk makan kann. Heheh.

2 comments:

Diana Rashid said...

ermm..sedapnya menu..tak de gambar pun dah terliur nih..

Cik Puan Eka said...

Diana. Memang sedap. Ni teringat pun terliur lagi haha