14 September 2014

Bola Bola Bola

Hai. Selamat malam. Jarang update tetengah malam buta ni tapi sebab kat luar + wifi free, update aa kejap. Ni pun sebab temankan dak apple tengok bola. Kat mapley jugakkkk.

My hub adalah peminat bola. Segala tok nenek bola dia suka. Dari dulu sampai skang. Lagi pulak dia player bola opis jugak.

Hidup dia memang bergelumang dengan bola sesaja. Sebelum kawen penah teman jugak tapi dah kawen lagi kerap teman kalau dia ada main bola @ futsal.

Segala bola segala segala dia suka. Main bola,kasut bola,team bola.

Takpa. Dia minat tu. Jangan buat benda tak pekdah sudah. Hehe.

Kelab kegemaran. Menyu. Kena kutuk pun Menyu. Aku ada sikit terkutuk Menyu tapi takde la dia marah walopon bengang hahahahaha....

Kalau ada MU main lagilah. Nak tengok kat mapley. Meriah katanya. Yang aku tersengguk mengantuk kekenyangan sebab asyik makan je hahahaha...

Tapi sebab kami kat rumah mak ayah aku,mak ayah tak amik channel sport kt astro, so kami kena tengok kt luar la.. Kalau kat umah sendiri memang duduk berdua la tengok kat rumah hihiii, memang taknak aku duduk luar. 

Korang ingat aku tengok bola tu? Nonhado. Cukuplah aku terpinga-pinga kalau goal masuk hahahahahahahaha...

Tapi sebab laki yang minat. Kite bagilah sokongan. Takdelah aku tak kenal langsung player2 tu. Kenal la gak :p

Ni nak cite. MU baru beli DeMaria tau. Mahal gile. Ni dia dah kasi sumbat satu goal tau. Hahaha tu jelah aku tau..

Okey. Tengah tunggu game abes. Aku dah kenyang ni. Minum teh ais,maggi mee goreng ngan roti canai. Game lambat lagi abes. Aku tengah fikir nak order apa lagi ni. Hahahaha. 

Kalau nak teman dia tengok bola, kena tengok keadaan jugak. Kalau esoknya cuti, malam takde apa-apa aktiviti. Barulah boleh teman. Bukanlah setiap kali main ye korang. 

Esok cuti wei. Sampai selasa. Best!!!

P/s : laki korang suka bola? 






8 comments:

Fieda Redzuan said...

sama la dengan husband kite! bola bola bola bola.. hahaha.. kalo tak teman mula la buat ayat sedih. pasrah je la T_T

Eimma Esmail said...

kita xde laki lagi kak eka. hahahha.... salute lah kak eka. bg supprt cenggitu skali. hhehhe

Diana Rashid said...

suami akak suka sangat tengok bola..kalau hujung minggu tv kat rumah ni asyik siaran bola je la..amujur la dia bukan jenis tengok bola kat kedai tu..kalau tidak jenuh la nak nunggu dia balik umah..heheh

Sya Mimie said...

asslmkm eka.. nasib la suami kita setakat ni tak lagi tgk bola kat luar.. masa musim bola haritu, dia layan kat umah je.. takde la nak join kawan ke apa..

Cik Puan Eka said...

Waalaikumsalam mimi. Eka pon klu blik umah mak ayah je kami tgok luar sbb x subsribe channel.sport. Klu umah sndri mmg x kluar hehe

Cik Puan Eka said...

Kihkih. Tgok kt umah lg best kak. Trus tdo hee

Cik Puan Eka said...

eimma. hahaha cenggitu je pun dik oi. Bukan akak sekali terjerit masa goal hahaha. Akak diam je dek

Cik Puan Eka said...

Fieda. Ohh itu memang pasghah sangat hahahaha.. Berkali2 mengajak dengan muka sedih. I tak sampai hati la plak hahaha