24 September 2014

Bosan

Hai selamat pagi.

Tengok orang lain semangat menulis, aku rasa macam haih kenapalah aku tak ada idea nak menulis.

Kadang-kadang aku rasa bosan nak menulis.

Sebab aku ada mood.

Mood rajin, memang suka lah aku menulis.

Mood malas, memang aku tak akan usik. 

Mood separa malas, memang aku akan pegi ke new post, lepastu aku taip, padam. 
Taip padam. Aku rasa keyboard bersimbol backspace ni pun getik tengok aku taip padam. Kalau dia bersuara mesti dia dah maki aku.

Hehe.

Aku ingat nak buat satu lagi blog lah. Nak merapu kat situ. Tapi kasi private punya. Sapa nak baca kasi emel korang. Aku invited. Nak buat setting begitu. Korang nak baca? Tapi aku akan open untuk yang betul-betul aku kenali sahaja lah. Atau aku private je blog ni. Selesa sikit nak menulis apa-apa aja kan? Hehe

Masih dalam perancangan.

Yang setakat nak stalker, boleh la pergi secara perlahan-lahan ya. Aku tak perlukan stalker yang menyemak.

Bagi aku, makin lama aku rasa makin tak best nak berdunia alam maya ni. Kadang-kadang kita tak tahu niat orang kan. Buka belog kita, tengok-tengok tak tahu apa niat ke. Kadang-kadang sampai terfikir begitu.

Memang bukan semua kita kenal di alam maya ni. Cuma aku akan jaga sikitlah content belog ni. 

Dulu-dulu semuanya pun nak update. Tapi sekarang, ada benda, barulah nak update.

Sebenarnya aku dah mula buat pembersihan blog ini secara berperingkat dari awal tahun lagi. Kadang-kadang rasa nak muntah dalam jamban baca entry lama aku. Hahaha. Macam vongoks. Zaman bercinta dengan dak apple dulu, zaman bertunang sampai zaman kahwin. Pembaca blog dari awal aku mesti dah kenal siapa dak apple tu.

Geli kot update-update pasal cinta la, bergaduh la. Hahahahaha.

Ok serius. Tapi itu dulu la. Zaman tak matang. Seiring dengan kematangan aku, sedikit-sedikit aku merasakan tidak perlu update benda begitu. Tapi aku masih tinggalkan sikit entry lama. Sebagai kenangan betapa 'bestnya' penulisan aku dulu. Haha.

Lepastu masa dekat opis lama. Tapi opismet lama tak tahu ye aku ada blog. Haha. 

Lepastu entry tah hapa-hapa bikin orang baca pun rasa meluat nak muntah sebaldi. 
Serius aku padam entry tu. Atau apa-apa entry yang ada kenangan tu, aku save dalam draft je.

Aku menulis apa yang aku suka. 

Aku dah berbelog lama. Tapi aku selesa tak dikenali begini. Hehe. 

Kawan-kawan tahu aku ada belog, kawan-kawan opis jugak tahu tapi takdelah semua. Orang opis aku ada ramai kot. Tapi yang tahu nyer dua tiga orang je haha. Senang cite yang ada dalam facebook aku tahu.Opis depan ni pun tahu selepas mereka google mengenai Royal Belum. Masa tu rasa nak padam je blog hahahaha.

Family juga tahu sebab ada dalam kalangan family aku jadi silent reader dekat blog ni. 

Suami lagilah tahu sebab dia pun baca blog ini juga. Muka dia ditempek disini pun dia tak kisah. Asalkan jangan berlebihan katanya. 

Tapi dont worry, aku aktif di FB. Sapa yang kenal, add lah aku. Juga di instagram. Sebab tu kuota internet aku cepat la sangat habis sebab asyik buka setegrem je keje aku. 

Okeylah. Aku tak confirm pun lagi nak privacy kan blog ni. Aku cakap je dulu ni.

Saja je nak cerita, aku makan nasik lemak sambal kerang ni. Tapi kenapalah tak blend cili ni betul-betul halus. Berterabur cili. Takut aku nak makan. Kang sakit perut pulak kang. Korang dah breakfast?








4 comments:

fatihah fazlin said...

kerana bosan terhasil entry bosan ni.. hehehee

mrs.aziz ummi aariz said...

mcm sedih lak baca entry ni...tu la akak bab blog mmg tk bgtau ramai org...sbb nk ada privasi sikit...ye la tk semua org leh terima apa yg kita cite...apa yg kita tulis...tp kdg2 kita perlukan ruang utk bercite tanpa batasan...

azrinna nur said...

Lately saya pun melakukan 'upacara pembersihan' blog peribadi. Sebab rasa tak mahu dikenali secara peribadi. dah lama ikuti blog ni cuma tak selalu tinggalkan komen.

shaFazie said...

takmoo lah private blog ini eka..
azie suka bc blog eka best..Dengan blog jugak kita berkenal sampai ke fb hihi