02 September 2014

Cuti 3 Hari

Hai semua, rasa syok je sebab harini dah hari Selasa. Cepatlah masa berlalu. Haish selalu sangat tak zabarrrrr. Heheh.

Cuti baru-baru ni, sempena hari Kemerdekaan ke 57, memang kami laki bini dan keluarga tak kemana-mana, makan, tidur, tengok tv, lepak kat rumah. Ada sehari, hari Ahad tu kami pegi kenduri kahwin dekat-dekat rumah mak jugak. Selebihnya memang makan, tidur je kat rumah. Haih manalah tak boroi. Hahaha.

Hari Sabtu tengahari baru sampai rumah mak. Kali ni, giliran balik ke rumah mak sayee. 

Sampai je depan rumah, tengok anak buah tercayangggg tu dah tunggu depan pagar. Dia nampak maklong sengih, nampak paklong lagi la tak payah cite. Tersengih macam melompat kat dalam walker tu. Gataii ye nampak paklong hahahhh.


Dah siap menanti paklong maklong sampaiiiii


Lepastu aku beli pavlova dekat kawan aku.
Pavlova dia memang sedap. kurang manis.
Dalam banyak-banyak pavlova aku dah rasa, ini yang aku suka. Nyumsss

Ni pun beli sebab Ibu Zara mengidam dari pregnant kan Zara, 
asyik tak berkesempatan je nak belikan.
Ni nasib baik member tu free pagi Sabtu tu.


Tetibe rasa rindu mee goreng mak.
Mak, nak mee goreng mak buat. Mak buat sedap tak sama ngan orang lain T____T

Mak pun buatkan. Sepinggan besar aku habiskan ye.
Bulat-bulat biji mata somi tengok aku makan banyak sangat. Hahaha.


Petang balik kenduri kahwin, abah plak beli cempedak.
Tapi cempedak kahwin katanya.
Sedapp. Cepat-cepat aku goreng untuk buat minum petang.

Petang tu pun mak masak laksa. Mahap gambo takde.
Tapi laksa mak memang power. Laksa cili api.
Terasa-rasa kat tekak ni plakkkkkkkkk.


Malamnya, mak suruh masak sambal udang sebab ada beli udang kat pasor pagi.
Aku buat sambal udang yang sangat simple. 
Ingat nak letak tempoyak tapi kan ada omputeh chellop, alamak tak jadi. Haha
Nak taruk plak petai, Ibu Zara tak nak pulak.
Jadinya sambal  udang bodo je. Licin.

Aku kalau masak sambal udang, tak buang kulitnya.
Masa makan tu, boleh sedut manisnya udang. 
Udang pulak lebih juicy dan lembut.

Resepinya malas nak taruk. 
Tapi yang penting goreng kejap udang yang dilumur kunyit dan garam.
Minyak udang tu jangan buang, tumis cili kisar plak. 



Semalam, sebelum balik, berguling main dengan Zara atas tilam.
Tak berdiammmmmmmmmmmmm budak ni.
Seminit pun tak. Tapi seronok.
Suka senyummm hehehehe..


Ok tu je cite hujung minggu aku. Simple kan. Duduk umah makan tidur je hahahah..Bestnya korang gi jenjalan kan. Tapi aku rasa aku pun best jugak sebab duduk rumah jee hahaha.






9 comments:

shaFazie said...

menu2 dekat atas tue sungguh menyelerakan..

hujung minggu azie lebih kurang sama dengan eka..cuma hari ahad je busy sikit sbb umah ada buat makan2 hihi

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

yg penting dpt habiskan masa dengan orang tersayang kan.. terperap seharian kat umah pun dah rasa happy..=D

Cik Puan Eka said...

tau takpe azie. Kalau baca lagi rasa nak lagi je semua semua ni hahaha..

Yeke. Memang busy lah jugak kan sbb ada buat makan2

Cik Puan Eka said...

Kak farah ye tepat sekali kak. Memang seronok duduk rumah je sebab habiskan masa bersama2. Duduk, sembang2, sambil tengok tv. Hehehe

MizzTina said...

ahaha..sm dgn akak.. cuti adalah ms utk makan tnpa henti.. erkkk

Cik Puan Eka said...

kak tina. Alaaa akak makan banyak pon tetap maintain. Bukan cam ika cepat naik hahahaha

Diana Rashid said...

akak pun kalau buat sambal udang tak buang kulit..mak akak tak bagi.dia kata habis la rasa manis2 udang tu..heheh..

Daddy Ziyyad said...

sebenarnya..kalau asyik berjalan jalan time cuti pun tak best jugak...selain leaps jalan2 badan kita penat, poket kita pun penat jugak...hahaha...so, kalau saya & wife...bila melepak kat rumah bila cuti...set ekon kuat2..layan astro pasang sound system kuat2..hahahaha

Lynda Che Lah said...

Semua menu sedap..terutama laksa mak Eka buat..wlupun takde gambar..akak tau sedap..Udang tu pun mesti manis kan...