17 September 2014

Cuti 4 Hari

Hai semua. Alahai harini masuk office rasa berkobar plak sebab lama kot cuti. 4 hari ye uols. Seronok dan bahagia bercuti tu terasa-rasa lagi ni hahaha. Yelah, memang tak kemana-mana pun cuti kali ni. Balik rumah mak ayah eka, sambut birthday mak,lepastu ke rumah opah sebelah ayah, balik rumah nenek sebelah mak. Haa tu jelah. 

Macam biasa, pagi-pagian, culik Zara kejap. Kebetulan ibu Zara tak sihat pulak, ayah Zara pulak keje, makanya maklong ngan paklong jadi ibu ayah angkat Zara la pulak. Si kecik ni, memang tak banyak kisah. Senang sungguh jaga. Tak menangis langsung. Tu yang maklong suka jaga tu haha.



Zara anje-anje paklong. Suka ngurat paklong la Zara ni.
Dia suka usik paklong. Tarik rambut paklong, main hidung paklong.
Paklong senyum sikit je kat dia,
 dia punya senyum sampai telinga siap tangan bertepuk.
Siap menyembang lagi tu.
Gataiiiii! Hahaha.
Takpe bang, ngan Zara takde hal. Ngan orang lain, kena kang! 
Hahahahahaha :p :p :p


Petang tu pulak, kitorang balik kampung mak.
Ala kampung mak ayah sebelah-sebelah je.
Dari rumah kitorang, dalam 10 minit je. Dekat sesangat.
Tu yang hangkut kek ni kat rumah nenek sebab nak celebrate kat sana.
Kek ni sedapp. Adik ipar yang sponser untuk mak. Best.
Chocolate Moist Cake.
Kami adik beradik suka tempah kek homemade.
Lagi sedap. Asyik kek resepirehsia jer, jemu la. Hehe


Selamat hari lahir mak. 
Kami semua sayang mak sangat-sangat. 
Semoga bahagia selalu dengan ayah. 
Doakan kebahagiaan kami, nak romantik cam mak ayah jugak.
Hahahaha.

Happy birthday jugak buat my bff, Shazwani dan my biras, Kak Zana.
Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun je berbeza.


Malam tu plak, nenek masak ikan baung asam tempoyak.
Ni sedap!! Tak payah makan dengan nasik pun takpe.
Ratah begitu sahaja,pun sedap.

Ada jugak ikan baung ni nenek goreng buat sambal.
Untuk cucu menantunya tu lah, sebab omputeh celop tak makan tempoyak.

Esoknya kerumah opah pulak.
Nampak rumah opah ada labu.
Labu kuning tu selain daripada sedap buat gulai lemak 
dicicah sambal belacan lembek, sedap juga dibuat lepat.
Terus request kat opah, lepat. 
Opah layan je tau. Bestnyaa.

Lepat Labu.
Ni sampai skang teringat-ingat lemaknya lepat opah. 
Merembes saliva aaaaaaaaaa.


Lepat labu opah memang special.
Selalu beli memang liat. Failed lah sapa buat tu. Hehe.
Tapi opah punya, lembut, lemak. Kacau dengan santan adunannya.
Kat tengah-tengah inti kelapa parut.
Makan panas-panas. Sedapnyaaa. 
Rasanya dekat 10 biji eka makan sorang-sorang hahah.
Kiss sikit untuk opah muahhhhhh


Semalam breakfast kat rumah nenek.
Eh ada pulak ubi rebus + ubi goreng.
Tengok dalam peti ada kelapa parut. 
Ada gula Melaka. Apa lagi, makan dengan ubi kayu rebus ni.
Meletop ye uols. Alhamdulillah takde kena angin.
Risua gak kan. Tapi sebab sedap, makanla hehe.
Ubinya dah la lembut, liun, empuk.
Nyum2...

Maka, begitulah cerita cuti eka. Selamat Hari Malaysia. Selamat bekerja semula. Korang? Jalan pegi mana? Cuti tersepit akan ada lagi bulan 10 nanti hehehehe. I like cuti tersepit. Lepastu cuti pun tinggal sikit t____t



5 comments:

bobiedanbad said...

Meriahnya cuti....
Salam kenal

Nur Inani said...

seronoknya cuti2 diaa :)

Ezy Loy said...

saye pon tgh cuti2 skrg ni..
saje nk abiskan cuti rehat.. hihikk

nmpk sedap je kek!
saye lg la xprnh beli kek secret recipe..
hihi

shaFazie said...

kita taktahan tengok ubi rebus itu rasa nak pergi cari je sekarang ini... hihi

eima said...

semua mknan tradisi yg paling tak leh tahan yg last seklai tu sedap wei