10 September 2014

HandPhone!!

Hai semua, selamat pagi. Dah breakfast ke? Pagi-pagi lagi aku dah breakfast dengan nasik lemak siap pakej kuih 3 ketui dah. Kenyang Alhamdulillah. 

Harini, apehal la aku menjadi seorangan yang sangat pelupa bagaikan kacang lupakan kulit dan juga bagai minum air bercampur semut secawan.

Aku lupa bawak handphone. Macam mana nak whatsapp ngan pak Dawud camni? Pak Dawud dah bebel dah tadi ngape boleh tinggal. Macam mana nak berinstagram?? Macam mana ni.

Makcik Sitipah sangat lupa ini hari aduyaiiii. Apa-apa urusan, PM di fb je lah. Nak emel, emel yang berkaitan je lah ye. Yang berbentuk personal aku malas nak layan, aku klik delete je hehe.

Sebut pasal handphone, aku masih setia menggunakan handphone samseng yang macam aku kira model samsung paling tahan sebab aku rasa dah banyak kali aku terjatuhkan dia secara tak sengaja. Tercampak secara sengaja masa bercinta ngan pak Dawud dan juga secara tak sengaja aku terosakkan dia. Tapi hayatnya sangat panjang haha. Walaupun kuat makan bateri sebab aku kan suka buat keje multitasking. Dengan Fesbuk, dengan Setegrem, dengan blogger dengan email, dengan segala mak nenek game. Tapi ada powerbank, cucuk jelah kalau habis baterinya. 

Handphone tu pun dah pening ke arah nak membiol dah aku rasa. Yelah, dah penuh otaknya. Satu atau lapan belas saraf mungkin dah putus. Hahaha.

Bukan tak nak beli baru, asal nak beli, tengok-tengok dah ada model lain. Asal nak beli, eh model tu lagi cantek, tu lagi canggih. Sampailah iphone dah keluarkan iphone 6 yang mahal nak mammp tu pun aku tak berganti lagi tepon baru. Sebab masih boleh guna kan. 

Senang cita aku sayang la tepon tu sebab ia ada pelbagai memori suka duka aku. So, aku rasa. Aku tunggu henpon tu menutup matanya, barulah aku beli yang baru.

Tapi, objektif utama aku taip entry ni sebab aku saje je nak cakap, aku berkenan iphone6 tu. Tapi kan, mahal dia macam melampau la. Aku tak mampu. Senang cite, aku mampu kalau duit gaji aku, aku tak payah bayar apa-apa keperluan. Tu aku mampu. Jadinya, aku hanya bermimpi. 

Mimpi yang tak sudah. Hahaha.

Harini macam mana nak update apa yang ada dalam handbag aku untuk #cabaran30hari tu sebab handphone takde nak tangkap gambar isi dalam beg. Esok lah ya.


iphone6
Reger sangat Bigger




5 comments:

Sally Samsaiman said...

mukadimah dia sebenarnya menjurus kepada lupa bawak phone atau nak IPhone 6? kekeke :D

| CIKZEK | said...

huhuhu mcm mahal bebenor je kan. hrge 5s yg 2 ribu lbeh tu pn dh rse trbeban ni kan plak 6. adoiii

YnaRazali said...

Cik abang Eka, sila memahami kata-kata Eka ni..hehe. bestnya kalau ade iphone tu kan.

mrs.aziz ummi aariz said...

hahahaha jgn jadi mcm akak sudah la....blum sempat backup apa2 hp tu dh selamat menghembuskan nafas nye yg terakhir gara2 ingkar ckp suami suruh tukar.....

akak malas tukar hp sbb malas nk backup dan setting balik kt hp baru...mcm tu gak la kalo kena tukar komputer dan laptop baru yg dh guna berzaman2....mcm2 khazanah ada dlm tu.....

Diana Rashid said...

kesimpulan nya...nak tau enpon kita tahan lama ke tak tunggu time bergaduh dengan laki atau pakwe..kan??hahah