01 September 2014

Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Mengenai Saya

Hai semua. Walaupun dah terlewat 4 hari, tapi apa salahnya join huahuahuahua.

#Cabaran30hari

#KelabbloggerbenAshaari


1. Gambar Terbaru


Pagi tadi punya. Dah publish tadi, tapi takpela lagi sekali hihihi.

2. 5 Fakta Mengenai Saya

1. Saya seorang yang peramah. Walaupun pada pertemuan pertama, orang takut nak tegur sebab orang cakap macam sombong. Tapi cuba kenal tengok, bertepuk tampar terus tapi dengan orang pompuan la. Haha. 

2. Saya sudah berkahwin, dekat setahun dengan seorang lelaki yang mukanya iras saya hehe. Yang saya kenali sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah. Moga cinta ini sampai syurga. 

3. Saya juga seorang yang pemarah selain daripada peramah. Tapi pemarah saya bukan saya zahirkan. Bukan juga marah membuta tuli. Tapi saya suka marah dalam diam. Bila marah, saya suka diam. Dan saya akan protes dalam perkataan yang simple tapi makan dalam sikit lah. Sapa yang faham tu, memang fahamlah hehe. 

4. Saya suka menulis. Nak kata puisi tak jugak, nak kata sajak pun boleh lah. Tapi jarang publish. Simpan je  buat pekasam. Hahaha. Tapi sebab ada blog ni, saya suka cerita tentang diri saya.

5. Saya garang tapi berhati tisu. Saya ni anak sulung, anak sulung faham kan macam mana gayanya. Tapi dalam pada kegarangan saya itu, terselit ketisuan dalam hati. Mudah tersentuh tapi mudah memaafkan. Tapi mudah memaafkan bukan mudah melupakan. Rasanya adik-adik dulu-dulu memang merasalah kegarangan kaklong kawasan ni hahahaha. Tapi jangan takut, saya tetap suka melawak dengan orang. Sapa yang pernah kenal dan jumpa face to face tahulah perangai saya macam mana. Hehehehehe.

Pendek kata, rasa macam nak tulis lebih lagi. Tapi 5 cukuplah ya. Nanti-nanti kita cerita lagi. tatata. Nak buat cabaran hari ke dua. 



6 comments:

uncle gedek said...

HA? Dah kawin?

Alaaaaaa....!!!!!

:)

Iena Eliena said...

yeayy peramah :)
sama la (^_~)

HanNis SaNia said...

mcm nk join tp da lambat. hihihi

Mama Myja said...

Salam Perkenalan dari mamamyja.
Jemput singgah, komen dan follow
CABARAN HARI KE-4

Adilah. Atif.Isharudin said...

Salam kenal! saya da masukkan akk dalam bloglist #geng cabaran 30 hari ^_^. Lawatla rumah sy bila free

hihi trackcare said...

hahaha...peramah dan pemarah...kalo baca laju2 mmg tak perasan...kiut lak tgk awak post cabaran 30 hari ni...nnt jemput la jengah blog setahun jagung saya..www.ihhi.my